Resepi Rendang Tok Chef Marina

Assalamualaikum. Hi korang!

RESEPI RENDANG TOK CHEF MARINA


Bahan-bahan
2kg daging, dipotong segiempat sebesar 1 1/2 inci
3 sb serbuk ketumbar
1 sb serbuk jintan manis
2 sb serbuk jintan putih
2 sb serbuk jintan manis
3/4 cawan minyak kelapa
4 bunga lawang
6 pelaga
6 cengkih
4 cawan santan pekat
1/2 cawan gula melaka
1/2 cawan kerisik
1 hiris asam keping
2 helai daun kunyit
2 sk garam
1 sk serbuk lada hitam

Bahan-bahan untuk dikisar:
15 bawang merah kecil
2 bawang merah besar
5 ulas bawang putih
2 inci halia
2 inci lengkuas
6 serai
2 sb cili pes atau 20 cili kering, direndam
2 inci kunyit hidup

CARA MEMASAK
1.Sapukan ketulan daging dengan kesemua serbuk rempah untuk diperap.
2.Tekankan ‘SEAR’ dan “START’ untuk memanaskan minyak.
3.Tuangkan kesemua bahan dikisar serta bunga lawang, pelaga & cengkih untuk ditumis sehingga wangi.
4.Masukkan daging kedalam periuk PHILIPS All-In-One Cooker dan masak seketika.
5.Tuangkan santan pekat, asam keping & gula Melaka bersama dan gaulkannya.
6.Tutupkan tudung AIOC dan pilih ‘BEEF’ dan tekan ‘START’.
7.Pusingkan knob diatas tusung kekanan untuk kuncikan tudungmya.
8.Apabila Rendang Tok siap, lampu akan menyala di ‘KEEP WARM’ . Pusingkan knob kekiri untuk membuka tudung AIOC.
9.Masukkan kerisik, garam & serbuk lada hitam.
10.Tekankan ‘SAUCE THICKENING’ dan ‘START’ untuk mengeringkan Rendang.
11.Gaulkan Rendang Tok sehingga kuahnya memekat. Jika ingin, tekankan ‘SEAR’ dan ‘START’  supaya mendapat Rendang Tok yang lagi kering.
12.Taburkan dengan daun kunyit apabila menghidang.




No comments:

Post a Comment