Resepi Lodeh Chef Marina

Assalamualaikum. Hi korang!

RESEPI LODEH OLEH CHEF MARINA


BAHAN-BAHAN
1/4 cawan minyak masak
2 bawang merah besar, dihiris nipis
20 bawang merah kecil, dihiris nipis
8 ulas bawang putih, dihiris nipis
3 inci halia, dimayang
4 inci lengkuas, diketuk
5 serai, diketuk
1 sb pes cili
2 sk serbuk kunyit
2 sb udang kering, direndam air panas & ditumbuk
½ cawan minyak masak
6 cawan air
1 ½ cawan udang segar, dibersihkan 
1 keping sotong kembang, dipotong segiempat 
1 keledek, dikupas kulitnya & potong saiz tak menentu
1 sengkuang, dimayang
2 lobak merah, dikupas kulit & dipotong segiempat
3 tauhu, digoreng  dalam XXL Air Fryer & dipotong segiempat
1 papan tempe, digoreng didalam XXL AirFryer  & dipotong segiempat
3 cawan santan pekat
3 sk garam
15 kacang panjang, dipotong sepanjang 1 inci
2 terung panjang, dipotong setengah memanjang  dan serong, kemudian dipotong serong sepanjang 1 inci
½  bungkus su-un. Dipotong 1 inci anjang
5 keping tauhu kering, direndam & dipotong 1 inci panjang

CARA MEMASAK
1.Buka tudung PHILIPS All-In-One Cooker. Tekan ‘SAUTE’ dan kemudian “START’ untuk memula menumis.
2.Tuangkan minyak didalam periuk.
3.Tumiskan bawang besar, bawang merah, halia & bawang putih sehingga layu & harum.
4.Masukkan pes cili, serbuk kunyit and udang kering. Masak lagi sehingga minyaknya timbul.
5.Masukkan lengkuas & serai ke dalam periuk.
6.Tuangkan air kedalamnya.
7.Masukkan keledek, sengkuang & lobak merah.
8.Tutupkan tudung PHILIPS All-In-One Cooker dan pusingkan knob untuk mengunci tudungnya. 
9.Tekan ‘SOUP’ di ‘PRESSURE COOKER’ mode. Kemudian tekan ‘START’.
10.Apabila Lodeh siap, lampu di panel akan menyala di ‘KEEP WARM’. Buka tudung AIOC dan tekan ‘SAUTE’’ kemudian ‘START’.
11.Masukkan udang, sotong kembang, tempe, tauhu dan santan.
12.Masukkan su-un, tauhu kering, kacang panjang & terung 
13.Perasakan dengan garam. 
14.Apabila meghidang, tuang ke atas nasi himpit & sambal kacang atau serunding sebagai sampingan.



No comments:

Post a Comment