Ujian Datang Menerpa

Assalamulaikum.

Alhamdulillah.. Baru kini berkesempatan untuk bercerita satu per satu perihal yang berlaku kepada Sue sekeluarga sepanjang tahun lepas (2015) sehingga awal tahun ini (2016).

Syukur ke hadrat Illahi kerana Sue telah dikurniakan rezeki seorang lagi anak perempuan buat menambah seri kehidupan kami sekeluarga. Alhamdulillah... 

Bercerita tentang mengandung kali kedua, tidak lama dulu Sue ada ceritakan tentang alahan yang Sue alami dalam entri INI. Kelahiran puteri kedua yang istimewa ini lagi sekali telah mengubah kehidupan kami sekeluarga. 

Jadual kami menjadi lebih ketat apabila kami telah mengambil keputusan untuk menjaga kedua-dua anak kami, tidak seperti dahulu di mana kami terpaksa meninggalkan Hadirah di kampung memandangkan pada masa itu terlalu banyak cabaran dan dugaan yang datang menyinggah dalam kehidupan kami. Sue juga pada masa itu tidak dapat menjaga Hadirah 24 jam sehari kerana Sue telah dihantar berkursus di Melaka selama 2 bulan. Memang terpaksa tinggalkan Hadirah ketika itu.



4 Januari 2016

Apabila hendak memulakan episod kehidupan yang baru di tahun baru, sekali lagi kami diuji oleh Allah swt. Mr. Akoy telah mengalami kemalangan dengan mesin grinder. Allahuakbar!

Apabila mengenangkan jeritan Mr. Akoy ketika itu Sue memang tidak dapat tidur dengan lena hampir setiap malam setelah kejadian itu berlaku. Mengimbas kembali detik-detik cemas itu, pada pagi 4 Jan 2016 setelah Mr. Akoy menghantar Hadirah ke sekolah, Mr. Akoy telah meneruskan kerja-kerja untuk menyiapkan table top di dapur yang tertunggak dan masih belum siap walaupun Sue hampir habis tempoh berpantang. 

Entah macam mana tiba-tiba Sue terdengar bunyi mesin grinder yang agak menakutkan dan disusuli dengan jeritan Mr. Akoy. Astaghfirullah... Sue panik. Sue pergi ke dapur dan ternampak banyak darah mengalir di lantai. Mr. Akoy meminta Sue memberikan telefon bimbitnya untuk menghubungi seseorang dan selepas Sue berikan telefon bimbitnya, Sue terus berlari keluar dari rumah untuk mencari sesiapa jiran yang ada di luar. Tanpa memakai kasut dan hanya bersarung kaki, berkain batik, sempat mencapai tudung Sue melilau mencari sesiapa untuk minta tolong.

Mujurlah ada 2 orang jiran lelaki yang sedang bersembang di luar, dan Sue memanggil mereka untuk meminta bantuan membawa Mr. Akoy ke hospital. Baby pun Sue tinggalkan di bilik tanpa berteman ketika itu. Memang Sue panik. Menggigil-gigil satu badan.

Alhamdulillah ada jiran-jiran yang membantu membawa Mr. Akoy ke hospital ketika itu. Kalau Sue saja yang ada, Sue pun tak tahu apa akan erjadi. Mujurlah hanya bahagian lutut saja yang terluka dan tak terkena bahagian lain. Itu pun Mr. Akoy menerima 4 lapis jahitan dan agak panjang juga jahitan tersebut. Ketika Mr. Akoy dibawa ke hospital, Sue telah meminta parent Sue datang sebab Sue masih dalam pantang dan Hadirah pula tiada yang dapat pick up dia dari sekolah. Mujurlah Abah sampai sebelum waktu persekolahan Hadirah tamat.

Terkejut dan terkebil-kebil Hadirah melihat atuknya yang ambil dia dari sekolah. Jenuh nak explain.

Agak lama juga Mr. Akoy MC. Hampir sebulan Mr. Akoy tidak bekerja berikutan kerana kecedaraan yang dialaminya itu. Mr. Akoy menggunakan tongkat jika hendak ke mana-mana ketika itu. Namun, alhamdulillah.. syukur.. Mr. Akoy semakin lama semakin pulih dan boleh berjalan seperti biasa sekarang ini walaupun masih ada rasa sakit dan pergerakannya terbatas sedikit.

Minggu pertama Januari 2016 sememangnya memberikan kesan negatif terhadap Sue kerana macam-macam dugaan yang timbul. Rasa tertekan. Namun alhamdulillah.. Sue dikelilingi orang-orang yang banyak memberikan semangat untuk menghadapi dugaan tersebut. Terima kasih kepada mereka terutama sekali ahli keluarga Sue dan Mr. Akoy yang telah banyak mengorbankan masa menjaga Sue, Mr. Akoy dan anak-anak kami ketika kami ditimpa musibah. Hanya Tuhan yang dapat membalas jasa kalian. Terima kasih banyak-banyak...

Terima kasih kepada kawan-kawan yang datang menziarah dan juga mereka yang mendoakan kesejahteraan keluarga kami dari kejauhan. Hanya Allah saja yang dapat membalas budi baik kalian. Sue doakan kalian dilimpahi rahmat dan dipanjangkan umur..

Ok la.. nanti kita story lagi ye..



Wassalam.

No comments:

Post a Comment