6:58:00 PM

Selamat Tahun Baru 2021

by , in
2021 untuk terus sukses

Assalamualaikum.. Hi! Selamat tahun baru 2021 kepada semua rakan-rakan dan juga pembaca sekalian.



2020 Yang Sepi

Mohon maaf kerana sepanjang tahun 2020 Kaklong bukanlah seorang yang konsisten menulis dalam blog ini. Banyak juga offer yang datang terpaksa ditolak. Sedih juga rasa hati. Ini kerana banyak masa Kaklong dihabiskan untuk menumpukan sepenuh perhatian kepada kerja hakiki yang ketika itu memerlukan perhatian yang lebih daripada biasa. Baru dapat projek tsunami lah katakan...  Semuanya perlu disiapkan  sebelum menjelang Oktober 2020.

Selain itu, kekangan yang ramai orang hadapi ketika awal tahun 2020 termasuklah Kaklong sekeluarga adalah pandemik Covid-19. Memang pada masa itu menguji kesabaran dan keimanan semua orang seluruh dunia. Alhamdulillah.. kita masih lagi diberi peluang untuk meneruskan hidup. Sesuatu yang perlu disyukuri. 

Kaklong juga telah merasa dikuarantin 14 hari lamanya gara-gara Abanglong kena join swab test Covid-19. Puncanya daripada tempat kerja Abanglong sendiri. Ketika itu barulah Kaklong faham apa perasaan pesakit atau penghidap Covid-19 dan juga ahli keluarga terdekat mereka. Sedihnya lahai masa tu.. Mujur Kaklong masih dikelilingi oleh orang yang baik hati dan mengambil berat keadaan kami. Masih lagi ada yang baik hati menghantar makanan walaupun sangkut di pagar rumah sahaja.. Terima kasih tak terhingga atas budi baik mereka.. Alhamdulillah keputusan Abanglong negatif.. Barulah lega bila dapat keputusan, jika tidak Kaklong tetap susah hati sebab berkurung anak beranak dalam rumah tak jumpa sesiapa.. Mental pun bukannya kuat sangat. Boleh rapuh bila-bila masa saja..

Harapan 2021

Apabila makin meningkat usia ini, tidak banyak yang Kaklong harapkan. Apa yang paling utama Kaklong mengharapkan kesihatan yang baik untuk diri Kaklong sendiri dan juga semua ahli keluarga Kaklong. Tanpa kesihatan yang baik, apa juga yang hendak dilakukan akan terbatas..

Dari segi blog pula, Kaklong mengharapkan agar Kaklong dapat meneruskan untuk menulis dan konsisten dalam berkongsi cerita yang memberi manfaat kepada sesiapa yang membaca blog Kaklong ini. Doakan Kaklong ya!

Moga di tahun 2021 ini pandemik Covid-19 ini segera berlalu dan kita dapat meneruskan kehidupan seperti biasa dengan mengamalkan langkah-langkah keselamatan dan juga kebersihan yang telah diterapkan selama hampir setahun lamanya.

Yang lain Kaklong mengharapkan agar perkara yang baik-baik sahaja yang bakal Kaklong hadapi...