5:37:00 PM

Nak Ubah Hidup Edisi Khas - Peluang Usahawan Untuk Bangkit Berubah - Program Percuma Richworks

by , in
Assalamualaikum.

Sudah genap setahun kita semua melalui masa-masa kritikal dan situasi pandemik yang tidak pernah kita bayangkan sebelum ini dan kini ianya benar-benar menjadi realiti. Keadaan pandemik yang berlaku di seluruh dunia telah banyak memberi kesan daripada pelbagai sudut emosi, mental, fizikal, ekonomi dan sebagainya kepada masyarakat dan juga hampir semua usahawan baik di Malaysia mahupun di luar negara.

Bisnes yang dahulunya dijadikan sebagai pendapatan sampingan oleh ramai orang, kini sudah menjadi pendapatan tetap ekoran daripada sebilangan masyarakat yang telah kehilangan sumber pendapatan utama dan juga pekerjaan. Bisnes yang baik memerlukan ilmu, usaha dan rasa tanggungjawab yang tinggi daripada setiap usahawan itu.


Oleh yang demikian, pihak Richworks bersama Pengasas dan MenThor, Datuk Wira Dr Azizan Osman telah membuka peluang kepada para usahawan kecil mahupun besar di mana beliau dan pasukan beliau ingin membantu dan membimbing lebih ramai orang terutama para usahawan ini yang terkesan dek kerana pandemik untuk berdepan dengan cabaran dan kesusahan yang dihadapi ketika pandemik ini.


RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks) menyediakan platform bagi orang ramai terutamanya perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan mikro untuk bangkit ketika pandemik ini.

Menurut Timbalan Naib Presiden Kanan RichWorks, Radz Mohd, program Virtual Online Bina Bisnes Berjaya - Edisi Khas Nak Ubah Hidup pada Jumaat, Sabtu dan Ahad nanti dapat membantu mereka untuk menyaksikan perubahan yang lebih baik walaupun ketika pandemik ini.

Jelasnya, dalam tempoh mencabar ini, ada saja usahawan dapat berubah hingga saksikan pencapaian lebih baik seperti dialami ramai usahawan yang mendapatkan bimbingan bersama RichWorks.

"Kami faham, pasti ada usahawan di luar sana dalam keadaan yang susah, tak tahu apa lagi perlu dilakukan, bisnes jatuh malah ada terpaksa tutup hingga timbul rasa nak putus asa."

"Sebab itu, RichWorks bersama Pengasas, Datuk Wira Dr Azizan Osman menyediakan program percuma ini yang sudah terbukti berjaya ubah hidup ramai orang disamping sebagai sumbangan kepada masyarakat terutama bangsa usahawan," 



RichWorks sebagai syarikat latihan dan bimbingan terbesar di negara telah melatih lebih 1.1 juta orang daripada pelbagai tahap bisnes sejak 2008 lagi.

Bagaimanapun tambah Radz, kesusahan yang dirasai ketika ini sebenarnya bukanlah penghalang untuk bangsa usahawan kembali berkembang dan berubah jadi lebih baik lagi.

"Berdasarkan pengalaman hampir 13 tahun dalam melatih dan bimbing bangsa usahawan, RichWorks menemukan formula - perkara dan langkah-langkah yang boleh membantu mereka untuk berubah dalam bisnes dan kehidupan, insyaAllah."

"Malah pada tahun lalu saja, meskipun ketika pandemik seramai 777 usahawan PKS di bawah bimbingan kami berjaya catatkan peningkatan hingga jumlah jualan keseluruhan melebihi RM2 bilion,"

Justeru itu, Radz menyeru agar usahawan PKS dan mikro dapat memberikan peluang kepada diri mereka walaupun perubahan ini tidak mudah yang mana memerlukan kesungguhan seseorang.

"Usahawan juga boleh saja membawa kakitangan malah keluarga mereka bersama-sama belajar dan memulakan langkah pertama untuk saksikan perubahan dalam bisnes dan diri ini,"

Inilah masanya untuk para usahawan kembali bangkit dengan ubah hidup dan bisnes ke arah kejayaan dalam keadaan pandemik yang semakin baik. Program Percuma Bina Bisnes Berjaya bersama RichWorks secara virtual online selama 3 HARI bermula 26 Mac 2021 hingga 28 Mac 2021 akan diadakan. Oleh itu, cepat-cepat layari laman web www.BinaBisnesBerjaya.com bagi pendaftaran dan keterangan lanjut.



Ceritera,
-Sue Sopian-
6:58:00 PM

Selamat Tahun Baru 2021

by , in
2021 untuk terus sukses

Assalamualaikum.. Hi! Selamat tahun baru 2021 kepada semua rakan-rakan dan juga pembaca sekalian.



2020 Yang Sepi

Mohon maaf kerana sepanjang tahun 2020 Kaklong bukanlah seorang yang konsisten menulis dalam blog ini. Banyak juga offer yang datang terpaksa ditolak. Sedih juga rasa hati. Ini kerana banyak masa Kaklong dihabiskan untuk menumpukan sepenuh perhatian kepada kerja hakiki yang ketika itu memerlukan perhatian yang lebih daripada biasa. Baru dapat projek tsunami lah katakan...  Semuanya perlu disiapkan  sebelum menjelang Oktober 2020.

Selain itu, kekangan yang ramai orang hadapi ketika awal tahun 2020 termasuklah Kaklong sekeluarga adalah pandemik Covid-19. Memang pada masa itu menguji kesabaran dan keimanan semua orang seluruh dunia. Alhamdulillah.. kita masih lagi diberi peluang untuk meneruskan hidup. Sesuatu yang perlu disyukuri. 

Kaklong juga telah merasa dikuarantin 14 hari lamanya gara-gara Abanglong kena join swab test Covid-19. Puncanya daripada tempat kerja Abanglong sendiri. Ketika itu barulah Kaklong faham apa perasaan pesakit atau penghidap Covid-19 dan juga ahli keluarga terdekat mereka. Sedihnya lahai masa tu.. Mujur Kaklong masih dikelilingi oleh orang yang baik hati dan mengambil berat keadaan kami. Masih lagi ada yang baik hati menghantar makanan walaupun sangkut di pagar rumah sahaja.. Terima kasih tak terhingga atas budi baik mereka.. Alhamdulillah keputusan Abanglong negatif.. Barulah lega bila dapat keputusan, jika tidak Kaklong tetap susah hati sebab berkurung anak beranak dalam rumah tak jumpa sesiapa.. Mental pun bukannya kuat sangat. Boleh rapuh bila-bila masa saja..

Harapan 2021

Apabila makin meningkat usia ini, tidak banyak yang Kaklong harapkan. Apa yang paling utama Kaklong mengharapkan kesihatan yang baik untuk diri Kaklong sendiri dan juga semua ahli keluarga Kaklong. Tanpa kesihatan yang baik, apa juga yang hendak dilakukan akan terbatas..

Dari segi blog pula, Kaklong mengharapkan agar Kaklong dapat meneruskan untuk menulis dan konsisten dalam berkongsi cerita yang memberi manfaat kepada sesiapa yang membaca blog Kaklong ini. Doakan Kaklong ya!

Moga di tahun 2021 ini pandemik Covid-19 ini segera berlalu dan kita dapat meneruskan kehidupan seperti biasa dengan mengamalkan langkah-langkah keselamatan dan juga kebersihan yang telah diterapkan selama hampir setahun lamanya.

Yang lain Kaklong mengharapkan agar perkara yang baik-baik sahaja yang bakal Kaklong hadapi...