11:26:00 AM

Menang Gold Bar Dengan Mudah Dari CMASA

by , in
Assalamualaikum.

Hi korang! Kaklong nak share something yang best & baik tau..

Musim PKP yang masih melanda sekarang ni korang boleh join contest yang CMASA buat ni. Apa yang menariknya korang boleh menang GOLD BAR!. GOLD BAR ok? Takkan tak nak kan? Bukan senang orang nak offer GOLD BAR macam tu..

So nak tahu macam mana nak dapat?



CMASA -- APA TU?

CMASA ini adalah salah satu platform beli-belah online yang seperti yang selalu digunapakai untuk shopping online tapi CMASA ini diperkenalkan oleh Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) bagi menyediakan kemudahan pasaran atas talian kepada pihak-pihak yang berminat terutamanya ahli Kelab Maya Sahabat Ar-Rahnu YaPEIM (CMASA). Peniaga-peniaga dalam CMASA ini terdiri daripada peniaga tempatan. 

Pelbagai barangan yang boleh didapati di sini. Contohnya, barang masakan, barang penjagaan kulit, barangan kesihatan dan pelbagai jenis barangan kegunaan harian yang lain. Inilah masanya untuk kita sama-sama support barangan dan peniaga tempatan.



CARA SENANG MENANG GOLD BAR

Untuk menang gold bar ni senang je, korang hanya perlu buat tiga LANGKAH MUDAH ni :

LANGKAH 1 :

Beli minimum 1 produk dari website e-commerce CMASA di https://cmasa.my/ . Tak kisah produk apa sekalipun yang korang beli, korang layak untuk memenangi hadiah EMAS PERCUMA ini.

LANGKAH 2 :

Sila simpan resit pembelian online korang daripada website e-commerce cmasa.my tersebut, dan SILA PRIVATE MESSAGE CMASA di FB Page rasmi di CMASA serta upload dan kemukakan resit pembelian itu sebagai pengesahan.

LANGKAH 3 :

Selepas korang menjalankan dua langkah di atas, sila buat satu posting secara public di Facebook profile korang dengan ayat yang bermula "SAYA SUKA CMASA.MY KERANA............" (sila lengkapkan ayat di atas mengikut pengalaman dan kreativiti korang sendiri) beserta dengan gambar korang secara kreatif di posting korang tu. Sila sertakan bersama #cmasa bersama dalam posting korang untuk memudahkan team CMASA menemui posting korang secara public.



BAGAIMANA CMASA MEMILIH PEMENANG?

CMASA akan memilih 6 orang yang mempunyai :

LIKE
KOMEN
SHARE 

paling tinggi dalam posting korang untuk CMASA hadiahkan EMAS SECARA PERCUMA terus kepada korang! Wow!

HADIAH LAIN
Selain daripada itu, jika korang tidak tersenarai di dalam 6 tertinggi ini, jangan bimbang, CMASA ada menyediakan 10 hadiah saguhati untuk korang! Yeay!

Jumlah hadiah yang akan CMASA berikan terus kepada korang adalah sebanyak 16 hadiah! 

Tarikh tutup pencarian kami ini adalah sehingga 30 JUN 2020. Sekiranya terdapat sebarang soalan atau kemusykilan, boleh komen di ruang komen bawah ataupun mesej terus ke FB Page kami CMASA.
Jangan tunggu lama-lama ye...Siapa cepat dia dapat


TARIKH TUTUP

Tarikh tutup contest ni 30 Jun 2020. So cepat-cepat join ok? Jangan tunggu lagi dah. Korang ada enam hari je lagi ni. Jom jom!

Kalau korang nak dapatkan maklumat lanjut korang boleh check out website CMASA or boleh pergi ke page FB CMASA.

************************************

Terima kasih sudi baca! Love korang!


Ceritera,
Sue Sopian
12:34:00 PM

"The New Glide" - Wajah Baru Rangkaian Produk Glide Lubricants

by , in
Assalamualaikum.


Baru-baru ini Syarikat Glide Technology Sdn Bhd telah melancarkan dua gred produk barunya iaitu MAXIGLIDE BEYOND FULLY SYNTHETIC SAE 0W-16 API SP/SN PLUS dan MAXIGLIDE BEYOND FULLY SYNTHETIC SAE 0W-20 API SP/SN PLUS.

Majlis pelancaran “The New Glide” itu telah diadakan di Holiday Inn Glenmarie, Kuala Lumpur dan telah dirasmikan oleh CEO Glide Group iaitu Ybhg. Dato’ Muhazli Bin Muhamad, CEO - Glide Technology Sdn Bhd.

Ybhg. Dato’ Muhazli Bin Muhamad, CEO - Glide Technology Sdn Bhd.

Glide Technology Sdn Bhd merupakan salah satu syarikat di bawah Glide Group. Syarikat ini ditubuhkan pada 16 Januari 2007, di mana ia memfokuskan pembuatan minyak pelincir di bawah jenama Glide Lubricants.

Di majlis pelancaran tersebut, Glide Technology Sdn Bhd turut memperkenalkan rekaan botol dan pelekat botol  baru untuk ke semua produk yang dikeluarkannya.


MaxiGlide BEYOND SAE 0W16 dan MaxiGlide BEYOND SAE 0W20 adalah rangkaian terbaru bagi produk Glide Lubricant, di mana ia menekankan ciri-ciri penjimatan penggunaan bahan api dan
mengurangkan pelepasan.

MaxiGlide BEYOND SAE 0W16 dan MaxiGlide BEYOND SAE 0W20 turut menyediakan ‘coating effect’ daripada penggunaan teknologi Molybdenum untuk meningkatkan lagi perlindungan anti haus, karat dan mengurangkan haba supaya enjin dapat berfungsi
dengan lebih efisien. 


Minyak enjin multigred dengan kelikatan yang rendah juga baik untuk keadaan enjin waktu baru mula dihidupkan supaya enjin berjalan dengan lancar. Sesuai untuk penggunaan enjin daripada kenderaan cekap tenaga (Energy Efficient Vehicles (EEV)). Standard API: API SP/SN PLUS (RC)

Kesemua produk “berwajah baru” yang dilancarkan ini sudah hampir enam tahun menembusi pasaran Jepun. Bersandarkan pengalaman tersebut, Glide Technology Sdn Bhd telah menambah baik formula agar lebih sesuai dipasarkan di Malaysia.


Melalui kaji selidik serta saringan ujian selama tiga tahun, akhirnya  Glide Technology Sdn Bhd, berjaya menghasilkan minyak pelincir berkualiti tinggi bagi memberikan perlindungan  maksima serta jangka hayat enjin kenderaan yang tahan lebih lama daripada biasa.

Di samping itu, ia juga akan menjimatkan penggunaan bahan api serta dengan campuran tambahan
coating effect’ daripada penggunaan teknologi ‘Molybdenum’ untuk meningkatkan lagi perlindungan anti haus, karat dan mengurangkan haba supaya enjin dapat berfungsi dengan lebih efisien.

Untuk dua gred yang baru dilancarkan ini Glide Technology Sdn Bhd menumpukan kepada pengguna kenderaan baru yang memerlukan performan kenderaan yang terbaik dan kenderaan yang tidak lagi menghantar ke pusat servis yang ditetapkan.

Harga pasaran untuk produk MaxiGLIDE BEYOND SAE 0W-16 API SP/SN PLUS adalah RM190.00 dan MaxiIGLIDE BEYOND SAE 0W-20 API SP/SN PLUS adalah  RM170.00.

Bagi yang ingin mendapatkan produk yang baru dilancarkan ini boleh menghubungi pengedar-pengedar sah Glide di seluruh Malaysia atau hubungi talian khidmat pelanggan dan jualannya di talian 03-78422170 atau email ke admin@glidetechnology.com.my 


Ceritera,
Sue Sopian
6:32:00 PM

Mengubah Cara Berfikir Untuk Meningkatkan Potensi Diri - Nak Ubah Hidup 2020 (#NUH2020)

by , in
Assalamualaikum.

Hai korang!
Seminggu, dua minggu lepas masa semua orang sedang sibuk bercuti ke kampung, dan sebagainya kerana cuti perayaan Tahun Baru Cina, Kaklong dan beberapa orang rakan blogger yang lain telah diberi peluang untuk menyertai program Nak Ubah Hidup 2020. 

Ok.. Ini bukan pertama kali ye Kaklong hadir, tapi kali ini aura dia semacam. Fuhhh.. memang betul lain macam tau! 3 hari berturut-turut Kaklong tak missed hadir. Seawal pagi sesudah subuh Kaklong sudah bergerak menuju ke lokasi NUH 2020 iaitu di Setia City Convention Centre kerana nak meredah lautan 13 ribu manusia ini bukannya mudah. Begitu jugalah perjalanan hidup kita. Penuh onak ranjau berduri - macam itulah perjalanan nak sampai ke sini, namun alhamdulillah akhirnya berjaya sampai juga untuk 3 hari berturut-turut.


Program ini bukan terhad kepada mereka yang ada bisnes saja tau.. Macam Kaklong sekarang ni, masih belum ada apa-apa bisnes tapi tetap ingin join program sebegini. Kaklong nak tingkatkan lagi potensi diri dalam merenangi arus kerjaya Kaklong sekarang ini.

PROGRAM NAK UBAH HIDUP (NUH) 2020

Program Nak Ubah Hidup (NUH) 2020 adalah program 3 hari berturut-turut bagi membantu usahawan atau bakal usahawan untuk tingkatkan tahap potensi diri, tahap kehidupan dan tahap kewangan melalui bisnes yang berjaya dan menguntungkan.


Dalam 3 hari program ini, seramai 13,000 peserta dari seluruh Malaysia, Brunei dan Singapura telah membanjiri Setia City Convention Center (SCCC) dari pagi hingga ke malam.

Gagal Tanpa Ilmu Yang Betul

Selama 12 tahun (2008 – 2020) dalam menganjurkan program dengan tujuan yang sama, pihak Richworks dapat melihat semakin ramai orang tahu dan faham bahawa hanya dengan perniagaan ia dapat membantu mereka meningkatkan tahap pendapatan mereka. Namun, masih terdapat juga yang memulakan dan menjalankan perniagaan tanpa ilmu yang betul di dada. Mereka tidak tahu hala tuju sebenar untuk berniaga.

Akibat daripada kegagalan itu, ramai usahawan tidak mampu bertahan sehingga 3 tahun pertama dalam perniagaan. Ada ramai yang gulung tikar, mengalami kerugian dan ramai juga yang terpaksa menanggung beban muflis akibat perniagaan tidak berjalan lancar seperti yang diinginkan.

Bantuan dan Bimbingan

Dengan ini, RichWorks International bersama pengasas Dr Azizan Osman sedar bahawa ramai yang memerlukan bantuan. Ini kerana Dr Azizan sendiri pernah melalui liku hidup yang sukar dalam membangunkan perniagaan dan pernah bermula dengan hanya menjual sabun dan kelapa serta gagal dalam perniagaan ini merupakan satu peluang untuk beliau cuba bantu lebih ramai orang betapa pentingnya ilmu untuk mengubah hidup ke arah yang lebih baik.

Hasil daripada bimbingan beliau, ribuan usahawan yang pernah dibimbingnya berjaya mendapatkan hasil jualan di luar jangkaan. Dengan misi untuk membantu dan membangkitkan usahawan Melayu, bangsa usahawan (BANGSAWAN), ramai pelajarnya datang dari beberapa pelusuk negeri. Ada yang datang dari Kota Tinggi, Johor, Terengganu, Port Dickson dan pelbagai lagi negeri lain.

Hal ini juga membuktikan yang usahawan dari luar bandar juga boleh dibantu dan dibina. Produk dan perkhidmatan yang mereka berniaga pun hanya biasa-biasa saja. Ada yang menjual baju kurung, kek, dan ada yang masak char kuey teow saja dah boleh dapatkan hasil jualan jutaan ringgit.

Kisah Kejayaan

Antara peserta yang Dr Azizan Osman bantu dan berkongsi kisah kejayaan mereka dalam satu sesi forum adalah Eriyca Baiduri dari Noir Health & Beauty. Beliau memulakan bisnes pada tahun 2017 pada ketika FB Live sedang menjadi trending. Beliau mula sharing tips-tips kecantikan walaupun ketika itu beliau tidak tahu apa-apa tentang FB Live. Tapi dalam masa sebulan Followers beliau terus naik dari 10 orang ke 8,000 orang. Beliau mula menuntut ilmu marketing dalam program RichWorks iaitu Millionaire Marketing Mastery (MMM) dan seterusnya menjadi salah seorang ahli Titanium (sebuah program Menthorship, bimbingan secara dekat dengan Dr Azizan Osman). Hasilnya dari sales RM3.2 juta pada 2018 naik kepada RM18.3 juta pada 2019. Selain itu, beliau juga mempunyai seramai 3,000 ejen dan 120 stokis di seluruh Malaysia. Apa yang paling menarik, beliau turut menghadiahkan sebuah kereta Mercedes-Benz kepada stokis beliau yang berjaya capai hasil jualan yang wow!

mustahil kita miskin jika kita berTuhankan Yang Maha Kaya

Seterusnya, Siti Noor Sabrina Mamasab Bakery yang menjalankan perniagaan membuat kek sahaja telah mencapai hasil jualan luar biasa pada tahun 2019, RM15.4 juta berbanding 2018, RM5.1 juta. Bisnes beliau yang hanya bermula dari rumah atas dasar ‘suka-suka’ ini rupanya menjadi punca rezeki untuk beliau capai sales jutaan ringgit. Kini beliau mempunyai ejen seramai 3,000 orang. Hasil bimbingan Dr Azizan Osman juga, perniagaannya lebih terurus dan segala selok-belok perniagaannya dipimpin dan dipantau oleh MenThor mereka. Bekas radiographer di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) ini juga berjaya dalam masa 2 tahun dah ada 7 cawangan. Malah beliau turut menerima award Nona Best Growing F&B Business Award dan 100 Top Young CEO 2019.

Rosli Ismail dari Oli Collection ini hanya menjual cadar sahaja. Beliau telah menjalankan perniagaan selama 20 tahun, namun stuck dalam bisnes dan bisnes beliau tak boleh pergi jauh. Pada tahun 2016 sehingga 2018 sales beliau menurun. Bukan itu sahaja, beliau juga turut mengalami pelbagai cabaran dalam perniagaan. Sebelum beliau menjadi ahli Titanium, sales beliau hanya RM4 juta sahaja dalam masa 20 tahun berbisnes. Sejak mendapat bimbingan dari Dr Azizan Osman, pada 2019 sales beliau telah mencapai RM13.3 juta dan mempunyai 300 orang stokis. Beliau juga berjaya membina semula sebuah Maahad Tahfiz Sains Oli yang telah hampir tutup sebelum ini.

Dari ketiga-tiga kisah inspirasi dan sukses ini, apa yang dapat disimpulkan adalah dengan adanya MenThor, Ilmu dan juga Tindakan dari usahawan ini, mereka berjaya capai hasil jualan yang tinggi. Program yang dianjurkan oleh RichWorks ini juga akan membantu usahawan-usahawan untuk tidak hanya mencapai hasil jualan yang biasa-biasa malah yang lebih luar biasa. Ini juga membuktikan usahawan Melayu turut boleh berjaya dalam perniagaan.



Impian Kaklong mulanya tak banyak mana. Bila nak senaraikan 10 impian pun mula-mula dah ketar tangan - tak tahu nak mula dari mana. Eh, mana satu dulu ni, mana satu yang penting ni.. Tapi apabila mendengar nasihat dan panduan yang diberikan oleh Dr. Azizan dah mula nampak cahaya. Terus banyak idea datang secara tiba-tiba.. "Hidup hanya sekali, kalau dah hidup 20, 30, 40 tahun, dah berapa orang yang menerima manfaat dari kita? Atau kita masih pentingkan diri sendiri?" ~ aduhhh.. tertusuk tajam terus menikam hati.

#NUH2020 merupakan suatu permulaan Tahun 2020 yang baik. InshaaAllah.. manfaatkan ilmu yang diberi untuk manfaat orang lain juga. Moga impian Kaklong tercapai kesemuanya. InshaaAllah.

Sesungguhnya Allah mengikut sangkaan hambaNYA. 

DAFTAR SINI UNTUK PROGRAM NAK UBAH HIDUP 2020


Twitter : Azizan Official
Youtube : Azizan Osman


Email: inquiries@richworks.com.my
Hotline : 1-300-88-2424

Ceritera,
Sue Sopian