Setelah Ku Dimiliki

Assalamualaikum.

Tamat sudah kisah drama penuh suka dan duka "Setelah Ku Dimiliki" petang semalam. Kaklong sempat juga marathon 2 episod terakhir malam tadi. Sedih pula episod last tu.. Ternangis pula Kaklong ni tapi si Abanglong boleh pulak mengusik masa tu.. Haishhhhh.. tau tau je orang tengah feeling masa tu.. 😑 sempat lagi mengusik Kaklong ye.. Terus tak jadi nak feeling 😂

Setelah Ku Dimiliki adalah sebuah drama adaptasi novel dengan tajuk yang sama karya Zaza Qry. Drama ini diarahkan oleh Osman Ali. Drama ini dibintangi oleh Intan Najuwa dan Zul Ariffin sebagai teraju utama.


Sinopsis

Kerana dosa silamnya, Sarrafia (Intan Najuwa) dihalau dari rumah dan dibenci oleh ibunya sendiri, Puan Sabrina (Aleza Shadan) dan telah membawa diri ke Pulau Langkawi tanpa arah tuju. Sarrafia bernasib baik apabila dia diperkenalkan kepada Bonda Ummi (Kuza Muzani) dan ditawarkan bekerja di sebuah pusat perlindungan yang diberi nama Rumah Cahaya Azirah.

Pertemuan semula yang tidak diduga dengan Adriz (Zul Ariffin) di Rumah Cahaya Azirah membuatkan hati Sarrafia berdegup kencang. Akan tetapi, Adriz tidak mengenalinya langsung kerana dia mengalami hilang ingatan disebabkan kemalangan lalu. Sebelum ditimpa kemalangan, Adriz merupakan seorang yang liar dan suka berfoya-foya tetapi setelah tersedar daripada koma, Adriz tidak lagi mengingati kehidupan lamanya dan perangainya juga berubah.

Encik Rahimin (Rahim Omar) yang juga pengasas Rumah Cahaya Azirah tidak mahu Adriz kembali kepada kehidupan lamanya, dan atas sebab itu dia membawa Adriz ke Rumah Cahaya Azirah. Adriz kemudiannya membuat keputusan untuk menguruskan Rumah Azirah kerana mahu meringankan beban ayahnya yang sibuk menguruskan perniagaan lain.

Adriz cuba mendekati Sarrafia, namun Sarra sering mengelak daripada bertemu dengannya. Tetapi semakin Sarrafia mengelak daripada Adriz, Adriz semakin ingin mengenali Sarrafia.

Adriz tertanya-tanya, mengapa Sarrafia bersikap dingin dengannya. Namun sebenarnya, dalam hati Sarrafia, tiada degupan cinta lain. Hanya untuk lelaki yang bernama Adriz, yang mempunyai kisah silam dengannya, yang akhirnya sah menjadi suaminya.

Namun, rumah tangga mereka mula menemui liku-liku cabaran apabila kakak tiri Sarrafia sendiri iaitu, Sarlina (Tiz Zaqyah) yang baru sahaja mendiami Rumah Cahaya Azirah, ingin memiliki Adriz dan menjadikan Adriz bapa kepada anak luar nikah yang dikandungnya. Sarrafia terpaksa merahsiakan perkahwinannya dengan Adriz daripada pengetahuan Sarlina agar kandungan kakak tirinya tidak terjejas.

Dalam masa yang sama, Sarrafia juga berusaha untuk berbaik dengan ibunya yang teramat membencinya. Dia juga berusaha merahsiakan perihal Sarlina yang sedang mengandung untuk mengelakkan dirinya semakin dibenci ibunya. Walaupun Sarrafia sering dicemuh dan dimalukan oleh Puan Sabrina, bapa tiri Sarrafia iaitu Encik Shamsul (Hilal Azman) sering menasihatkan anak tirinya supaya sering bersabar dengan sifat ibunya itu.

Adakah Sarlina berjaya merobohkan istana cinta Sarrafia yang terbina bersama Adriz? Dapatkah Sarrafia kembali berbaik dengan ibunya? Apakah yang sebenarnya terjadi di antara Sarradia dan Adriz suatu ketika dahulu?

Pelakon

Intan Najuwa sebagai Sarrafia
Zul Ariffin sebagai Adriz
Tiz Zaqyah sebagai Sarlina
Zaki Azeman sebagai Noh
Aleza Shadan sebagai Puan Sabrina
Hilal Azman sebagai Encik Shamsul
Kuza Muzani sebagai Bonda Ummi
Rahim Omar sebagai Encik Rahimin
Lia Natalia sebagai Hirda
Fahmy Reza sebagai Haqif
Adeline Tsen sebagai Ufaira
Zul Helmy sebagai Halil
Daniella Sya sebagai Ann
Halim Radzi sebagai Zakir

Genre
Drama 
Cinta
Konflik
Keluarga

Pengarah
Osman Ali

Lagu pembukaan
Damaikanlah nyanyian Ika Mustafa

Lagu penutup
Damaikanlah nyanyian Ika Mustafa

Bilangan episod
28 Episod

Penerbitan 
Syarikat penerbitan (Nuansa Sdn Bhd)

Tempoh siaran
42 minit

Penyiaran
Saluran asal TV3 (Slot Akasia)
Siaran asal 29 Oktober 2019 – 5 Disember 2019

No comments:

Post a Comment