Panduan Penyimpanan dan Penyisihan Ubat-Ubatan di Rumah

Assalamualaikum.

Sepatutnya proses menyisihkan barangan dalam rumah perlu dilakukan sentiasa. Barulah senang mengemas dan maintain tak banyak barang. Tetapi Kaklong tak selalu buat. 😂 my bad! (jangan tiru please 😌)

Jadinya.. disebabkan Kaklong baru siap renovate bahagian dapur dan bahagian ruang tamu sedikit, maka Kaklong ambil peluang ini untuk membuat proses penyisihan barangan satu rumah. Setiap inci rumah Kaklong memang habis Kaklong punggah balik dan asing-asingkan barang untuk dibuang, diderma atau dijual.

Penyisihan Ubat
Ubat-ubatan sebenarnya ada la dalam setahun tu sekali atau dua kali Kaklong sisihkan. Pernah juga bertahun tak semak stok ubat-ubatan. Hahaha.. Kadang ikut expired date. Ikut suka hati Kaklong je nak buat bila sebenarnya. Tetapi sejak follow group Dr. Hani #kemasrumahwithhani tu, (GROUP #kemasrumahwithhani) lagilah perlu buat sisihan sekerap mungkin. Mungkin Kaklong akan buat 3 bulan sekali. 🤔 Mungkinlah. Mungkin ye. (tolong bagi semangat rajin tu datang selalu please 😂)

Sebelum ada “rumah” ubat masing-masing, biasanya ubat-ubat ni Kaklong letak sekali je dalam satu atau dua bekas. Kononnya mudah cari la — begitulah dalam fikiran Kaklong.

* sebelum proses sisihan *

Tapi bila tengok rakan-rakan lain dan Dr. Hani buat “rumah” setiap barang terus Kaklong nak buat juga. Makanya Kaklong khaskan satu ruang kabinet dalam area dapur kering untuk diletakkan ubat-ubatan sahaja. Mudah untuk Kaklong atau Abanglong capai. Anak-anak je tak mudah nak capai... 😏

Bekas semua dari kedai Eco dan kedai barangan plastik, sticker pun sama juga dari Ecoshop. Cuma tulisan yang tak cantik tu guna liquid paper je 🤭 tapi liquid paper pun dari kedai saka (ecoshop) tu juga..

* selepas proses sisihan dan pengstoran ubat-ubatan *

Hasil sisihan ubat-ubatan ini pula akan dihantar ke klinik yang berdekatan yang terima ubat-ubat yang dah expired untuk dilupuskan.

Ye.. ubat tidak boleh dibuang sebarangan. Sila kembalikan ubat-ubat yang dah expired ke klinik-klinik yang ada tempat pelupusan ubat-ubatan ya. 🤗

* hasil sisihan ubat-ubatan yang akan dikembalikan ke klinik untuk pelupusan *

Panduan Tempoh Jangkahayat Ubat-Ubatan


Panduan Penyimpanan Ubat-Ubatan

Berikut adalah TIPS cara penyimpanan ubat yang selamat dan betul:

1. SIMPAN ubat di tempat yang selamat dan dikhaskan supaya mudah dicari.
Menyimpan ubat di tempat yang dikhaskan akan memudahkan anda mencari ubat tersebut jika berlaku sebarang kecemasan. Selain itu, ia juga memudahkan anda untuk mengingati tempat ubat tersebut disimpan. Cara ini dapat meningkatkan kepatuhan anda untuk mengambil ubat pada waktu yang telah ditetapkan.

2. SIMPAN ubat secara berasingan mengikut jenis ubat seperti ubat makan (tablet, sirap dan sebagainya) dan ubat kegunaan luar (krim, salap, ubat titis mata dan sebagainya).
Mengasingkan ubat-ubatan mengikut jenis ubat dapat membantu mengurangkan kekeliruan. Mencampur aduk ubat-ubatan yang berlainan jenis boleh menyebabkan kesilapan pengambilan ubat dan juga tindak balas fizikal di antara ubat-ubatan tersebut. Jika ini berlaku, dikhuatiri kualiti ubat akan terjejas, keberkesanan ubat akan berkurang dan keselamatan pengambilan tidak terjamin sepenuhnya.

3. SIMPAN ubat mengikut suhu yang disarankan (sila rujuk kepada sisip bungkusan ubat). Contohnya:
Dalam ruang tengah peti sejuk : 2-8°C. (Contoh: insulin, ubat titis mata, suspensi antibiotik yang telah dibancuh)
Tempat dingin bilik berhawa dingin : 8-15°C (Contoh: kapsul gel lembut)
Suhu bilik : 15-30°C (Contoh: ubat tablet dan kapsul)
Penyimpanan ubat di tempat yang betul juga boleh mengelakkan daripada ubat tersebut daripada mengalami kerosakan. Terdapat beberapa jenis ubat yang memerlukan tempat penyimpanan dengan suhu yang tertentu. Jika ubat tersebut rosak disebabkan cara penyimpanan yang tidak betul, kualiti ubat akan terganggu, keberkesanan rawatan tidak terjamin dan berkemungkinan anda juga akan mendapat kesan sampingan yang tidak diingini.

4. SIMPAN ubat dalam bekas yang asal, jangan tanggalkan label ubat asal yang mengandungi maklumat seperti nama ubat, kekuatan ubat, cara pengambilan, kaedah penyimpanan dan tarikh luput.

5. SIMPAN ubat di tempat yang tidak dapat dilihat atau dicapai oleh kanak-kanak.
Menyimpan dan meletakkan ubat jauh daripada kanak-kanak adalah cara penyimpanan yang selamat. Meletakkan ubat di tempat yang tinggi dan bekas yang penutupnya tidak dapat dibuka (child resistant cap) dapat mengelakkan kanak-kanak daripada termakan ubat yang boleh membahayakan mereka.

Elakan untuk perkara berikut :

1. JANGAN simpan ubat anda di dalam kereta dalam jangkamasa yang lama.

2. JANGAN simpan ubat yang berlainan dalam bekas yang sama dan bercampur aduk.

3. JANGAN simpan ubat anda di tempat yang terdedah kepada cahaya matahari, suhu tinggi dan kawasan yang lembap seperti di tepi tingkap, di atas peti sejuk dan di dalam bilik mandi.

4. JANGAN simpan ubat di dalam peti sejuk kecuali diarahkan berbuat demikian (sila rujuk kepada sisip sungkusan ubat).

5. JANGAN simpan ubat yang telah tamat tarikh luput, rosak atau hilang labelnya.

Contoh Cara Penyimpanan Ubat Yang Selamat & Betul


Selamat mengemas untuk semua.. 💓

Maklumat -- kredit myhealth.gov.my

#declutteringwithsue
#homeorganizingwithsue

Ceritera,
Sue Sopian

No comments:

Post a Comment