1:00:00 PM

Makanan Inspirasi Dari Jepun Ready-To-Eat myNEWS

by , in
Assalamualaikum.

Siapa yang tak kenal dengan myNEWS? Mesti korang biasa pergi ke situ, kan? Kaklong pun biasa singgah myNEWS kalau nak beli apa-apa dengan cepat dan sehala dengan laluan ke tempat kerja. Senang.. capai je onigiri ke, roti ke dengan kopi, bayar then boleh terus jalan kaki ke tempat kerja. Kadang-kadang tu sambil jalan pun boleh makan. >.<

Baru-baru ini, Kaklong sempat hadir ke majlis pelancaran pusat penyediaan makanan sedia dimakan yang berinspirasikan makanan dari Jepun oleh myNEWS.


CITARASA RAKYAT MALAYSIA
“Orang ramai kini boleh menikmati pilihan hidangan Jepun yang disediakan dengan cita rasa rakyat Malaysia."

“Ia terdiri daripada sandwic, onigiri, bento, roti, minuman panas dan sejuk sambil tidak melupakan makanan tempatan seperti kari laksa dan nasi lemak" kata Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan myNEWS, Dang Tai Luk





KEMUDAHAN DAN KUALITI
Pusat pengeluaran yang beroperasi di bawah anak syarikatnya myNEWS Ryoyupan Sdn Bhd dan MyNEWS Kineya Sdn Bhd, akan membekalkan kedai myNEWS dengan pelbagai jenis makanan siap sedia dimakan (RTE) yang berkualiti tinggi.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MyNEWS Holdings Berhad Dang Tai Luk berkata menyedari tentang meningkatnya keperluan bagi akses yang mudah ke kedai runcit yang menawarkan makanan yang berkualiti untuk kemudahan dan penggunaan pantas, myNEWS telah mengambil inisiatif untuk membawa pemain industri makanan terkenal dari Jepun sebagai rakan kongsi.


"Kami mahukan para pelanggan kami merasai pengalaman serupa seperti di kedai-kedai runcit di Jepun, Taiwan dan Thailand di mana para pelanggan boleh masuk dan mencari serta menikmati apa yang mereka inginkan. Kini, kami mempunyai keupayaan untuk menawarkan kemudahan dengan kualiti, "katanya.

Selain dari itu, myNEWS juga mempunyai kad keahlian (membership) dan ada juga aplikasi myNEWS Malaysia. Dengan adanya apps ini, myNEWS dapat menghargai pelanggan mereka melalui program setia pelanggan di mana pelanggan akan mendapat POINTS untuk pelbagai ganjaran.  Apa lagi, cepat-cepatlah muat turun dan daftarkan di App Store untuk iPhone dan Google Play untuk Android. Heeee.. boleh join sama-sama kumpul points dan tebus ganjaran menarik.

Lagi senang bila guna apps atau membership card tu, tak payah bawa cash. Cashless lah kiranya.. Zaman sekarang kan boleh guna mobile phone saja untuk bayar apa-apa. Orang kata more convenience lah. Cepat pun cepat. Boleh kumpul rewards banyak.

MYNEWS DASH
"Kami juga pada masa yang sama meningkatkan kemudahan kepada para pelanggan kami dengan melancarkan perkhidmatan penghantaran dalam talian myNEWS DASH, pilihan untuk pelanggan yang inginkan supaya makanan dan keperluan harian mereka dihantar ke depan pintu rumah," kata Encik Dang Tai Luk.



Sekarang bukan setakat boleh membeli dan makan di cawangan myNEWS mart sahaja, dah boleh buat order online melalui myNEWS DASH bagi pelanggan yang tiada masa untuk keluar rumah.  Pesan online dah boleh terus sampai depan pintu rumah. Best kan? So untuk keterangan lebih lanjut mengenai produk makanan berinspirasikan menu Ready-To-Eat Jepun serta myNEWS DASH ni  korang boleh layari ke laman web : www.mynews.com.my 

Encik Dang Tai Luk juga menyatakan bahawa fasiliti terbaharu berkeluasan 12,077 meter persegi yang sudah memulakan pengeluaran komersial sejak Jun lalu dijangka menyokong operasi kira-kira 600 cawangannya di seluruh negara dan proses pengeluaran pula dijalankan melalui dua buah kilang yang diselenggara oleh Gourmet Kineya Co. Ltd. (Gourmet Kineya) dan Ryoyu Baking Co. Ltd. (Ryoyu Baking) iaitu pakar serta peneraju industri makanan tempatan di Jepun.

Pelanggan di Lembah Klang kini boleh memenuhi keinginan mereka di lebih 300 cawangan myNEWS terpilih.

Sejak memulakan perniagaan pada Disember 1996, myNEWS telah berkembang dengan pesat dan kini menerima lebih daripada lima juta pelanggan sebulan di cawangannya di seluruh negara.

Bermula dengan pembukaan kedai buku dan runcit tradi­sional yang kecil 23 tahun lalu, myNEWS kini memiliki barisan produk makanan siap dimakan berasaskan Jepun yang terbesar. Tahniah buat team myNEWS!!!


INFO TAMBAHAN

myNEWS Ryoyupan
Salah satu daripada lima pemain utama dalam industri roti Jepun dan yang terbesar di Pulau Kyushu.

myNEWS Kineya
Mempunyai pengalaman luas dalam penghasilan makanan sejuk beku, pembekal makanan dalam kapal terbang termasuk (MAS). Nama syarikat ini sudah dikenali di Jepun, kini dengan pembukaan kilang pembuatan makanan myNEWS (FPC) , tidak dinafikan mereka mempunyai perancangan lebih besar pada masa akan datang.
- Operasi rantai restoran yang mempunyai lebih daripada empat ratus (400) kedai (menjual udon mi dan masakan Jepun) di Jepun dan di luar Jepun termasuk Hong KOng, Indonesia dan Amerika Syarikat
- Pembuatan produk beku
- Operasi pasaran borong daerah
- Pengangkutan penumpang kereta api dan bas
- Pemborong dan peruncitan beras

STATUS HALAL
Oppsss.. jangan risau gaisss.. Tenang ok.. tenang..
Untuk menjawab keraguan korang tentang status Halal menu makanan Ready-To-Eat myNEWS korang boleh baca sendiri penerangan di bawah ini merujuk sumber : http://www.mynews.com.my/



Ceritera,
Sue Sopian
8:00:00 AM

Panduan Penyimpanan dan Penyisihan Ubat-Ubatan di Rumah

by , in
Assalamualaikum.

Sepatutnya proses menyisihkan barangan dalam rumah perlu dilakukan sentiasa. Barulah senang mengemas dan maintain tak banyak barang. Tetapi Kaklong tak selalu buat. ๐Ÿ˜‚ my bad! (jangan tiru please ๐Ÿ˜Œ)

Jadinya.. disebabkan Kaklong baru siap renovate bahagian dapur dan bahagian ruang tamu sedikit, maka Kaklong ambil peluang ini untuk membuat proses penyisihan barangan satu rumah. Setiap inci rumah Kaklong memang habis Kaklong punggah balik dan asing-asingkan barang untuk dibuang, diderma atau dijual.

Penyisihan Ubat
Ubat-ubatan sebenarnya ada la dalam setahun tu sekali atau dua kali Kaklong sisihkan. Pernah juga bertahun tak semak stok ubat-ubatan. Hahaha.. Kadang ikut expired date. Ikut suka hati Kaklong je nak buat bila sebenarnya. Tetapi sejak follow group Dr. Hani #kemasrumahwithhani tu, (GROUP #kemasrumahwithhani) lagilah perlu buat sisihan sekerap mungkin. Mungkin Kaklong akan buat 3 bulan sekali. ๐Ÿค” Mungkinlah. Mungkin ye. (tolong bagi semangat rajin tu datang selalu please ๐Ÿ˜‚)

Sebelum ada “rumah” ubat masing-masing, biasanya ubat-ubat ni Kaklong letak sekali je dalam satu atau dua bekas. Kononnya mudah cari la — begitulah dalam fikiran Kaklong.

* sebelum proses sisihan *

Tapi bila tengok rakan-rakan lain dan Dr. Hani buat “rumah” setiap barang terus Kaklong nak buat juga. Makanya Kaklong khaskan satu ruang kabinet dalam area dapur kering untuk diletakkan ubat-ubatan sahaja. Mudah untuk Kaklong atau Abanglong capai. Anak-anak je tak mudah nak capai... ๐Ÿ˜

Bekas semua dari kedai Eco dan kedai barangan plastik, sticker pun sama juga dari Ecoshop. Cuma tulisan yang tak cantik tu guna liquid paper je ๐Ÿคญ tapi liquid paper pun dari kedai saka (ecoshop) tu juga..

* selepas proses sisihan dan pengstoran ubat-ubatan *

Hasil sisihan ubat-ubatan ini pula akan dihantar ke klinik yang berdekatan yang terima ubat-ubat yang dah expired untuk dilupuskan.

Ye.. ubat tidak boleh dibuang sebarangan. Sila kembalikan ubat-ubat yang dah expired ke klinik-klinik yang ada tempat pelupusan ubat-ubatan ya. ๐Ÿค—

* hasil sisihan ubat-ubatan yang akan dikembalikan ke klinik untuk pelupusan *

Panduan Tempoh Jangkahayat Ubat-Ubatan


Panduan Penyimpanan Ubat-Ubatan

Berikut adalah TIPS cara penyimpanan ubat yang selamat dan betul:

1. SIMPAN ubat di tempat yang selamat dan dikhaskan supaya mudah dicari.
Menyimpan ubat di tempat yang dikhaskan akan memudahkan anda mencari ubat tersebut jika berlaku sebarang kecemasan. Selain itu, ia juga memudahkan anda untuk mengingati tempat ubat tersebut disimpan. Cara ini dapat meningkatkan kepatuhan anda untuk mengambil ubat pada waktu yang telah ditetapkan.

2. SIMPAN ubat secara berasingan mengikut jenis ubat seperti ubat makan (tablet, sirap dan sebagainya) dan ubat kegunaan luar (krim, salap, ubat titis mata dan sebagainya).
Mengasingkan ubat-ubatan mengikut jenis ubat dapat membantu mengurangkan kekeliruan. Mencampur aduk ubat-ubatan yang berlainan jenis boleh menyebabkan kesilapan pengambilan ubat dan juga tindak balas fizikal di antara ubat-ubatan tersebut. Jika ini berlaku, dikhuatiri kualiti ubat akan terjejas, keberkesanan ubat akan berkurang dan keselamatan pengambilan tidak terjamin sepenuhnya.

3. SIMPAN ubat mengikut suhu yang disarankan (sila rujuk kepada sisip bungkusan ubat). Contohnya:
Dalam ruang tengah peti sejuk : 2-8°C. (Contoh: insulin, ubat titis mata, suspensi antibiotik yang telah dibancuh)
Tempat dingin bilik berhawa dingin : 8-15°C (Contoh: kapsul gel lembut)
Suhu bilik : 15-30°C (Contoh: ubat tablet dan kapsul)
Penyimpanan ubat di tempat yang betul juga boleh mengelakkan daripada ubat tersebut daripada mengalami kerosakan. Terdapat beberapa jenis ubat yang memerlukan tempat penyimpanan dengan suhu yang tertentu. Jika ubat tersebut rosak disebabkan cara penyimpanan yang tidak betul, kualiti ubat akan terganggu, keberkesanan rawatan tidak terjamin dan berkemungkinan anda juga akan mendapat kesan sampingan yang tidak diingini.

4. SIMPAN ubat dalam bekas yang asal, jangan tanggalkan label ubat asal yang mengandungi maklumat seperti nama ubat, kekuatan ubat, cara pengambilan, kaedah penyimpanan dan tarikh luput.

5. SIMPAN ubat di tempat yang tidak dapat dilihat atau dicapai oleh kanak-kanak.
Menyimpan dan meletakkan ubat jauh daripada kanak-kanak adalah cara penyimpanan yang selamat. Meletakkan ubat di tempat yang tinggi dan bekas yang penutupnya tidak dapat dibuka (child resistant cap) dapat mengelakkan kanak-kanak daripada termakan ubat yang boleh membahayakan mereka.

Elakan untuk perkara berikut :

1. JANGAN simpan ubat anda di dalam kereta dalam jangkamasa yang lama.

2. JANGAN simpan ubat yang berlainan dalam bekas yang sama dan bercampur aduk.

3. JANGAN simpan ubat anda di tempat yang terdedah kepada cahaya matahari, suhu tinggi dan kawasan yang lembap seperti di tepi tingkap, di atas peti sejuk dan di dalam bilik mandi.

4. JANGAN simpan ubat di dalam peti sejuk kecuali diarahkan berbuat demikian (sila rujuk kepada sisip sungkusan ubat).

5. JANGAN simpan ubat yang telah tamat tarikh luput, rosak atau hilang labelnya.

Contoh Cara Penyimpanan Ubat Yang Selamat & Betul


Selamat mengemas untuk semua.. ๐Ÿ’“

Maklumat -- kredit myhealth.gov.my

#declutteringwithsue
#homeorganizingwithsue

Ceritera,
Sue Sopian