Ubahsuai Dapur Kediaman

Assalamualaikum.
Hai korang!

Haihhhhh.. baru dapat relax sikit ni.. Busy untuk beberapa hari dan mungkin makan masa minggu-minggu juga. Kaklong sedang dalam proses memindahkan barang dari rumah sewa ke rumah sendiri ni.. Rumah baru siap renovate... heeee.. 

Sebelum ni dah duduk rumah sendiri ni.. Cuma masa tu belumlah ada bajet nak renovate rumah. So duduklah dengan apa yang telah disediakan. Alhamdulillah, rezeki tahun ni.. Ada bajet untuk renovate sikit.

Tapi bukan renovate overall pun. Cuma besarkan bahagian favourite Kaklong ni.. hehe.. Mestilah DAPUR! Barulah boleh feeling masa memasak tu. (harap rajinlah masak lepas ni -.-)

Hasil renovation hari tu -->

* Dapur Basah *

 * Dapur Kering *


Ada tanah sekangkang kera kat belakang rumah, so bolehlah tambah sikit ke belakang. Tambah untuk dapur basah dan kawasan membasuh baju area je sikit. Lepas tu kawasan dapur asal tu jadikan dapur kering.

 * Laundry Area (sila abaikan yang sepah-sepah itu) sebaris dengan Wet Kitchen. Almari hijau masih guna yang lama untuk sementara sebelum ada bajet beli rak lain *


Bagi kabinet atas dapur memasak tu guna material melamin tapi yang bawah tu dan area bawah sinki pakai material aluminium. Kasi tahan lasak dan air. Kabinet coklat tepi dinding tu adalah kabinet lama.. Re-used saja barang yang ada.. Nanti ada duit lebih tambah lagi aksesori dapur.. >.<

So far alhamdulillah.. Berpuas hati.. Actually susah nak buat pilihan kabinet sebab rambang mata. So mengharapkan pilih je asalkan kena.. Cat dinding pun memang main pilih je ni.. Sebab masa tu of course lah belum pasang kabinet lagi, baru je siap renovate kan. So sebelum orang datang pasang kabinet, belilah cat dan upah orang cat siap-siap. Nah! Inilah hasilnya..

Lepas ni tinggal proses mensisihkan barang yang tak pakai dan proses mengemas semula barang-barang.

Nanti Kaklong story lagi ye pasal renovation dapur dah sebahagian area rumah ni.. Buat masa ni belum siap sepenuhnya lagi kalau nak buat "house tour" pun.. Heeeee...


Ceritera,
Sue Sopian

No comments:

Post a Comment