Bubur Nangka Madu Menu Minum Petang

Assalamualaikum. Hai korang!

Selamat petang semua...
Jemput minum petang.. heeee~~~

Hari ini terlebih rajin pula kaklong ni. Ada pula nangka madu beli dari pasar malam kelmarin so datang idea buat Bubur Nangka Madu. Teruslah jadi menu minum petang hari ini. >.<
Ala.. senang sangat nak masak.. simple je..


Resepi Bubur Nangka Madu

Bahan :-
Nangka madu
Santan
Secubit garam
Gula (jika suka - bukan wajib)
Air
Sehelai daun pandan

Cara :-
1. Masukkan nangka dalam periuk bersama sedikit air, daun pandan (disimpul) dan rebus sekejap.
2. Masukkan santan pekat dan kacau supaya santan tak berketul. Jika masih pekat tambahkan sedikit air.
3. Masukkan sedikit gula (jika suka manis atau nangku tu tak cukup manis. Kalau tak nak letak gula pun ok. ikut citarasa masing-masing ye.. bukan wajib ye..) dan kacau sekejap-sekejap hingga santan elok masak dan mendidih.
4. Masukkan sedikit garam (secukup rasa), kacau sekejap dan tutup api.


Siap sudah menu simple ni.. Rasa lemak-lemak manis gituhhh.. Pekena pula dengan Nescafe Gold O panas-panas pula.. fuhhhhh.. boleh bayangkan tak? Heee...


Ceritera,
Sue Sopian

2 comments: