Aneka Masakan Tradisi Melayu dan Hidangan Laut di Restoran Sisik Ikan Bakar

Assalamualaikum! Hai!

Sebut je Bandar Klang pasti ramai teringat bandar ini terkenal dengan makanan berasaskan makanan laut. Banyak kedai makan dan restoran sekitar Klang menghidangkan pelbagai menu masakan seafood. Antaranya adalah Restoran Sisik Ikan Bakar yang terletak di Bandar Botani betul-betul di hadapan pusat membeli-belah GM Klang (GM Klang Wholesales City). 


Restoran ini telah ditubuhkan pada tahun 2013 oleh Puan Linda, iaitu pemilik restoran ini yang mana beliau adalah keturunan berdarah campuran Pahang, Negeri Sembilan, Melaka dan Selangor. Jadi boleh dilihat ianya mempengaruhi cara dan sajian makanan di restoran ini. Dahulu, restoran ini dikenali dengan nama Restoran Resepi Warisan Tok dan kini dikenali dengan nama Restoran Sisik Ikan Bakar.

Menu
Menu yang dihidangkan kepada para pelanggan pula adalah menu yang berasaskan makanan laut seperti ikan bakar berempah, sotong bakar, pepahat, kepah, ikan bakar tempoyak (menu ini tidak terhad kepada ikan patin sahaja), sotong bakar, daging bakar dan lain- lain lagi.

Kalau korang semua datang sini, korang boleh pilih  sendiri seafood di sini dan beritahu saja masakan apa yang korang nak, so pekerja restoran ini akan masakan untuk korang. Ikan, sotong, udang, kepah, lala dan lain-lain adalah pilihan segar di sini. Rasa masakan di sini pasti enak dengan pemilihan lauk segar.










Asam Pedas Melaka
Asam pedas Melaka ini dihidangkan bersama pelbagai pilihan ikan dan dihidangkan panas-panas buat para pelanggan yang mana ianya adalah asam pedas warisan. Sudah pasti, ianya membuka selera korang yang sedang kelaparan.


Sayuran
Pelbagai masakan untuk sayuran boleh diminta seperti kangkung goreng belacan, kailan ikan masin, sayur campur dan banyak lagi.



Nasi Lemak Sisik Buluh Perindu
Bagi penggemar nasi lemak, korang boleh cuba Nasi Lemak Buluh Perindu. Nasi Lemak ini diisi dalam daun pisang dan diletakkan di dalam buluh. Nasi lemak ni boleh dimakan dengan ikan bakar dan asam pedas juga. Datang sini wajib cuba tau!



Steamboat
Selain daripada masakan tradisi, restoran ini juga menyediakan set steamboat bagi mereka yang inginkan kelainan. Boleh mencuba steamboat mereka jika korang singgah sini.


Lokasi Menarik
Kedudukan lokasi restoran yang terletak di hadapan Blok A GM Klang ini membuatkan ianya sering menjadi tumpuan para pelanggan yang datang ke GM Klang. Sudah pasti setelah korang penat  berjalan dan membeli belah di GM Klang, perut korang tu pasti terasa lapar. Bolehlah singgah dahulu ke Restoran Sisik ini sebelum pulang ke rumah supaya perjalanan pulang korang nanti berjalan lancar tanpa perlu tercari-cari tempat makan yang sedap untuk menjamu selera.

Waktu Operasi
Waktu Operasi 8.00 pagi - 4.30 petang untuk masakan asli Melayu. Pada pukul 5.00 petang - 12.30 malam pula untuk menu berasaskan makanan laut seperti ikan bakar, sotong bakar, dan sebagainya. 

Maklumat Lanjut
Alamat :  No.32, Jalan Kasuari 1/ks7, Bandar Botanic,  41200, Klang, Selangor Darul Ehsan.
No. Telefon (Call & Whatapps) : 019-2263004 ataupun 016-2240474





Ceritera,
Sue Sopian

No comments:

Post a Comment