Serikan Diri Di Aidilfitri Dengan Garnier

Assalamualaikum.

Hi korang!

Siapa kata tak boleh bersedekah di bulan Syawal? Bukan Ramadhan saja kita bersedekah. Digalakkan bersedekah pada bila-bila masa juga. Sambil berhias cantik pun boleh bersedekah tau! >.<


Jenama kecantikan yang berjaya mengumpul RM15,000 bagi memperkasakan wanita menerusi TechForGood

Hari Raya Aidilfitri ini bukan saja diraikan bersama orang yang tersayang, tetapi juga merupakan musim untuk bersedekah, terutama kepada mereka yang memerlukan bantuan. Tahun ini Garnier Malaysia membawakan makna yang baharu bagi sambutan Hari Raya menerusi kempen Serikan Diri Di Aidilfitri, menerusi kerjasama dengan rakan peruncit MYDIN untuk menyumbang kepada masyarakat menerusi usaha memperkasakan wanita.

Sepanjang bulan ramadhan baru-baru ini, Garnier Malaysia telah menganjurkan kempen "Serikan Diri Di Aidilfitri" berkaloborasi dengan pihak Mydin Malaysia khasnya untuk komuniti yang melibatkan kaum wanita. Ini adalah melalui kerjasama bersama TechForGood satu program di Bawah GEMA (Global Entrepreneurship Movement Association). 

Untuk pengetahuan korang sebenarnya TechForGood adalah satu program inisiatif yang dapat membantu dan membangkitkan komuniti mikro di Malaysia dengan memberikan pembelajaran skil terbaru terutama dalam membantu mempertingkatkan pendapatan melalui penggunaan serta penguasaan teknologi. TechForGood mula diperkenalkan pada tahun 2018 dan sehingga kini mempunyai seramai 500 orang ahli.

Dalam kempen yang berlangsung sepanjang bulan Ramadhan yang lalu manfaat TechForGood diberi melalui 2 cara iaitu :-
  • Setiap penjualan produk garnier di Mydin sepanjang bulan ramadhan, akan disumbangkan sebanyak RM0.20 ke tabungan program tersebut.

  • Untuk pembelian RM30 ke atas mana-mana produk Garnier di roadshow Mydin diantara 24 sehingga 30 Jun 2019, pembeli akan menerima handmade pouch ataupun beg kitar semula yang sangat cantik yang mana dijahit sendiri oleh wanita-wanita yang terlibat dalam program ini.

Kempen Serikan Diri di Aidilfitri ini berjaya dikutip sebanyak RM15,000 dan sumbangan ini dimasukkan  tabungan TechForGood untuk program-program yang bakal dilaksanakan pada masa akan datang.


Antara produk Garnier yang kita boleh dapatkan di pasaran :-








Menyentuh tentang bagainmana penglibatan Garnier Malaysia telah memberi manfaat kepada ahli TechForGood, Cik Deborah Melissa Bottreau, Presiden GEMA, menjelaskan:

"Untuk kerjasama Garnier Malaysia dengan TechForGood, kami telah meningkatkan kemahiran 50 ahli wanita program yang mempunyai minat atau latar belakang dalam menjahit. Melalui pembelajaran digital dan bengkel, mereka dapat meningkatkan kemahiran menjahit yang diperlukan untuk membuat beg dan beg galas yang boleh diguna semula, dan pada masa yang sama, mendapat pendapatan tambahan. Kami sangat bersyukur atas sokongan Garnier Malaysia, dan kami yakin ini akan mewujudkan momentum bagi syarikat-syarikat lain untuk menyertai kami dalam membawa perubahan kepada komuniti mikro lain di seluruh negara."

Selain itu, turut menyokong program ini adalah 3 orang selebriti terkenal tanah air kita iaitu, Syafiq Kyle, Amyra Rosli dan Azira Shafinaz di mana mereka turut terlibat dalam satu mini siri drama Serikan Hatimu dibawah tajaan Garnier yang ditayangkan setiap Isnin 9.50 malam di TV3.


Bagi yang terlepas menonton siri tersebut, boleh juga melayari Youtube TV3 Malaysia.

Nisa Kay yang bertindak sebagai pengacara dalam majlis pelancaran kempen ini juga begitu bersemangat dan ceria sebagai moderator majlis. Nisa Kay juga merupakan pengguna yang cukup setia dengan produk Garnier, beliau begitu teruja dalam memperkenalkan produk Garnier yang memang digunakannya setiap hari.




Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kempen Serikan Diri Di Aidilfitri, boleh layari :-

Facebook : Garnier Malaysia
Instagram : Garnier Malaysia

Ceritera,
Sue Sopian

2 comments:

  1. Membeli smbil bersedekah. .Bagus jugak

    ReplyDelete
  2. bagus inisiatif Garnier ni...thumbs up
    eh..kita pun ada dalam pic akhir tuu..credit to Anie Mohamed rasanya kann

    salam jengah dari www.umifuzy.com

    ReplyDelete