Lokasi Untuk Majlis Perkahwinan Yang Menarik di Magica Subang

Assalamualaikum.

Hi korang! Masih mood raya? Of course lah! Banyak open house lagi kan..

Baru-baru ini MAGICA Events and Function Halls telah menjemput rakan-rakan media dan blogger untuk menghadiri open house mereka yang terletak di Star Avenue Lifestyle Mall.

Melangkah masuk ke dewan acara saja dah terasa seperti di kayangan. Eh! Tiba-tiba macam berada dalam dunia fantasi pula. (>.<)

Sebenarnya kalau korang nak tau kan, MAGICA Events and Function Halls ini merupakan dewan acara terbaharu dan terbesar yang pernah dilancarkan yang terletak di tingkat 4 Star Avenue Lifestyle Mall. MAGICA ini merupakan dewan agam yang direka sebegitu indah berdasarkan konsep hiasan dalaman Eropah yang moden dan dilengkapi fasiliti serba lengkap. 

Magical Hall 

Dewan utama menampilkan interior ekstravaganza dengan dekorasi penuh lampu candelier nan memukau yang terdiri daripada juntaian kelopak-kelopak kaca dan kristal yang bergemerlapan. Berada di tengah dewan adalah laluan peragaan yang diperbuat daripada lantaian kaca sepanjang 22 meter yang bersambung dengan pentas utama yang dihias penuh bunga-bungaan. Bak persona magikal yang terserlah indah, dekorasi yang menakjubkan ini telah dihidupkan oleh sistem penataan cahaya canggih yang meliuk-liuk bersama alunan muzik. Mampu memuatkan sehingga 3,000 tetamu secara buffet atau 700 tetamu dengan susunan meja, dewan dengan fasiliti siap-sedia ini membolehkan majlis dapat dilangsungkan dengan lebih mudah dan menjimatkan masa tetapi tetap memukau pada setiap hari dan waktu. 


Terdapat laluan peragaan daripada lantai kaca sepanjang 22 meter yang bersambung dengan pentas utama yang dihias penuh dengan bunga-bungaan. Keunikan ini juga membolehkan dewan ini digunakan untuk tujuan peragaan fesyen.


Classic Hall

Terletak di sebelah kanan Magical Hall ialah Classic Hall, ruang berkeluasan 12,000 kaki persegi yang didatangkan dengan pentas siap-sedia, pintu masuk yang ditatarias dan hiasan bunga-bungaan bersama hamparan karpet merah. Dewan ini juga dilengkapi dengan sistem penataan cahaya dan AV yang memberikan kesan lebih dramatik, membawa suasana majlis anda ke tahap yang lebih berprestij. Dengan kemampuan kapasiti yang sama dengan Magica Hall dan banyak lagi ruang untuk sentuhan peribadi, anda boleh menyerlahkan kreativiti sendiri dengan mendekorasi dewan mengikut cita rasa masing-masing. 






Garden Hall

Sementara itu, Garden Hall yang terletak berhampiran pula menampilkan suasana ala hutan hijau persis taman nan damai lagi mengasyikkan - sesuai untuk acara keraian atau majlis perkahwinan. Selesa untuk 250 tetamu dengan susunan meja atau 700 tetamu secara bufet, dewan ini dilengkapi dengan suasana puitis yang berlatar belakangkan irama semulajadi kicauan burung dan deruan air terjun. Bak taman si bidadari yang bakal menjelmakan keajaiban atau magikal.




VIP Suite Rooms

Untuk pelanggan yang bercadang menganjurkan majlis yang lebih kecil atau mesyuarat, mereka mempunyai pilihan iaitu bilik suite yang dapat menampung antara 40 hingga 80 tetamu. Terdapat 2 Bilik Suite VIP yang fleksibel bersama ruang legar luas untuk memenuhi keperluan sebarang acara.

Pertunjukan Fesyen Koleksi Gaun Pengantin

Sambil-sambil meninjau dewan acara dan juga menjamu selera, kami disajikan dengan pertunjukan fesyen koleksi gaun pengantin oleh Putree Bridal dan KYBC. 





Sepanjang majllis ini juga MAGICA menyediakan pelbagai aktiviti menyeronokkan selain acara cabutan bertuah dengan hadiah Telefon Pintar Oppo dan Duit Raya untuk dimenangi. Semua orang berasa sangat teruja dan terhibur dengan suasana yang mengasyikkan di samping menikmati makanan yang enak dan berpeluang memiliki hadiah menarik.

Untuk maklumat lanjut, korang boleh menghubungi MAGICA Events & Functions Hall :-

MAGICA Events Sdn Bhd (1316894-P)
Level 4, Star Avenue Lifestyle Mall, No. 3, Jalan Zuhal US/179
Pusat Komersial Arena Bintang Seksyen U5, 40150 Shah Alam
Selangor, Malaysia.
T +6 012.678.7795

1 comment:

  1. Assalamualaikum..
    Salam ukwah dari saya untuk anda..

    Jom follow blog https://www.iyaseo.id/

    Tinggalkan komen dan saya akan cuba membalas komen anda..
    Saya akan berusaha membalas kunjungan anda jika berkesempatan..
    Komen yang baik2 sahaja ye..
    Semoga ikatan ukhwah kita akan berterusan..

    Terima kasih sekali lagi..ya

    ReplyDelete