Burgerlari : Citarasa Burger Premium Malaysia Yang Halal dan Sedap

Assalamualaikum.

Heyyy.. siapa kata burger citarasa Malaysia macam ni tak sedap?
Cuba dulu baru tahu rasanya sedap ke tidak... Kan..


Grab and Go konsepnya kalau terasa nak makan nasi lemak, rendang, satay tapi nak seringkas mungkin. Boleh makan sambil berjalan menuju ke destinasi. Sambil drive kereta pun boleh makan nasi lemak tau.. >.<

Burgerlari mula beroperasi semenjak 20 Februari 2019 menyediakan burger citarasa Malaysia, yang lazat, tanpa perasa tiruan mahupun bahan lain dalam kepingan ayam. Semua roti burger yang digunakan adalah roti arang yang terkenal dengan ciri utamanya, yang bewarna hitam. Bukan sahaja roti ini lembut tapi ianya mampu kekal segar lebih lama.


Nama Burgerlari diilhamkan daripada idea anak-anak Justine (pengarah syarikat), apabila mereka membeli burger dan kemudian lari, konsepnya macam makanan segera yang kita boleh dapat dengan pantas dan masih berkhasiat kerana menggunakan bahan-bahan premium bagi menghasilkan sebiji burger.

Di Burgerlari korang boleh rasa 6 jenis burger yang dijual iaitu Burger Ayam Mentega, Burger Satay Ayam, Burger Rendang Ayam, Burger Hainanese Chicken Chop, Burger Nasi Ayam, dan Burger Nasi Lemak. 







Dalam banyak-banyak jenis ni, paling sedap (ikut tekak Kaklong lah kan) adalah Burger Ayam Mentega, Burger Rendang Ayam dan juga Burger Satay Ayam. Sebab sos yang digunakan menggunakan kuah asli dan juga kepingan patti tersebut diperap dengan rempah asli masakan itu. Memang lainlah rasanya dan ada keunikan tersendiri.

Kalau korang nak beli bungkus pun tak perlu risau sebab sos burger tersebut ada dibungkus asing. Boleh panaskan semula dan sedia untuk dimakan.


Burgerlari juga telah diiktiraf halal oleh Majlis Halal Malaysia, JAKIM dan sijil mereka telah diserahkan oleh Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee (Pengarah Sekretariat Majlis Halal Malaysia, JAKIM). Kata Justine, “Kami faham kepentingan makanan Halal bagi umat Islam di Malaysia. Oleh sebab itu kami berusaha untuk memastikan produk kami memenuhi piawaian ketat JAKIM”.



Alamat : L1-65, Cheras Leisure Mall, Jalan Manis 6, Taman Segar, 56100 Kuala Lumpur.
Waktu operasi : 10 pagi hingga 10 malam setiap hari
Untuk tempahan & pertanyaan lanjut : 03-9134 9368 
Emel: burgerlari@gmail.com
Facebook: Burgerlari 
Instagram: @burgerlari 
#burgerlari #burgermalaysia

Ceritera,
Sue Sopian

1 comment:

  1. Burgerlari. Unik juga nma. . Nasi lemak burger tu ada sekali nasi ka. .

    ReplyDelete