12:19:00 PM

Burgerlari : Citarasa Burger Premium Malaysia Yang Halal dan Sedap

by , in
Assalamualaikum.

Heyyy.. siapa kata burger citarasa Malaysia macam ni tak sedap?
Cuba dulu baru tahu rasanya sedap ke tidak... Kan..


Grab and Go konsepnya kalau terasa nak makan nasi lemak, rendang, satay tapi nak seringkas mungkin. Boleh makan sambil berjalan menuju ke destinasi. Sambil drive kereta pun boleh makan nasi lemak tau.. >.<

Burgerlari mula beroperasi semenjak 20 Februari 2019 menyediakan burger citarasa Malaysia, yang lazat, tanpa perasa tiruan mahupun bahan lain dalam kepingan ayam. Semua roti burger yang digunakan adalah roti arang yang terkenal dengan ciri utamanya, yang bewarna hitam. Bukan sahaja roti ini lembut tapi ianya mampu kekal segar lebih lama.


Nama Burgerlari diilhamkan daripada idea anak-anak Justine (pengarah syarikat), apabila mereka membeli burger dan kemudian lari, konsepnya macam makanan segera yang kita boleh dapat dengan pantas dan masih berkhasiat kerana menggunakan bahan-bahan premium bagi menghasilkan sebiji burger.

Di Burgerlari korang boleh rasa 6 jenis burger yang dijual iaitu Burger Ayam Mentega, Burger Satay Ayam, Burger Rendang Ayam, Burger Hainanese Chicken Chop, Burger Nasi Ayam, dan Burger Nasi Lemak. 







Dalam banyak-banyak jenis ni, paling sedap (ikut tekak Kaklong lah kan) adalah Burger Ayam Mentega, Burger Rendang Ayam dan juga Burger Satay Ayam. Sebab sos yang digunakan menggunakan kuah asli dan juga kepingan patti tersebut diperap dengan rempah asli masakan itu. Memang lainlah rasanya dan ada keunikan tersendiri.

Kalau korang nak beli bungkus pun tak perlu risau sebab sos burger tersebut ada dibungkus asing. Boleh panaskan semula dan sedia untuk dimakan.


Burgerlari juga telah diiktiraf halal oleh Majlis Halal Malaysia, JAKIM dan sijil mereka telah diserahkan oleh Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee (Pengarah Sekretariat Majlis Halal Malaysia, JAKIM). Kata Justine, “Kami faham kepentingan makanan Halal bagi umat Islam di Malaysia. Oleh sebab itu kami berusaha untuk memastikan produk kami memenuhi piawaian ketat JAKIM”.



Alamat : L1-65, Cheras Leisure Mall, Jalan Manis 6, Taman Segar, 56100 Kuala Lumpur.
Waktu operasi : 10 pagi hingga 10 malam setiap hari
Untuk tempahan & pertanyaan lanjut : 03-9134 9368 
Emel: burgerlari@gmail.com
Facebook: Burgerlari 
Instagram: @burgerlari 
#burgerlari #burgermalaysia

Ceritera,
Sue Sopian
6:00:00 PM

Lokasi Untuk Majlis Perkahwinan Yang Menarik di Magica Subang

by , in
Assalamualaikum.

Hi korang! Masih mood raya? Of course lah! Banyak open house lagi kan..

Baru-baru ini MAGICA Events and Function Halls telah menjemput rakan-rakan media dan blogger untuk menghadiri open house mereka yang terletak di Star Avenue Lifestyle Mall.

Melangkah masuk ke dewan acara saja dah terasa seperti di kayangan. Eh! Tiba-tiba macam berada dalam dunia fantasi pula. (>.<)

Sebenarnya kalau korang nak tau kan, MAGICA Events and Function Halls ini merupakan dewan acara terbaharu dan terbesar yang pernah dilancarkan yang terletak di tingkat 4 Star Avenue Lifestyle Mall. MAGICA ini merupakan dewan agam yang direka sebegitu indah berdasarkan konsep hiasan dalaman Eropah yang moden dan dilengkapi fasiliti serba lengkap. 

Magical Hall 

Dewan utama menampilkan interior ekstravaganza dengan dekorasi penuh lampu candelier nan memukau yang terdiri daripada juntaian kelopak-kelopak kaca dan kristal yang bergemerlapan. Berada di tengah dewan adalah laluan peragaan yang diperbuat daripada lantaian kaca sepanjang 22 meter yang bersambung dengan pentas utama yang dihias penuh bunga-bungaan. Bak persona magikal yang terserlah indah, dekorasi yang menakjubkan ini telah dihidupkan oleh sistem penataan cahaya canggih yang meliuk-liuk bersama alunan muzik. Mampu memuatkan sehingga 3,000 tetamu secara buffet atau 700 tetamu dengan susunan meja, dewan dengan fasiliti siap-sedia ini membolehkan majlis dapat dilangsungkan dengan lebih mudah dan menjimatkan masa tetapi tetap memukau pada setiap hari dan waktu. 


Terdapat laluan peragaan daripada lantai kaca sepanjang 22 meter yang bersambung dengan pentas utama yang dihias penuh dengan bunga-bungaan. Keunikan ini juga membolehkan dewan ini digunakan untuk tujuan peragaan fesyen.


Classic Hall

Terletak di sebelah kanan Magical Hall ialah Classic Hall, ruang berkeluasan 12,000 kaki persegi yang didatangkan dengan pentas siap-sedia, pintu masuk yang ditatarias dan hiasan bunga-bungaan bersama hamparan karpet merah. Dewan ini juga dilengkapi dengan sistem penataan cahaya dan AV yang memberikan kesan lebih dramatik, membawa suasana majlis anda ke tahap yang lebih berprestij. Dengan kemampuan kapasiti yang sama dengan Magica Hall dan banyak lagi ruang untuk sentuhan peribadi, anda boleh menyerlahkan kreativiti sendiri dengan mendekorasi dewan mengikut cita rasa masing-masing. 






Garden Hall

Sementara itu, Garden Hall yang terletak berhampiran pula menampilkan suasana ala hutan hijau persis taman nan damai lagi mengasyikkan - sesuai untuk acara keraian atau majlis perkahwinan. Selesa untuk 250 tetamu dengan susunan meja atau 700 tetamu secara bufet, dewan ini dilengkapi dengan suasana puitis yang berlatar belakangkan irama semulajadi kicauan burung dan deruan air terjun. Bak taman si bidadari yang bakal menjelmakan keajaiban atau magikal.




VIP Suite Rooms

Untuk pelanggan yang bercadang menganjurkan majlis yang lebih kecil atau mesyuarat, mereka mempunyai pilihan iaitu bilik suite yang dapat menampung antara 40 hingga 80 tetamu. Terdapat 2 Bilik Suite VIP yang fleksibel bersama ruang legar luas untuk memenuhi keperluan sebarang acara.

Pertunjukan Fesyen Koleksi Gaun Pengantin

Sambil-sambil meninjau dewan acara dan juga menjamu selera, kami disajikan dengan pertunjukan fesyen koleksi gaun pengantin oleh Putree Bridal dan KYBC. 





Sepanjang majllis ini juga MAGICA menyediakan pelbagai aktiviti menyeronokkan selain acara cabutan bertuah dengan hadiah Telefon Pintar Oppo dan Duit Raya untuk dimenangi. Semua orang berasa sangat teruja dan terhibur dengan suasana yang mengasyikkan di samping menikmati makanan yang enak dan berpeluang memiliki hadiah menarik.

Untuk maklumat lanjut, korang boleh menghubungi MAGICA Events & Functions Hall :-

MAGICA Events Sdn Bhd (1316894-P)
Level 4, Star Avenue Lifestyle Mall, No. 3, Jalan Zuhal US/179
Pusat Komersial Arena Bintang Seksyen U5, 40150 Shah Alam
Selangor, Malaysia.
T +6 012.678.7795

6:00:00 PM

Co Working Space dan Study Space di Bangi

by , in
Assalamualaikum.

Melangkah masuk ruangan DNA Workspace ini terus terasa wow! Cantiknya! Moden sangat dekorasinya. Tenang dan damai je.. Sedap mata memandang lah orang kata..


Sekiranya korang adalah seseorang yang selalu bekerja tidak kira tempat, masa dan sering berada di luar lebih daripada di pejabat, ruang bekerja (co-working space) iaitu DNA Workspace yang baru dibuka di Bangi ini memang sesuai sangat untuk korang. Jika korang seorang student pun boleh menikmati kemudahan ini. Ruangan untuk fokus belajar sendirian mahupun bersama rakan-rakan juga sangat sesuai untuk korang juga!

Bersesuaian dengan nama dan tema yang dibawakan oleh DNA Workspace ini iaitu Discuss, Network, be Awesome, DNA menawarkan perkhidmatan wifi juga ye. So tak perlulah korang bersusah payah nak subscribe internet laju apabila berkunjung ke sini. Wifi di sini cukup laju untuk korang buat kerja atau research bahan pembelajaran korang.


Ruangan bekerja atau study space ini memang sangat selesa dan harga yang ditawarkan juga memadai untuk pekerja mahupun pelajar yang ingin menggunakan fasiliti dan kemudahan yang begitu lengkap.




Mana tidaknya, selalunya pelajar dilihat berada di restoran atau kafe mahal untuk membuat kerja atau perbincangan bersama kumpulan. Tidak dinafikan, perkara itu serba sedikit turut mengganggu pelanggan yang datang ke restoran untuk menjamu selera. Kan dah bagi pandangan kurang enak kepada pelanggan lain jika korang buat study group di situ.. Betul tak?


Jadi, dengan adanya ruang bekerja sebegini rupa, korang boleh membuat kerja atau melakukan perbincangan secara berkumpulan dengan lebih selesa tanpa mengganggu mana-mana pihak. Kan molek gituhhh.. <3

Di DNA ini fasiliti yang disediakan cukup lengkap seperti :-

  1. Sebuah bilik mesyuarat disediakan yang mana ianya boleh memuatkan 5 hingga 6 orang dalam satu-satu masa. Ruangan ini disediakan untuk perbincangan, mesyuarat dan juga lain-lain yang bersesuaian.
  2. Ada ruangan yang lebih privasi di mana boleh memuatkan 4 orang dalam satu bilik tersebut. Ruangan ini untuk mereka yang lebih inginkan privasi.
  3. Pantry juga disediakan untuk korang makan-makan dan minum. Mesin kopi Arissto juga ada disediakan.
  4. Ada juga ruangan untuk membuat seminar kecil-kecilan. Best tau sebab boleh duduk santai-santai atas kerusi, sofa atau bean bag.
  5. Setiap kubikel yang disediakan lengkap dengan plug point, kerusi dan meja seperti berada di pejabat.
  6. Untuk umat Islam, jangan risau. Ruangan untuk solat juga disediakan.
  7. Tandas juga ada disediakan. So tak perlu risau nak ke tempat lain untuk mencari tandas.
  8. Bagi mereka yang memerlukan servis printing dan scanning, di sini ada juga disediakan so tak perlulah bersusah payah mencari kedai printing.
* bilik mesyuarat (meeting room) *

* ruangan santai * 

* ruangan santai yang boleh dijadikan tenpat belajar atau bekerja dengan selesa * 

* pantry *

Kalau korang rasa dah penat study atau kerja, korang boleh cuci mata (cuci poket sekalilah!) di Evo Mall dan PKNS yang berdekatan dengan DNA Workspace ini. Barang-barang berharga korang macam mana pulak? Takkan nak angkut ke hulu ke hilir, ye tak?

* locker *

Jangan risaulah! Kat sini ada locker juga. Korang boleh je tinggalkan barang-barang korang sementara di sini sebab ada staff yang akan jaga barang-barang korang. CCTV juga ada. Best kan? Jalan-jalan tak payah bawa beg berat-berat dengan buku-buku atau laptop korang.

Membership Monthly Packages

The Efficient (Isnin hingga Sabtu dari jam 8.00 pagi hingga 7 malam)

Glass Box
Normal Rate : RM 370
Promo Rate : RM 340

Residents
Normal Rate : RM 310
Promo Rate : RM 280

Nomads
Normal Rate : RM 230
Promo Rate : RM 200

The Accomplisher (Isnin hingga Sabtu dari jam 8.00 pagi hingga 11.00 malam)


Glass Box
Normal Rate : RM 420
Promo Rate : RM 390

Residents
Normal Rate : RM 360
Promo Rate : RM 330

Nomads
Normal Rate : RM 280
Promo Rate : RM 250

Korang tak nak pakej macam ni? Semua boleh diatur.. Hubungi pihak DNA terus. Ada yang ikut jam punya pakej..

Alamat : 8-23-03 (2nd Floor), Jalan Medan Pusat Bandar 7A, Bangi Sentral, Bandar Baru Bangi, Kajang, Selangor
Waze : DNA Worspace
Waktu Operasi : Isnin hingga Sabtu, 8.00 pagi hingga 7.00 malam. Tapi bagi mereka yang ada membership boleh berada di sini hingga 11.00 malam. Hari Ahad hanya dibuka jika ada permintaan untuk event tertutup sahaja.
Facebook : DNA Workspace
No. Telefon : +6012 2016 541 atau +6012 228 4468

Ceritera,
Sue Sopian