Program Baru Untuk Bantu Ubah Hidup 10,000 Orang Sempena Merdeka 2019

Assalamualaikum. Hi korang!

Nama Dr. Azizan Osman memang dah tak asing lagi dalam dunia bisnes dan kewangan Malaysia. Siapa je yang tak kenal dengan Dr. Azizan Osman?

Dr Azizan Osman sebagai Master Coach Richwork melahirkan ramai usahawan, jutawan dan banyak menyumbang kepada perkembangan dan kemajuan bidang keusahawanan di negara ini, antaranya kemajuan anak-anak bangsa dengan rekod peningkatan pencapaian usahawan melalui program bisnes dan pemasaran hanya dalam tempoh seawal 3 bulan hingga 18 bulan.

Bergelar jutawan seawal usia 32 tahun melalui syarikat yang diasaskannya pada tahun 2008, Azizan menerusi Richworks International Sdn Bhd, kini merupakan peneraju seminar latihan dan pencetus pembangunan keusahawanan dan pemasaran


Alhamdulillah. Kali ini Sue berpeluang untuk turut sama menyertai program 10X Grow Your Business oleh Dr. Azizan Osman. Wow! Terasa aura positif dan semangat para peserta diserap masuk. Memang meremanglah bulu roma mendengar setiap inci ilmu, tips, nasihat, panduan, dan dorongan yang diberikan oleh panel dan Dr. Azizan Osman tambah-tambah lagi mendengar serba sedikit kisah para peserta yang hadir.



RichWorks Mahu Bantu 10,000 Orang untuk Ubah Hidup

Dalam program yang sama juga pihak Richworks International Sdn Bhd melancarkan program baru yang 10x lebih berimpak daripada IMKK seperti tahun-tahun sebelumnya iaitu NAK UBAH HIDUP 2019 – KUASAI POTENSI DIRI, KEWANGAN DAN BISNES di Menara PGRM, Cheras.

Program Nak Ubah Hidup 2019 ini akan diadakan pada 30 Ogos hingga 1 September 2019 di Setia City Convention Center (SCCC). Pendaftaran untuk program ini masih lagi dibuka kepada orang ramai.

Setelah 11 tahun ditubuhkan, lebih 700,000 peserta telah hadir ke program yang dianjurkan oleh RichWorks. Ramai antara mereka yang hadir, telah berjaya merubah diri mereka dari hidup biasa-biasa menjadi luar biasa dengan berniaga.




Apa yang lebih menarik, ramai dari mereka asalnya hadir dengan keadaan kusut penuh bermasalah, dengan tekanan kewangan dan beban hutang keliling pinggang. Selain dari itu, ramai yang berniaga tanpa ilmu perniagaan yang betul menyebabkan bisnes mereka susah nak berkembang. Malahan mereka terpaksa berhadapan dengan cabaran untuk membuat jualan bulanan yang tinggi dan konsisten. Dan ini juga mempengaruhi tahap kewangan dan pendapatan mereka sehingga menyebabkan ramai antara mereka terpaksa menanggung beban hutang bisnes yang mempengaruhi keadaan hidup mereka.

Tapi, setelah menghadiri beberapa program RichWorks, ramai yang mula menikmati hidup yang lebih baik dengan kebanyakannya muncul sebagai usahawan berjaya di dalam pelbagai bidang kerana mereka berjaya mengambil tindakan merubah hidup mereka untuk keluar dari kepompong bebanan masalah dan tekanan kewangan.

RichWorks melihat program ini sebagai peluang untuk membantu lebih ramai orang dengan berkongsi ilmu bagaimana mereka boleh Ubah Hidup dengan menguasai potensi diri, kewangan dan bisnes.


Pihak Richworks menyasarkan program Nak Ubah Hidup yang akan diadakan sempena Merdeka 2019 ini dihadiri oleh lebih 10,000 peserta selari dengan misi Richworks untuk melahirkan lebih ramai bakal usahawan. Program ini akan menjadi pencetus titik perubahan dalam kehidupan mereka apabila mereka sedar dan tahu bagaimana program ini boleh bantu ubah hidup mereka dari Zero ke Jutawan hanya dengan berniaga.


Memetik kata-kata Dr. Azizan, beliau sebagai individu mungkin tidak mampu mengubah ekonomi dunia tetapi melalui platform program ini yang merupakan inisiatifnya dipercayai dapat membantu lebih ramai orang, terutamanya Melayu untuk memperkasakan diri dan bangsa dengan limu dan formula untuk melonjankan keupayaan diri.

“Mungkin tidak semua akan menghargai perkongsian ilmu bernilai ini tetapi mudah-mudahan ia dapat membantu mereka yang komited dan perlukan bimbingan daripada ilmu dan pengalaman kehidupan dan tahap kewangan yang luar biasa, InsyaAllah.”

“Selain dari itu, jika sebelum ini Richworks adalah sinonim dengan Program Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK) yang telah berakhir pada bulan November 2018, kami yakin isi kandungan Program Nak Ubah Hidup ini akan 10 kali lebih berimpak dari Program IMKK kerana program baru ini dapat membuka peluang kepada lebih ramai rakyat Malaysia untuk memahami potensi sebenar diri mereka melalul ilmu serta pengalaman dan kesilapan saya untuk mereka mengubah dan memperbaiki diri, hidup dan tahap kewangan mereka menjadi luar biasa.” kata Azizan.


Pendaftaran program NAK UBAH HIDUP masih dibuka. Ayuh, cepat-cepat daftarkan diri korang! Nak maju kena bertindak cepat!

Untuk maklumat lanjut, layari:

Email: inquiries@richworks.com.my
Hotline : 1-300-88-2424

No comments:

Post a Comment