Program Agihan Bubur Lambuk Usahanita Daerah Petaling

Assalamualaikum. Hi korang!

Program Agihan Bubur Lambuk oleh Biro Agama Usahanita Daerah Petaling


Entri kali ini Sue nak share tentang satu program CSR yang telah berlangsung baru-baru ini iaitu Program Pengagihan Bubur Lambuk di Plaza Tol LKSA (Plaza Tol Seri Muda) Shah Alam, Selangor oleh Persatuan Usahawan Wanita Bumiputera Malaysia mewakili Daerah Petaling. Program ini telah diadakan pada 8 Mei 2019 yang lalu, bermula kira-kira jam 5.00 petang dan berakhir sekitar jam 6.15 petang di mana kesemua 800 bungkus bubur lambuk telah berjaya diedarkan kepada orang ramai yang telah memandu melalui Plaza Tol Seri Muda pada masa tersebut. Terujalah Sue sebab ini kali pertama Sue dapat menyertai program pengagihan bubur lambuk di plaza tol sebegini.





OBJEKTIF PROGRAM

Tujuan program ini diadakan adalah untuk menjalinkan ukhwah sesama ahli dan orang ramai sepanjang program ini dijalankan terutamanya dalam Bulan Ramadan yang mulia ini. Disamping itu, sebenarnya Pihak USAHANITA Daerah Petaling juga ingin mengalu-alukan para wanita yang ada perniagaan sendiri untuk menyertai keluarga Usahanita kerana banyak kelebihan yang mereka boleh dapat sepanjang menyertai persatuan ini. 

Peluang sebegini tidak seharusnya dibiarkan sebegitu saja oleh usahawan wanita di luar sana. Ayuh! Kita join mereka semua ini untuk mendapatkan manfaat dan kelebihan dalam dunia perniagaan yang penuh memcabar zaman kini.




TAJAAN PROGRAM

Program ini mendapat sokongan penuh daripada Kumpulan PROLINTAS-LKSA kerana sudi memberi kebenaran untuk menjayakan program pengagihan bubur lambuk ini. Penaja sumbangan lain antaranya biskut Azlina Ina Tart Hangit, Biskut Negro, Biskut Teddy Bear, kuah rojak dan kek lapis, kurma dari Mahnaz Food dan air kotak daripada pihak F&N telah turut serta menjayakan program CSR ini.

Program ini juga mendapat sokongan kerajaan Negeri Selangor yang sentiasa membantu NGO terutamanya USAHANITA Daerah Petaling Cawangan Negeri Selangor ini.

Untuk pertanyaan lanjut mengenai persatuan ini korang semua boleh menghubungi Ketua USAHANITA Daerah Petaling, Puan SHEILA RAMLEE di talian 013-2062793 atau melalui emel quensheila@ymail.com




PERSATUAN USAHAWAN WANITA BUMIPUTERA MALAYSIA (USAHANITA) DAERAH PETALING

Di sini Sue juga nak share serba sedikit tentang Persatuan Usahanita ini.

Persatuan USAHANITA telah ditubuhkan sejak tahun 1984 lagi bagi menyatupadukan usahawan wanita bumiputera untuk mengembangkan lagi perniagaan mereka supaya lebih berdaya saing dalam sesuatu bidang yang lebih kompetif.

Persatuan ini juga memberi manfaat bagi ahlinya apabila secara langsung melalui ahli-ahli persatuan ianya dapat  mewujudkan hubungan kerjasama dan jalinan maklumat (information network) dikalangan usahawan bumiputera bagi mempertingkatkan penglibatan dan sumbangan mereka dalam mencapai wawasan negara.

Selain itu, persatuan Usahanita juga mengadakan aktiviti keusahawanan, latihan dan penerangan kepada ahli-ahli bagi mendedahkan mereka dengan lebih meluas dalam dunia perniagaan. Ini juga banyak membantu meningkatkan lagi mutu keusahawan wanita bumiputera.

Pihak Usahanita juga menjalinkan kerjasama dengan pihak kerajaan dalam menjayakan dan melaksanakan dasar-dasarnya. 


****************************************************

Berikut antara ahli-ahli Persatuan Usahanita Daerah Petaling yang telah membuat langkah bijak dengan menyertai persatuan ini yang mana mereka telah mengembangkan lagi perniagaan mereka dan seterusnya menyumbang kepada pembangunan ekonomi dalam negara.

1) Noraslinda Rasib 
Produk : Property Agent Oriental Realty Shah Alam Branch 
Facebook Page :
Facebook : Noraslinda Rasib
Instagram : 
No. Telefon : 0123458739 atau www.wasap.my/60123458739

2) Noraliza 
Produk : Jus Kesihatan 
Facebook : Nusrah Jus Botani
Instagram : Noalizaghani
Produk boleh didapati di Memorable Malaysia & Rizq Mart/Mall & offline

3) Ermi Erliana Binti Mohd Yusof
Produk : Van sekolah / biskut negro / rempeyek cheese letups / pes
Instagram : ermierliana
No. Telefon : 0173980009
Produk boleh didapati di agrobazaar fama dalam masa 2 minggu dari sekarang

4) Azimah Binti Ahmad .    
Produk : Katering Aiskrim Cendol & ABC
Produk : Surprise Delivery & Agent Kek Lapis Sarawak D'sara (area Shah Alam) 
Facebook : Azimah Ahmad 
No. Telefon : 011-28384241

5) Sheila Ramlee
Produk : Real Estate & Property Management (Shah Alam & kawasan yang berdekatan)
Facebook : 
a. Ketua Usahanita Petaling
b. Ramlee Sheila
No. Telefon : 013-2062793

No comments:

Post a Comment