Philips Raya Bersama Chef Marina Mustafa

Assalamualaikum. Hi korang!

Puasa sudah pun bermula. Hari Raya kian tiba, dan ini bermakna tidak lama lagi kita boleh menikmati segala juadah enak lagi menyelerakan yang dihidangkan sempena lebaran. Setiap tahun rakyat Malaysia pasti menanti-nantikan ketibaan Syawal kerana ia memberi peluang kepada kita untuk saling merapatkan hubungan persaudaraan sambil menikmati beraneka juadah yang disediakan. 


Sempena Hari Raya, Philips Malaysia baru-baru ini telah bekerjasama dengan Chef Marina Mustafa untuk sesi memasak ‘Raya Bersama Chef Marina Mustafa’, yang memaparkan kepelbagaian serta kemudahan penggunaan rangkaian peralatan dapur Philips. Semasa sesi berkenaan, Chef Marina telah menyediakan beberapa hidangan wajib Hari Raya seperti Rendang Tok, Lodeh, Ayam Percik, Lontong Daun Pisang dan Seri Kaya Bakar, semuanya dalam masa kurang sejam, membuktikan sesungguhnya masa dapat dijimatkan dengan bantuan Philips. 

Masakan Raya yang disediakan oleh Chef Marina Mustafa menggunakan Multicooker Philips All-In-One dan Philips XXL Airfryer

Turut menyertai Chef Marina dalam acara berkenaan ialah, Naib Presiden dan Pengurus Besar Philips Asia Pasifik, Nicholas John Lee, Pengurus Negara Philips Malaysia, Muhammad Ali Jaleel dan Ketua Pemasaran Philips Malaysia, Wendy Ho serta ahli kumpulan Facebook tempatan, Masak Apa Hari Ni (MAHN).

Dari Kiri: Muhammad Ali Jaleel, Pengurus Besar Philips Malaysia; Nicholas John Lee, Naib Presiden dan Pengurus Besar untuk Philips ASEAN Pacific, Chef Marina Mustafa dan Wendy Ho, Pengarah Pemasaran Philips Malaysia Sdn. Bhd.

“Kami amat gembira melihat kehadiran begitu ramai ahli MAHN. Kami gembira kerana dapat memberi peluang kepada mereka untuk belajar kerana kami tahu mereka menggemari makanan yang dimasak di rumah dan mereka ialah tukang masak yang kreatif. Kami gembira kerana Chef Marina Mustafa yang terkenal dengan resepi Malaysianya, sudi berkongsi resepi Raya kegemarannya bersama-sama kami. Philips telah bekerjasama dengan Chef Marina dalam beberapa projek sebelum ini dan beliau sentiasa mengekalkan ketulenan masakannya tanpa menjejaskan rasa, sementara memanfaatkan kemudahan peralatan dapur moden. Sesetengah resepi tradisional ini mengambil masa yang lama untuk dimasak dan rendang daging kesukaan rakyat tempatan contohnya mengambil masa antara empat hingga lima jam untuk dimasak secara konvensional bagi mendapatkan rasa dan teksturnya yang optimum. Dengan Philips, anda boleh menyediakan juadah Raya dengan lebih mudah dan pada masa sama mengekalkan keenakan rasanya, memberikan anda lebih banyak masa untuk beramah-mesra dengan keluarga serta tetamu,” kata Pengurus Negara Philips Malaysia, Muhammad Ali Jaleel. 

Para tetamu dari Kumpulan Facebook Masak Apa Hari Ni (MAHN)

Bagi Chef Marina Mustafa pula, beliau gembira kerana berpeluang berkongsi ilmu pengetahuan. “Saya suka memasak dan ia adalah perkara yang paling saya minati dalam hidup saya. Saya berasa terharu kerana diberi peluang untuk berkongsi juadah Hari Raya kegemaran saya dengan semua orang dalam acara ini. Kita tahu bahawa menyedia juadah Hari Raya boleh memakan masa yang lama dan saya gembira kerana berpeluang untuk berkongsi pengalaman, bagaimana saya membahagikan masa antara memasak dan meluangkan masa bersama-sama keluarga serta tetamu. Memandangkan saya menyediakan banyak juadah di Hari Raya, Philips Premium All-In-One Multi Cooker dan Airfryer XXL sememangnya banyak membantu memudahkan saya menyediakan semua juadah berkenaan dalam masa yang sama,” jelas beliau.


Philips Premium All-In-One Multicooker (HD2145/62)

Masak secara perlahan, masak menggunakan tekanan dan masak pelbagai hidangan di dalam satu alat dengan Philips Premium All-In-One Multicooker. Dengan keajaiban teknik memasak menggunakan tekanan, anda boleh menyediakan hidangan yang sempurna dalam hanya beberapa minit, malah potongan daging yang liat juga boleh menjadi empuk dalam hanya beberapa minit. Dilengkapi dengan 9 mod masakan menggunakan tekanan, Philips Premium All-In-One Multicooker dapat membantu anda menyediakan juadah enak dengan cepat, memberi kelegaan apabila anda kesuntukan masa. Pada Hari Raya ini, anda boleh menyediakan rendang daging kegemaran anda dalam tempoh kurang sejam, membolehkan anda meluangkan lebih banyak masa bersama-sama yang tersayang. 


Philips Viva Collection Airfryer XXL (HD9630/99)

Sebuah alat yang wajib dimiliki untuk menyediakan hidangan enak lagi berkhasiat di rumah semasa musim perayaan ini. Philips Viva Collection Airfryer XXL (HD9630/99) yang merupakan Airfryer terbaru keluaran Philips, sememangnya memudahkan anda memasak untuk ahli keluarga anda. Saiznya yang lebih besar sesuai untuk menyediakan hidangan yang cukup untuk semua orang apabila anda menganjurkan rumah terbuka dan menjamu sanak saudara di Hari Raya ini. Masak semuanya serentak bagi memenuhi selera semua orang! Dengan kapasiti Airfryer terbesar setakat ini, ia berupaya memasak empat ketul paha ayam penuh untuk resepi Ayam Percik anda sekali gus!


Philips Premium All-In-One Multicooker (HD2145/62) boleh didapati pada harga runcit yang disyorkan RM999 dan Philips Viva Collection Airfryer XXL (HD9630/99) boleh didapati pada harga runcit yang disyorkkan RM1,499. Kedua-dua produk berkenaan boleh dapat di Philips Brand Store di Publika Shopping Gallery dan Wangsa Walk di Kuala Lumpur dan kedai rakan jualan serta pengedar di seluruh negara, serta kedai dalam talian rasmi Lazada di https://www.lazada.com.my/philips-official-store/

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai rangkaian produk Philips di Malaysia, sila layari www.philips.com.my

MENU & RESEPI

No comments:

Post a Comment