PROJEK CSR-DMR #darihati123mamanet KALI KE-5 DI ECO FREE MARKET SHAH ALAM, SEMPENA HARI BUMI 2019

Assalamualaikum. Hi korang!

Baru-baru ini portal www.123mamanet.com (Majalah Harian Wanita) telah mengadakan program amal (CSR) bersama MBSA, menerusi Program Eco Free Market, bersempena sambutan bulan Ramadhan yang telah diadakan pada 14 April, 2019 (Ahad) yang lepas bertempat di Dataran Kemerdekaan Shah Alam. 


Objektif program ini merupakan salah satu usaha syarikat DMR untuk turut sama membantu meringankan beban golongan yang memerlukan, khususnya golongan asnaf di sekitar Shah Alam.

Di samping itu, projek DMR #darihati123mamanet ini juga bertujuan untuk meningkatkan keprihatinan seluruh warga Shah Alam serta para pembaca www.123mamanet.com agar bersikap lebih murni untuk membantu meringankan beban golongan susah yang lebih memerlukan sumbangan. Lebih-lebih lagi sempena kedatangan Ramadan dan Aidilfitri tidak lama lagi.

Ini adalah kali ke-5 penganjuran pihak DMR dalam memenuhi tanggungjawab sosial korporat ini. Diharap agar lebih ramai lagi golongan korporat dan juga individu yang berkemampuan untuk menjalinkan kerjasama atau menghulurkan bantuan untuk memberi manfaat berguna kepada masyarakat yang tidak bernasib baik di luar sana. Mudah-mudahan golongan yang kurang bernasib baik ini tidak berasa tersisih dan dapat menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan nanti dengan lebih bermakna.





Kali ini terdapat sedikit kelaianan dalam Eco Free Market kerana setiap pengunjung yang datang, perlu membuat pertukaran barang-barang kitar semula seperti botol plastik atau botol kaca bagi mendapatkan kupon percuma. Kupon percuma itulah yang akan dibawa oleh pengunjung ke booth yang terlibat dalam program Eco Free Market ini. 

Untuk projek CSR-DMR #darihati123mamanet kali ini dikira agak bertuah. Selain menerima sumbangan kewangan daripada individu-individu bagi membeli barang-barang keperluan dapur seperti tepung, meehoon, gula dan lain-lain lagi, pihak DMR turut mendapat tajaan sepenuhnya daripada QSR Brands (M) Holding Bhd. Pelbagai barangan keperluan dapur di bawah jenama QSR Brands (M) Holding, produk-produk daripada Life seperti Life Sos Berperisa Tiram, Life Kicap Manis, Life Sos Chili, produk-produk daripada Ayamas Kitchen seperti Ikan Macherel, Ikan Sardin, Pes Masak Merah, Pes Masak Kurma  dan macam-macam lagi.





Terima kasih tak terhingga buat Mr Jay Raj, General Manager QSR Brands (M) Holding Bhd, Mrs Angelina Nadan, Manager Brands, Marketing Event serta Miss Amelia dari bahagian Corporate Communications & Marketing QS Brands (M) Holdings Bhd, yang sanggup turun padang untuk sama-sama menjayakan projek amal ini. 

#darihati123mamanet

Wassalam

No comments:

Post a Comment