12:00:00 PM

PROJEK CSR-DMR #darihati123mamanet KALI KE-5 DI ECO FREE MARKET SHAH ALAM, SEMPENA HARI BUMI 2019

by , in
Assalamualaikum. Hi korang!

Baru-baru ini portal www.123mamanet.com (Majalah Harian Wanita) telah mengadakan program amal (CSR) bersama MBSA, menerusi Program Eco Free Market, bersempena sambutan bulan Ramadhan yang telah diadakan pada 14 April, 2019 (Ahad) yang lepas bertempat di Dataran Kemerdekaan Shah Alam. 


Objektif program ini merupakan salah satu usaha syarikat DMR untuk turut sama membantu meringankan beban golongan yang memerlukan, khususnya golongan asnaf di sekitar Shah Alam.

Di samping itu, projek DMR #darihati123mamanet ini juga bertujuan untuk meningkatkan keprihatinan seluruh warga Shah Alam serta para pembaca www.123mamanet.com agar bersikap lebih murni untuk membantu meringankan beban golongan susah yang lebih memerlukan sumbangan. Lebih-lebih lagi sempena kedatangan Ramadan dan Aidilfitri tidak lama lagi.

Ini adalah kali ke-5 penganjuran pihak DMR dalam memenuhi tanggungjawab sosial korporat ini. Diharap agar lebih ramai lagi golongan korporat dan juga individu yang berkemampuan untuk menjalinkan kerjasama atau menghulurkan bantuan untuk memberi manfaat berguna kepada masyarakat yang tidak bernasib baik di luar sana. Mudah-mudahan golongan yang kurang bernasib baik ini tidak berasa tersisih dan dapat menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan nanti dengan lebih bermakna.





Kali ini terdapat sedikit kelaianan dalam Eco Free Market kerana setiap pengunjung yang datang, perlu membuat pertukaran barang-barang kitar semula seperti botol plastik atau botol kaca bagi mendapatkan kupon percuma. Kupon percuma itulah yang akan dibawa oleh pengunjung ke booth yang terlibat dalam program Eco Free Market ini. 

Untuk projek CSR-DMR #darihati123mamanet kali ini dikira agak bertuah. Selain menerima sumbangan kewangan daripada individu-individu bagi membeli barang-barang keperluan dapur seperti tepung, meehoon, gula dan lain-lain lagi, pihak DMR turut mendapat tajaan sepenuhnya daripada QSR Brands (M) Holding Bhd. Pelbagai barangan keperluan dapur di bawah jenama QSR Brands (M) Holding, produk-produk daripada Life seperti Life Sos Berperisa Tiram, Life Kicap Manis, Life Sos Chili, produk-produk daripada Ayamas Kitchen seperti Ikan Macherel, Ikan Sardin, Pes Masak Merah, Pes Masak Kurma  dan macam-macam lagi.





Terima kasih tak terhingga buat Mr Jay Raj, General Manager QSR Brands (M) Holding Bhd, Mrs Angelina Nadan, Manager Brands, Marketing Event serta Miss Amelia dari bahagian Corporate Communications & Marketing QS Brands (M) Holdings Bhd, yang sanggup turun padang untuk sama-sama menjayakan projek amal ini. 

#darihati123mamanet

Wassalam

1:45:00 PM

Buffet Ramadhan 2019 - Shah Alam Convention Centre : Cita Rasa Timur Tengah

by , in
Assalamualaikum. Hi korang!

Masih tercari-cari tempat berbuka puasa sekitar Shah Alam?
Haaa.. ni ada lagi satu tempat berbuka puasa tahun ini yang Sue nak share yang korang boleh tempah awal-awal.

Kali ni, Sue nak kongsikan dengan korang tentang Buffet Ramadhan 2019 SACC Cita Rasa Timur Tengah. Hari tu Sue sempatlah pergi ke prebiu buffet Ramadan SACC ni. So, Sue nak share lah dengan korang.

Ada peminat kambing? Ada peminat masakan Arab?


Haaa.. tiap-tiap tahun mesti SACC akan menghidangkan Nasi Kambing Kebuli semasa buffet Ramadannya. Memang korang kena cuba Nasi Kambing Kebuli ni lagi-lagi peminat masakan Arab dan peminat tegar kambing. Rugi tak cuba tau!

Tahun ini SACC juga akan menyediakan pelbagai hidangan khas dari Timur Tengah seperti Kebab Ayam Irani, Sup Harira, Tabbouleh, Tahina, Baba Ganoush (masakan terung) dan Qayatef.
Qatayef tu sedap tau! Silalah cuba nanti.

Kalau tak minat masakan Timur Tengah, jangan risau. SACC juga ada menyediakan masakan tradisi Melayu seperti Rendang Negeri Sembilan, Daging Goreng Berlado, Ayam Percik, Asam Pedas Tetel, Lala Cili Padi dan Singgang Ikan Tongkol.

Selain itu, ada juga booth lain yang menyediakan pelbagai menu seperti berikut :-


  • Ikan Goreng Tepung/Ikan Bakar
  • Sup Periuk dan Aneka Roti
  • Roti John
  • Pecal dengan Kuah Kacang
  • Laksa Utara
  • Kacang Pool dengan Telur Separuh Masak dan Roti Bakar
  • Kakiage Tempura dan Chicken Kaarage
  • Lemang, Ketupat, Nasi Impit, Rendang dan Kuah Kacang
  • Pat Thai Kuey Teow
  • Apam Lenggang
  • ABC
  • Teh Tarik dan Kopi Tarik
  • Buah-buahan Potong dan Buah-buahan Dusun
  • Aneka Goreng-Goreng dan Pengat











Harga Buffet Ramadan SACC Cita Rasa Timur Tengah

Harga untuk Buffet Ramadan SACC Cita Rasa Timur Tengah adalah seperti berikut :-

Dewasa RM88+
Kanak-kanak RM44+


  • Pembelian awal sebelum 10 Mei, korang dapat harga RM78+ untuk dewasa.
  • Setiap pembelian voucher, RM1.00 akan disumbangkan kepada "Tabung Kebajikan Gelandangan"
  • Harga untuk kanak-kanak bermula dari umur 7 hingga 10 tahun.
  • 6 tahun ke bawah makan percuma.
  • Pembelian voucher untuk kanak-kanak hanya ada secara walk in saja.
  • Voucher untuk dewasa boleh beli secara online.
  • Pakej Korporat ditawarkan dengan harga bermula RM70+ dengan minimum 80 orang.
  • Untuk Pakej Korporat, korang akan dapat ruang khas untuk berbuka puasa.

Buffet Ramadhan SACC : 11 Mei hingga 3 Jun 2019

Untuk tempahan atau pun sebarang pertanyaan, korang boleh hubungi:

Shah Alam Convention Centre
No.4 Jalan Perbadanan 14/9,
40000 Shah Alam,
Selangor
03 5511 8858/03 5511 8848
enquiry@sacc.com.my

Untuk tengok menu penuh, korang boleh klik sini -> Menu Buffet Ramadan SACC Cita Rasa Timur Tengah 2019

Sesiapa yang tengah mencari tempat berbuka puasa sama ada untuk family atau untuk tempat kerja, korang boleh cuba Buffet Ramadan Cita Rasa Timur Tengah SACC 2019 kali ini. Memang berbaloi dan sedap!

Wassalam.

10:41:00 PM

Buffet Ramadhan 2019 - Bangi Golf Resort : Iftar Sesama

by , in
Assalamualaikum. Hi korang!

Seperti tahun-tahun sebelum ini, Bangi Golf Resort juga turut tidak ketinggalan dalam menyediakan menu buffet berbuka puasa bagi umat Islam di Malaysia untuk tahun 2019 ini. Lebih 200 hidangan mewah dari dapur Melayu, Barat dan Timur dihidangkan untuk para pengunjung semasa bulan Ramadhan nanti. 



Menu Tarikan Yang Menambat Selera Para Pengunjung

Semestinya kambing bakar! 

Kalau berkunjung ke sini pasti tak lepaskan peluang untuk merasai kambing bakar di sini. Kali ini ada Sup Kambing Mamak. Fuhhhh.. memang cukup menyelerakan. 




Nasi Ayam juga merupakan salah satu makanan 'laris' di BGR ni. Try lah Nasi Ayam BGR ni kalau korang datang nanti.


Korang nikmatilah gambar-gambar menu yang sempat diambil oleh Sue tempohari. Pasti terliur! Sedap kan?

Lauk-pauk :-




Tak nak nasi biasa? Haaa.. Nasi Kerabu pun ada ye.. Sila cuba! Terbaik!


Masakan Barat :-



Menu lain :-





Tidak ketinggalan juga pelbagai pencuci mulut dan manisan yang memang sangat-sangat menggoda diet korang. Antaranya ada Churros Sepanyol dengan sos coklat, Tiramisu Itali, Pulut Kuning Rendang Daging, Talam Koko dan banyak lagi. Sampai tak ingat semua nama menu pencuci mulutnya ni!





Harga Berbaloi & Murah

Sama seperti tahun sebelum-sebelum ni, pada tahun ini juga harga untuk Buffet Ramadhan di BGR bermula dengan harga serendah RM59.00 untuk dewasa dan RM29.00 untuk kanak-kanak . Harga yang berbaloi sangat dengan pilihan lebih 200 jenis hidangan mewah dari dapur Melayu, Barat dan Timur. 

Kemudahan

1. Surau yang disediakan kini lebih luas bagi menampung lebih ramai jemaah untuk keselesaan semasa solat.

2. Tandas yang sebelum ini cuma ada 5 kubikel ditambah kepada 16 kubikel bagi mengelakkan berbaris panjang dan yang penting tandasnya sangat selesa dan bersih.

3. Lebih 800 lot parkir percuma disediakan untuk pengunjung agar tidak berlaku kesesakan 


Beramal dan Berkongsi Rezeki

Apa yang menariknya lagi bila korang memilih untuk berbuka disini ialah selain disajikan dengan pelbagai hidangan yang lazat, BGR juga akan menyumbangkan sebanyak 1% daripada jumlah keuntungannya sepanjang Ramadhan Al-Mubarak ini kepada Islamic Relief Malaysia (IRM) untuk memperkasakan komuniti dan memberi bantuan kemanusiaan kepada mereka yang kurang bernasib baik. 

Selain itu, Restoran BGR juga akan bekerjasama dengan Food Aid Foundation untuk menyumbangkan dan menyelamatkan mana-mana lebihan makanan daripada Buffet Ramadhan untuk diberikan kepada mereka yang memerlukan untuk mengelakkan berlakunya pembaziran.

Bukan itu sahaja, sesuatu yang baru bakal dilakukan oleh BGR kerana sepanjang Ramadhan ini juga Restoran BGR dengan kerjasama portal F8Buzz.com juga akan menwujudkan Kotak Sumbangan Iftar Sesama kepada orang ramai yang ingin menyumbangkan makanan atau pakaian kepada mereka yang kurang bernasib baik. 

Korang cepat-cepat klik link di bawah ni. Tempah sekarang tau!

Tempah online untuk harga istimewa:-

RM59.00nett untuk dewasa 
RM29.00nett untuk kanak-kanak (Umur 3-11)

Ikuti laman-laman media sosial berikut untuk makluman terbaru :-

Laman Web: 

Facebook: 

Instagram: 

Hashtag: 
#iftarBGR 
#ramadhanBGR 
#BGRbuffetramadhan 
#bukapuasa

Wassalam!

10:51:00 PM

Fasha Sandha Duta Baru InnerShine - "Cantik Semulajadi"

by , in
Assalamualaikum. Hi korang!

Siapa yang tak kenal dengan Innershine daripada BRAND'S. Mesti korang ingat lagi tagline yang popular daripada Innershine iaitu "Cantik Dari Dalaman" kan?
Baru-baru ini Innershine telah mengumumkan mereka kini bersama dengan duta jenama baharu, Fasha Sandha.

Walaupun amalan kecantikan termasuk penjagaan kulit dan penggunaan make up merupakan kaedah yang efektif untuk meningkatkan penampilan diri, namun, kecantikan semulajadi boleh dikekalkan sekiranya diri dijaga dengan pengambilan nutrien yang betul. Dengan itu tema "Cantik Semulajadi" yang diperkenalkan oleh Innershine menepati ciri-ciri duta baru mereka iaitu Fasha Sandha.

InnerShine® Brand Ambassador, Fasha Sandha

(L-R) Lam Hui Min, Senior Brand Manager, BRAND’S Suntory; InnerShine® Brand Ambassador, Fasha Sandha; Foo Hwei Jiek, Head of Trading, Watsons Malaysia and Eric Wong, Senior Marketing Manager, Watsons Malaysia

Alhamdulillah, murah rezeki pengantin baru ini apabila BRAND'S Suntory (Malaysia) Sdn Bhd memperkenalkan Fasha Sandha sebagai duta jenama yang baharu untuk rangkaian Innershine Pati Prun dan Innershine Pati Beri. Tapi Fasha bukan sahaja menjadi duta kepada produk kecantikan ini malah, drama 14 episod yang dibintangi Fasha, Patah Sayap Bertongkat Paruh turut mendapat tajaan pihak Innershine. Korang boleh tonton drama ini tu Astro Ria bermula 3 April 2019. Tahniah Fasha! 

Innershine Pati Prun dan Innershine Pati Beri merupakan suplemen berkhasiat 100% berasaskan buah-buahan dalam botol yang mudah dimunim dan dihadam oleh tubuh badan.


Pencarian Wajah #InnerShine® Cantik SemulaJadi Kembali

InnerShine® kembali dengan pertandingan Pencarian Wajah #InnerShine® CantikSemulaJadi2019, berlangsung dari 5 Mac hingga 14 April 2019, dengan kerjasama eksklusif bersama Watsons. Sempena peraduan ini, seramai 30 orang pelanggan Watsons berpeluang memenangi wang tunai bernilai RM300 dan produk InnerShine® bernilai RM100. Daripada jumlah tersebut, lima pemenang akan diumumkan pada setiap minggu melalui laman Facebook dan Instagram. Bagi menyertai pertandingan tersebut, para pelanggan hanya perlu membeli pek 12 botol produk InnerShine® di mana-mana rangkaian Watsons di seluruh negara atau dari laman web Watsons. Mereka kemudian perlu mengambil gambar kreatif mengenai rejim penjagaan kulit masing-masing sambil memaparkan InnerShine® dan memuat naik gambar berkenaan ke laman Instagram bersertakan kapsyen kreatif serta tanda pagar  #InnerShineCantikSemulaJadi2019.  

Kesemua peserta perlu menyimpan resit pembelian mereka memandangkan para pemenang bertuah perlu menyerahkan resit tersebut sebagai pengesahan. Untuk mengetahui terma-terma dan syarat serta maklumat lanjut mengenai peraduan Pencarian Wajah #InnerShine®CantikSemulaJadi2019, sila layari laman web 


Tampil Lebih Berseri dengan Innershine Pati Prun

InnerShine® Pati Prun berkesan terhadap sistem penghadaman anda, membersihkan bahagian dalaman tubuh dengan keserian wajah yang dapat dilihat dalam tempoh 12 hari. Gabungan pati buah prun dan Vitamin E meningkatkan keupayaan perlindungan kulit anda daripada radikal-radikal bebas yang terdapat di persekitaran, seterusnya memberikan kulit yang lebih sihat dan berseri. Suplemen berkhasiat 100% berasaskan buah-buahan ini juga kaya dengan serat buah prun dan maltodekstrin - sejenis serat boleh larut yang menggalakkan pergerakan usus yang baik dan membantu menyingkirkan toksin-toksin yang tidak diperlukan di dalam tubuh. 


InnerShine® Pati Beri merupakan pati diperkuat dengan kandungan Vitamin A, C & E serta Zink. Vitamin C dan Vitamin E membantu melindungi sel daripada tekanan oksidatif. Sebagai tambahan, pati berkenaan juga mengandungi nutrien-nutrien daripada tujuh beri premium yang kaya dengan antioksida - blueberries, blackcurrants, cranberries, chokeberries, strawberries, acai berries dan elderberries. Antioksida itu membantu melindungi kulit anda daripada kerosakan UV dan kesan keseluruhan daripada nutrien-nutrien terlibat memastikan kulit anda licin dan kekal berseri serta kelihatan lebih muda. 

Pada tahun 2019, InnerShine® menekankan manfaat Pati Prun dan Pati Beri bagi membantu mencapai kecantikan dalaman menerusi penganjuran kempen Shine Dari Dalaman.


Innershine Pati Prun dan Pati Beri