Didik Anak Tentang Zakat Melalui Kempen Tabung Didik Zakat PPZ-MAIWP

Assalamualaikum wbt.

Salam Jumaat.

Cuti persekolahan 2018 sudah hampir sampai ke penghujungnya. Tahun baru 2019 pula bakal menjelma tidak lama lagi. Sudah pasti anak-anak sudah tidak sabar dalam bersiap sedia untuk ke sekolah. Namun dalam kegembiraan kita untuk menyediakan segala keperluan sekolah anak-anak kita, jangan kita lupa juga kepada golongan asnaf dan yang kurang kemampuan ini. 

Dari sinilah kita sebagai ibubapa mendidik anak-anak kita tentang zakat bagi keperluan golongan asnaf dan kurang kemampuan ini melalui kempen Tabung Didik Zakat oleh Pusat Pungutan Zakat (PPZ) Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).


Zakat

Zakat terbahagi kepada dua (2) iaitu Zakat Fitrah dan Zakat Harta.

Zakat Fitrah adalah sebagai penyuci orang yang berpuasa daripada melakukan perbuatan keji dan buruk, juga untuk dijadikan sumber keperluan orang asnaf ketika 1 Syawal (siang & malam).

Zakat Harta pula adalah zakat yang merangkumi hasil pertanian, binatang ternakan, perniagaan, wang simpanan, harta temuan, emas dan perak. Setiap zakat harta memiliki perhitungannya atau perkiraan harta yang akan dikenakan zakat.



Tabung Didik Zakat

Untuk mendidik anak-anak kita sedari kecil mengenali dan belajar tentang erti zakat, pihak PPZ-MAIWP telah menyediakan Tabung Didik Zakat melalui kempen mereka. Tujuannya adalah untuk mendidik anak-anak yang di bawah 18 tahun membayar zakat sedari kecil agar mereka biasa dengan zakat itu sendiri.

Program Tabung Didik Zakat ini juga turut mendapat sokongan daripada selebriti-selebriti tempatan seperti Nasrizal Ngasri @ Bell, Amar Baharin dan juga PU Azman untuk mempromosikan kepentingan berzakat.  

Cara

Cara untuk mendapatkan Tabung Didik Zakat adalah dengan membuka akaun zakat dengan serendah RM 10 di mana-mana kaunter zakat di PPZ-MAIWP. Setelah ibubapa selesai mendaftar akaun anak-anak, Tabung Didik Zakat akan diberikan secara percuma kepada anak-anak anda.

Selain itu, boleh juga mengunjungi kaunter Pusat Pungutan Zakat MAIWP berhampiran :-
  • Shamelin 
  • Kg. Baru 
  • Masjid Negara
  • Wangsa Maju 
  • Putrajaya Presint 9 
  • Putrajaya Presint Diplomatik
  • Taman Tun Dr. Ismail 
  • Jalan Puchong
SEMAI ZAKAT TUAI BERKAT

Untuk perkembangan terkini dan maklumat lanjut boleh ikuti Pusat Pungutan Zakat MAIWP di saluran di bawah:

Page FB Rasmi PPZ: http://facebook.com.my/myzakat
Twitter Rasmi PPZ: https://twitter.com/ppzwp
Instagram Rasmi PPZ: https://www.instagram.com/pusatpungutanzakat
Website: www.zakat.com.my
Talian Telefon: 1-300-88-5757

#tabungdidikzakat
#sicilikcelikzakat
#menabunghinggaberzakat
#mulakanzakatdiusiamuda

5 comments:

  1. hi.. content blog menarik.. lets blogwalking and click iklan..done follow u.. follow me back.. http://acuyuhan.blogspot.com/ thanks

    ReplyDelete
  2. wah !! menarik ni.. mendidik anak-anak supaya faham konsep berzakat.. hee~ tabung tu pun comel kan..

    ReplyDelete
  3. lhamdulillah. Suka dengan usaha PPZ-MAIWP dalam usaha mendidik anak dari kecil untuk berzakat :) Dah lah tabung dia pun comel sangat !

    ReplyDelete
  4. Didik anak2 sedari awal lagi tentang berzakat dengan tabung comel.

    ReplyDelete