10:41:00 PM

Promosi Pakej Perkahwinan Dengan Tawaran Yang Hebat di Pameran Pengantin MEFA 2018

by , in
Assalamualaikum.

Hai! Esok hari terakhir sekolah kan? Dan cuti sekolah yang panjang hampir tiba. Makanya banyaklah jemputan kenduri perkahwinan dan pertunangan saudara-mara dan juga rakan taulan. Tidak ketinggalan juga jiran lama yang bertahun-tahun dahulu, anak kawan Mama, saudara Abah dan ramai lagi la. 


Bermula minggu ini, kami banyak menerima jemputan majlis perkahwinan dan juga ada majlis pertunangan.
Meriah betul bulan Disember 2018 ini.

Sambil-sambil tu mesti ada di kalangan kalian yang teringin ataupun sedang merancang untuk naik pelamin kan? Tambah-tambah lagi kalau dah ke majlis perkahwinan orang lain, tengok pula  majlis yang indah-indah dan bermacam tema, pasti terdetik di hati, "eh, aku pun nak majlis grand macam ni.." (sambil berangan..)


Ok..
Masih tercari-cari pakej perkahwinan yang sesuai, menarik, berbaloi dan lengkap seperti yang diimpikan?

Haaa.. meh sini Sue nak cerita..

Jika ini masalah utama yang sedang hadapi oleh anda semua, maka marilah hadir ke Pameran Pengantin MEFA yang akan diadakan di Shah Alam Convention Centre (SACC) pada bulan Disember 2018 ini di mana di sini anda semua boleh cari apa-apa pakej perkahwinan lengkap untuk majlis anda.


Pameran Pengantin MEFA 2018

Pameran Pengantin ini yang dinanti-nantikan serta paling BEST di Malaysia akan menemui anda semua terutama bakal-bakal pengantin dari seluruh Lembah Klang. Kali ini, Pameran oleh Malaysia Wedding Festival (MEFA) akan diadakan di Shah Alam Convention Centre (SACC) yang akan menawarkan pelbagai promosi, pelbagai pakej perkahwinan lengkap, dan pelbagai jenis vendor perkahwinan khas untuk bakal pengantin di luar sana.

Jika anda bakal-bakal pengantin yang mencari produk seperti, Katering, Pelamin, Busana Pengantin, Pakej Lengkap Pekahwinan, Dewan Perkahwinan, Kad Kahwin, Fotografi, Videografi, Door gift, Hantaran dan macam-macam lagi, Pameran Pengantin MEFA adalah pilihan paling tepat. Jangan lepaskan peluang tau! Pameran Pengantin MEFA akan berlangsung pada bermula pada 7 Disember 2018 (Jumaat) sehingga 9 Disember 2018 (Ahad) di SACC, Shah Alam.

Menarik Di Pameran Pengantin MEFA

Apa yang Menarik jika anda membuat tempahan di pameran? Dengan promosi selama 3 hari sahaja daripada vendor perkahwinan yang berpengalaman dan berkualiti. Vendor-vendor perkahwinan ini menawarkan pakej-pakej yang memberi kelebihan kepada bakal-bakal pengantin seperti diskaun sehingga 50%, percuma kambing golek, percuma penghantaran dan paling BEST! Percuma pakej bulan madu. WOW! Memang rugi kalau tak cuba rebut peluang ini.






Tapi… Antara promosi di pameran paling disukai oleh semua bakal-bakal pengantin adalah cabutan bertuah sebab penganjur akan memberikan cabutan bertuah seperti baucer, barangan gajet, pakej bulan madu, wang tunai, Tshirt limited edition dan banyak lagi. 


Jika anda adalah orang yang 1,000 terawal datang, penganjur akan menyediakan hadiah istimewa nanti. Rugi kalau tak datang awal dan buat tempahan awal, silap-silap nanti, habis semua orang rebut.

Yang paling best pada abad ini, jika anda sukakan pertunjukan fesyen dan makeup, anda boleh saksikan semuanya secara LIVE di pentas MEFA selama 3 hari. LIVE Makeup daripada MUA ternama di Malaysia akan dilakukan di pentas MEFA pada hari Jumaat dan Sabtu, manakala pertunjukkan fesyen pada hari terakhir iaitu Ahad.


Jangan ketinggalan tau! Ini tawaran yang bukan main-main untuk bakal-bakal pengantin. Bagi memudahkan semua yang datang, boleh layari laman social penganjur yang sentiasa up to date perkembangan pameran. 

FACEBOOK

INSTAGRAM

WEBSITE

P/S: Sebarang pertanyaan atau ingin menempah booth jualan boleh hubungi: Encik Azahari (012-3871775). Jangan lupa share event besar ini dengan keluarga atau rakan-rakan anda semua ya!

Teringin majlis sebegini? Ala-ala fairy tale gitu... Haaa.. singgah tau di SACC ni nanti.. Jangan lupa tau!