Wefie Raya Bersama Jus Hidayah Gold dan Menang RM10000 Gold Bar!

Assalamualaikum.


Hai. Selamat Hari Raya!!!

Okeh.. Siapa yang suka selfie, wefie bagai tu, meh sini nak bagi chance kat korang menang hadiah best ni. 
Tengok tajuk tu tak teruja ke? >.<


Korang kan rajin wefie.. Gambar-gambar raya tu mesti banyak kan? Dari disia-siakan begitu aje, baik korang join contest ni. Tak rugi pun mencuba. Hadiah pun lumayan wehhhh.. Siapa tahu kalau tiba-tiba korang dipilih sebagai pemenang hadiah utama yang berpeluang membawa pulang Gold Bar seberat 20g. Fuhhhh... Rezeki jangan ditolak tau..

Nak join macam mana?
Mudah saja.. 

Untuk mereka yang tak tahu dan nak menang RM 10,000, sepanjang bulan Syawal ni Jus Hidayah Gold dari Syarikat Serai Mas Herb Sdn Bhd sedang mengadakan pertandingan Wefie Raya yang telah pon bermula pada 17/5/2018 dan akan berakhir pada jam 10.00 malam 1/7/2018



Sesiapa saja boleh join contest wefie Jus Hidayah Gold tapi nak wefie nanti, korang kena lah wefie bersama-sama dengan produk Jus Hidayah Gold. Korang boleh hantar seberapa banyak gambar wefie yang korang nak. Unlimited. But! pastikan korang kena bergambar bersama produk Jus Hidayah Gold dan gambar tu kena lah KREATIF!! Kenapa kena kreatif? 

Sebabnya setiap pemenang akan dipilih berdasarkan gaya yang paling kreatif. Pemilihan pemenang dibuat oleh pihak juri yang dilantik. So, gunakanlah bakat kreatif korang yang terpendam tu untuk bergambar bagi menarik hati juri yang akan menilai nanti.

Pada yang masih tercari-cari lagi produk tersebut dan nak cuba, boleh dapatkan produk tersebut di:

1. Toko-toko Jamu berhampiran



** Pemenang akan diumumkan pada 1/7/2018 melalui Facebook Seraimas HQ.
** Tarikh Tutup Penyertaan: 1/7/2018 jam 10 malam

Secara Detail yang nak join contest ni boleh follow method kat bawah:

1. Beli Jus Hidayah Gold

2. Peserta perlu bergambar beramai-ramai (“wefie”) bersertakan Jus Hidayah Gold sebagai bukti

3. Muat turun aplikasi QR reader di App Store atau Play Store dan scan QR code yang tertera di          kotak Jus Hidayah Gold

4.Isi butiran lanjut dan masukkan “original code”. Ikut langkah seperti yang tertera di laman sesawang www.seraimas.my

5. Masukan slogan "Saya sertai peraduan Wefie Raya Jus Hidayah Gold kerana........." Ayat tidak boleh melebihi 50 patah perkataan.

6. Muat naik gambar wefie raya anda di platform yang disediakan. Dengan memuatnaik gambar di platform ini anda telah mengakui bahawa:

- Gambar adalah milik anda
- Tiada sebarang pelanggaran hak cipta atau seumpamanya
- Anda bertanggungjawab sepenuhnya terhadap gambar dan maklumat yang dimuatnaik
- Membenarkan pihak penganjur menggunakan atau menyiarkan gambar anda di sebarang media bagi tujuan pengiklanan dan promosi produk Seraimas.

7. Untuk anda berpeluang memenangi hadiah, penyertaan anda mestilah diterima pada hari akhir tempoh peraduan. Semua penyertaan yang diterima di luar tempoh peraduan tidak akan dilayan.

8. Dengan menyertai peraduan ini, anda adalah dengan ini dianggap telah menerima dan bersetuju dengan terma dan syarat Peraduan #WefieRayaJusHidayahGold. Sila klik link ini

Hadiah yang akan diterima oleh bakal pemenang:


Seramai 5 orang pemenang akan dipilih. Berikut adalah hadiah-hadiah yang bakal dimenangi.

Tempat Pertama:
Gold Bar (20g) + 2 jemputan ke rumah terbuka bersama Imam Muda dan keluarga Seraimas

Tempat Ke-2:
Gold Bar (10g) + 2 jemputan ke rumah terbuka bersama Imam Muda dan keluarga Seraimas

Tempat Ke-3 sehingga ke 5:
1 dinar emas + 2 jemputan ke rumah terbuka bersama Imam Muda dan keluarga Seraimas


JUS HIDAYAH GOLD 

Jus Hidayah Gold adalah minuman kesihatan bermutu tinggi dan menggabungkan 23 jenis herba yang memberi kebaikan dan kesan berganda untuk lebih sihat dan kekal cantik.

Kombinasi Raja Segala herba seperti Madu, Buah TiĆ­n, Kismis, Kurma Merah, Apricot, Delima, Lada Pintal, Cengkih, Kunyit, Buah Pala, Senduduk Putih, Mahkota Dewa, Habbatus Sauda, Mengkudu, Teja Lawang dan pelbagai lagi bahan semulajadi ini mempunyai kebaikan dan khasiat luar biasa untuk kesihatan tubuh badan dan mengatasi segala macam penyakit.

Produk yang tidak perlu diperkenalkan lagi ini turut dapat membantu pelbagai masalah kesihatan. Tidak terhad kepada penyakit ringan sahaja, Jus Hidayah Gold juga dapat mengatasi penyakit serius atau kronik seperti penyakit kanser, diabetes, darah tinggi, gout, SLE (systemic lupus erythematous), angin ahmar, migraine, buasir, denggi, masalah usus (gastik atau sembelit) dan sebagainya.

Sejak dari zaman dahulu, banyak jenis tumbuhan yang digunakan oleh nenek moyang kita untuk mengubati penyakit luar dan juga dalaman. Namun, masih ramai di antara kita yang belum mengetahui atau berasa yakin bahawa bahan-bahan semulajadi ini sebenarnya jauh lebih baik untuk mencegah dan juga merawat penyakit. Produk berasaskan herba alam semulajadi seperti Jus Hidayah Gold ini boleh dijadikan alternatif untuk mengekalkan kesihatan ataupun mengubati penyakit. Bak kata pepatah Melayu, cegah sebelum kena.

Gabungan mantap 23 jenis herba terpilih ini juga terdiri daripada makanan sunnah yang berkualiti tinggi yang sememangnya bermanfaat untuk kesihatan tubuh badan. Malah jika diamalkan setiap hari dan dijadikan sebagai rutin, ia mampu mencegah pelbagai penyakit, menyihatkan badan dan mengembalikan keseimbangan sistem tubuh badan.

Warisan herba sepanjang zaman ini mampu dimiliki untuk kesihatan seisi keluarga serta mengeratkan lagi jalinan kebahagiaan bersama. Lebih Kuat, Lebih Cergas dan Lebih Beramal dengan Jus Hidayah Gold keluaran Seraimas Herbs.


SERAIMAS HERB

Serai Mas Herbs Sdn Bhd ditubuhkan pada 2005 di atas impian dan inspirasi oleh pengasas yang juga Pengarah Urusan Syarikat, Datin Hajjah Sunita Bibi Ali Akhbar. Menyedari hakikat bahawa sektor makanan tambahan bagi tujuan kesihatan dan juga produk kosmetik serta kecantikan amat menggalakkan, maka syarikat ini mula beroperasi dengan menyediakan pelbagai rangkaian produk yang bermutu tinggi.

Syarikat ini telah diperbadankan di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 pada tarikh 22 Julai 2005. Dengan kejayaan cemerlang yang telah diperolehi sepanjang penglibatan syarikat dalam bidang ini, maka Serai Mas kini beroperasi sepenuhnya di Labis, Johor.

Produk kesihatan dan kecantikan berasaskan herba dan bahan semulajadi ini bermula dengan produk Losyen Terapi Anggun dan Dara Mas Cucian Wanita, Serai Mas Herb dan juga produk kulit Astanita Collagen Skinz dan C’Bidadari Juice Khas untuk kaum wanita yang mementingkan kecantikan luaran dan dalaman. Ia mula berkembang dan semakin unggul ke hadapan apabila memperkenalkan produk lain seperti Jus Hidayah, Kismis Hidayah, Raudah Energy Drinks, Rest Slimm Mango Drink dan Bengkung Puteri Mas yang menjadi pilihan ibu selepas bersalin.

Perjalanan Serai Mas Herbs Trading bermula daripada sebuah kedai jamu milik Datin Hajjah Sunita Bibi yang ketika itu menjadi stokis untuk satu produk lokal syarikat lain. Beliau nekad untuk membina empayarnya sendiri selepas dia ditipu dan ditikam belakang oleh syarikat terbabit. Seiring dengan cita-citanya semenjak kecil yang mahu menubuhkan perniagaan sendiri, tanpa ragu beliau mengeluarkan produk kesihatannya sendiri. Walaupun ketika itu beliau kurang arif dengan ilmu dalam bidang jualan dan pemasaran, namun atas nekad dan sokongan daripada suaminya, beliau yakin bahawa syarikatnya pasti akan berjaya suatu hari nanti.

Walaupun tidak mempunyai pendidikan tinggi dan mempunyai latar belakang dari keluarga yang porak peranda, beliau berjaya menepis segala tomahan masyarakat yang suatu ketika dahulu mengejinya dan berjaya menubuhkan syarikat sendiri hasil titik peluhnya itu. Setiap tekanan yang dilaluinya sejak kecil menjadi inspirasi untuk dirinya agar terus bangun dan tidak mudah putus asa. Datin Hajjah Sunita Bibi juga percaya dengan mengeluarkan produk kesihatan ini, ia dapat membantu orang ramai untuk menjaga kesihatan walaupun sibuk dengan kehidupan harian. Menekankan isu kekeluargaan, setiap produk yang dihasilkannya mampu dimiliki oleh setiap ahli keluarga kerana produknya bermula dari produk bayi, kanak-kanak, ibu mengandung, serta warga emas. Malah harga mampu milik yang ditawarkan ini mampu untuk dimiliki oleh setiap ahli keluarga di Malaysia.

Beliau percaya dengan hubungan kasih sayang dan kekeluargaan yang penting dalam satu keluarga itu, produk ini mampu memberi kesan positif jika diamalkan selalu. Beliau juga mahu produk kesihatannya ini mampu pergi jauh dan boleh mengorak langkah hingga ke luar negara.


Pertanyaan boleh hubungi talian: +6012 7848364

Website: www.seraimas.my
Facebook: Seraimas HQ
Instagram: @seraimashq
Youtube: Seraimas Herbs

Wassalam.

12 comments:

  1. nak menang senang cuma wefie dengan slogan ... jangan lupa beli jus hidayah gold tau

    ReplyDelete
  2. Saya suka wefie.kahkah! Bila nak wefie raya dengan mami sue sue

    ReplyDelete
  3. pehhh syok gila hadiah kan kak... boleh join sekaki wefie dgn yg lain..hehehe...jom wefie dan menang hadiah bernilai rm10k!

    ReplyDelete
  4. jom meh la kita bersama sama beli jus hidayah gold dan menangi gold bar 20g

    ReplyDelete
  5. Produk hebat,hadiah pun hebat! Kena cuba ni...

    ReplyDelete
  6. Jom join..mudah dan senang je..woww sangatt hadiah dia

    ReplyDelete
  7. Best klo menang..produk die pon bgus

    ReplyDelete
  8. Baru tau selain dari Jus Hidayah Gold tu, banyak lagi produk die rupenye. Siap kontest wefie bagi hadiah gold bar. Untung gila sape menang

    ReplyDelete
  9. Saya nak join tapi rasanya tak sempat kot sb produk tak beli lagi..huwaaa.
    Melepaslah hadiah lumayan tu

    ReplyDelete
  10. Kalo tengok ramuan herba yg digunakan mmg terbaik la...badan sihat, masuk contest menang plak gold bar..berbaloi2

    ReplyDelete
  11. Mak oooii wefie je boleh menang RM10k??

    ReplyDelete
  12. Mudah betul nak join. Wefie je boleh menang 20g gold bar. Sape nak bagi kan. Sempat lagi join nie. Nak join lah !

    ReplyDelete