Buffet Ramadhan 2018 - Laman Kayangan Shah Alam

Assalamualaikum.

Hi semua!


Alhamdulillah.. Sudah masuk hari kedua Ramadhan hari ini. Selamat berpuasa ya semua..

Masih tercari-cari tempat berbuka Ramadhan kali ini? Ok.. Sue hendak perkenalkan salah satu tempat berbuka yang pastinya memikat hati para pengunjung yang berkunjung ke sini bersama keluarga mahupun sahabat handai.

Kembara Selera Memikat Jiwa


Laman Kayangan Shah Alam sedang mengadakan Buffet Ramadhan yang menghidangkan pelbagai jenis makanan. Terdapat lebih kurang 88 jenis menu yang pastinya dapat memikat hati para tetamunya. Tahun ini, Laman Kayangan Shah Alam menyediakan ‘signature dish’  yang lazat iaitu Sup Tulang dan Nasi Arab Kambing Golek. Kambing golek pasti menjadi tarikan utama dalam buffet Ramadhan ini dengan tema buffet kali ini adalah Kembara Selera Memikat Jiwa.

Antara menu lain yang dihidangkan adalah Kacang Pool Larkin, Nasi Kabuli, Daging Damia, Ayam Kalio, Mee Kari Nyonya, BBQ Station dan banyak lagi yang pastinya akan membuat pengunjung rambang mata. 

Di bawah ini senarai menu yang terdapat dalam buffet Ramadhan 2018 oleh Laman Kayangan Shah Alam :-

Gerai A (Bombastik)
Roti Boom Kuah kari & Sambal Sardin


Gerai B (Kacang Pool Larkin)
Kacang Pool & Condiments


Gerai C (Mat Tak Done)
Pasta Station Asian Flavor yang dihidangkan dengan 3 pilihan sos iaitu Green Curry Bolognese, Chicken Curry dan Tomyam Tomato


Gerai D (Periok Belanga)
Nasi Putih, Nasi Kebuli / Nasi Kacang Dhal / Nasi Daging
Ayam Kalio / Ayam Kapitan / Ayam Palembang / Ayam Masak Lada Hitam / Ayam Masala
Daging Kerutuk / Daging Salai Masak Lemak / Daging Bamia / Daging Masak Merah Thai / Daging Halia
Ikan Masak Kunyik Berlada / Ikan Asam Pedas / Ikan Masak Cuka / Ikan Lemak Tempoyak / Ikan Keng Som
Rendang Kacang Buncis / Sayur Campur SS / terung Lomak Cili Api / Sayur Petola Rampai udang
Nasi Arab, Ayam Panggang, Gulai Kambing, Daging Panggang, Salata & Sup

Gerai E (Teluk Kumbaq)
Gorengan (Lok Lok & Cendawan)


Gerai F (Kap Khun Khap)
Teppan Noodles & Chicken Phad Thai

Gerai G (Mr Burn)
Grilled & BBQ (Ayam Percik, Sosej, Ikan, Fillet Ayam)


Gerai H (Round The Clock)
Dessert & Fruit Counter






Gerai I (Noodle In Boat)
Laksa / Mee Jawa / Wantan & Dumpling / Mee Kari Nyonya


Gerai "Beverages" (Tak Tuang Tuang)
Air Jagung, Air Limau Asam Boi Ipoh Mali, Air Sirap Selasih Ku Sayang, Teh Ais Kaw Kaw, Coffee & Teh Tarik panas, Cendol / Aiskrim

Gerai J (Aeroon Pak Ajis)
Sup Tulang Merah

Antara kemudahan yang disediakan ialah:
- Lokasi yang menarik dan selesa
- Parking secara percuma
- Surau
- Lokasi yang cantik dan berhawa dingin
- Persembahan ghazal


Untuk pertanyaan dan keterangan lanjut, anda boleh menghubungi:

1. Nor Iliana (Nana) 
019-311 7443 / 03-5542 4200.
2. Linda
017 3326 646
3. Hanafi
011 1878 4681
4. Haslina
017 317 7806

Harga Normal
RM65 (dewasa)
RM35 (kanak-kanak & warga emas)



Pakej Korporat (rujuk flyers yang diberikan)
Beli 50 meja
PERCUMA
*500 cenderahati istimewa
*5 Hamper
*PA System & Projector

Beli 10 meja
PERCUMA
*1 meja
*100 cenderahati istimewa

Jangan lupa hashtag #LamanKayanganShahAlam #BuffetRamadhan #RamadhanBuffet #BuffetRamadanShahAlam #LamanKayangan

Wassalam.

1 comment:

  1. waa first time tgk siap yg ad pakej untuk macam korp buat mjlis. nice. tk yah pening pening dh.

    ReplyDelete