4:30:00 PM

Buffet Ramadhan 2018 - Bangi Golf Resort

by , in
Assalamualaikum.

Amacam hari kelapan berpuasa hari ni? Masih bertahan lagi? Ada yang dah kecundang ke? 
Hahaha.. 

Ok la.. Gurau je.. >.<


Ni.. nak story sikit pasal tempat untuk berbuka yang korang boleh cari dan berbuka bersama keluarga atau rakan-rakan korang sempena bulan puasa ni. Bangi Golf Resort adalah salah satu lokasi berbuka yang popular kerana menawarkan harga yang murah. Hidangan Buffet Ramadhan 2018 oleh Bangi Golf Resort telah pun bermula dari 19 Mei sehingga 13 Jun 2018. 




13 Sebab Mengapa Anda Patut Berbuka di Bangi Golf Resort

1) Disahkan HALAL
Ok.. So tak payah la korang risau tentang status halal Restoran BGR ni ye..

2) Nilai untuk Wang Anda! 
Terkenal kerana menghidangkan bufet gastronomik yang menawarkan kepelbagaian dan kualiti, Restoran BGR sekali lagi menawarkan lebih 200 hidangan mewah dari hidangan Melayu, Barat dan Timur. Harga untuk tempahan dalam talian di laman web  https://www.bgrrest.com/product/buffet-ramadhan/ bermula dari serendah RM 59 nett untuk dewasa dan RM29.50 nett untuk kanak-kanak.

3) Sajian Eksklusif 
Tetamu boleh nantikan wadah masakan popular yang akan menonjolkan Kambing Bakar yang dipanggang perlahan di atas api dan Sup Kambing Mamak. Di stesen ini, chef akan menghidangkan daging panggang dan sup kambing yang baru di masak. Tetamu juga boleh menikmati satay ayam dan daging serta Kuew Teow goreng dan Mee Mamak yang disediakan secara langsung di depan mereka.




4) Hidangan Barat Moden 
Nikmati sajian eksklusif restoran BGR di seksyen Barat, yang menyediakan sajian dengan sentuhan gastronomik seperti Sous Vide Eggs dengan Cendawan Espuma. Untuk hidangan yang lebih tradisional, kegemaran keluarga seperti Lasagna ayam dan Spaghetti Carbonara turut tersedia.



5) Masakan Melayu dan Tradisional 
Menonjolkan bahan mentah yang di tanam sendiri di “Kebun dalam Bandar” berlokasi di dalam premis Bangi Golf Resort sendiri, chef BGR akan menuai sayur-sayuran organik dan menghidangnya ketika Buffet Ramadhan. Nantikan Nasi Kerabu, nasi yang dihidangkan dengan ulam yang ditanam sendiri oleh pihak BGR, ikan masin goreng, keropok ikan dan bahan hiasan lain. Warna biru Nasi Kerabu pula datangnya dari kelopak Bunga Telang yang juga ditanam di kebun BGR. Juga tidak ketinggalan, tahun ini terdapat Laksa Sarawak dan Laksa Singapura yang dibuat dari mula yang pasti akan memenuhi citarasa anda.






6) Sajian Timur Yang Disediakan Sempurna
Mengguna pakai teknologi terkini dalam menyediakan hidangan Timur, Restoran BGR telah menguasai teknik penyediaan Nasi Ayam Hainan. Setiap ketulan ayam telah dimasak secukupnya, memberikan rasa empuk dan berjus yang hebat. Nasi yang empuk dan diperkaya dengan lemak ayam, menjadikannya berkilau dan penuh rasa. Melengkapkan pengalaman ini adalah sos bawang putih & halia serta cili yang pasti akan menggoda anda untuk mendapatkan tambahan kali kedua. Tidak dilupakan juga, kegemaran ramai, Daging Masak Lada Hitam dan juga rekaan baru kami Filet Ikan Goreng dengan Sos Mentega.



7)  Pelbagai Pencuci Mulut 
Di Restoran BGR, pencuci mulut adalah sesuatu yang mesti dinikmati. Di Bufet Ramdhan BGR terdapat Churros Sepanyol dengan Sos Cokelat Pekat, Tiramisu Itali, seleksi kuih muih Melayu serta puding, agar-agar dan buah-buahan. Tidak dilupakan juga, Gelato kami yang disediakan segar dengan perasa durian dan bungan kantan akan sekali lagi disediakan.





Seleksi pencuci mulut baru juga akan dihidangkan untuk 2018 ini yang pasti akan meninggalkan kenangan manis. Anda pasti tidak tahu mahu memilih apa dari rekaan kami seperti Salted Caramel Brownies, Bandung Lychee Cheese Cake, Pina Colada Cheese Cake, Blueberry Crème Brulee Cake, Talas Salted Corn, The Patissier Mocha Fudge Cake, Red Velvet Durian Mousse, Pandan Gula Melaka Mousse dan Cendol Mousse. 



8) Harga istimewa untuk durian!
BGR akan menerima tempahan untuk durian Musang King (RM110/sekotak) dan D24  (RM55/sekotak) daripada tetamu yang ingin membelinya untuk Iftar dan Hari Raya. Tempahan pra majlis durian boleh dibuat di https://www.bgrrest.com/product/durian/.



9) Persembahan Secara Langsung
Untuk memeriahkan suasana, persembahan secara langsung akan diadakan bermula 6.30pm hingga 9.30pm.



10) Tempat letak kereta percuma
Lebih 800 lot parkir disediakan Restoran BGR buat tetamu.

11) Surau di sediakan
Ruang solat yang luas buat tetamu.

12) Buat baik!
Sepanjang Ramadhan al Mubarak tahun ini, Restoran BGR akan menyumbang 1% dari keuntungan kepada Islamic Relief Malaysia (IRM) untuk memperkasakan komuniti dan memberi bantuan kemanusian kepada mereka yang kurang bernasib baik.

13) Suka Makan Benci Pembaziran
Memenuhi janji BGR untuk sentiasa menambah hidangan dan memastikan ianya sentiasa ada di meja buffet sehingga majlis selesai namun mereka bekerja dengan konsep sifar pembaziran, Restoran BGR akan bekerjasama dengan Food Aid Foundation untuk menyumbangkan dan menyelamatakan mana-mana lebihan makanan dari Bufet Ramadhan untuk diberikan kepada mereka yang memerlukan.

Untuk pertanyaan dan tempahan, sila hubungi:
No Tel (Tempahan/Pertanyaan) : 1700818557

Alamat: 
No. 1 Persiaran Bandar, Bandar Baru Bangi, Selangor 43650, Malaysia

Koordinat GPS: 
2.95716N, 101.76518E

Email: 
sales@bgrrest.com

Laman Web: 

Facebook: 
https://www.facebook.com/bangigolfresort/ 

Instagram: 
@bangigolfresortofficial

Hashtag: 
#BGRbuffetramadhan18 #bangigolfresort #makansedap

Sekian, wassalam.

11:00:00 PM

Selamat Hari Jadi Suami & Ibu

by , in
Assalamualaikum.

Hari ke 35 berpantang. 
Hari ke 4 ramadhan.

Tapi pulang ke KKB untuk menyambut hari ulangtahun kelahiran Mama Sue dan Mr. Akoy sebenarnya. Ni semua plan si Adik Sue la ni.. Tu yang dia ajak balik KKB juga.


Mr. Akoy punya birthday dah lepas 16 Mei yang lalu bersamaan hari guru. Senang ingat birthday dia sebab tiap-tiap tahun 16 mei adalah hari guru. Hahaha.. 
Sambut sekali la hari ni dengan Mama Sue sebab birthday Mama Sue adalah pada hari ini, 20 Mei. Rasanya hampir setiap tahun sambut sekali sebab birthday mereka berdua dekat-dekat.. Hehe..

Kebetulan Sue teringin makan nasi ayam, Adik Sue pun teringin nasi ayam juga. Tapi kami masing-masing menyimpan hasrat di hati je.. Tak cakap dan tak luahkan.. Tup tup, Mama kata nak masakkan nasi ayam hari ni.. Terus macam, eh eh.. macam tahu tahu je nak makan apa.. Tu pun Mama beritahu masa Sue tanya Mama nak masak apa untuk menu berbuka nanti.. Sebenarnya Sue tanya tu nak request Mama masakkan nasi ayam.. Belum sempat suarakan hasrat hati, Mama dah cakap, nak masak nasi ayam.. Wow!


Tu la.. ibu-ibu kita ni faham sangat apa yang ada dalam pemikiran dan hati anak-anak dia.. Adik Sue pun sama juga, tak cakap lagi nak makan nasi ayam tapi Mama dah cakap dulu nak masakkan nasi ayam.. Macam tahu tahu je.. You're the best Mama ever la Mama! Love you so much!

Kek dan segala hadiah semua Adik Sue yang tolong belikan.. Yela.. Kaklong dia ni masih berpantang dan tak keluar rumah sangat.. Haha.. Kalau keluar pun ikut Mr. Akoy beli barang dapur je.. Tu pun banyaknya duduk dalam kereta je.. So untuk birthday Mama dan Mr. Akoy ni minta tolong Adik la arrange segala.. Thank you so much Adik. Love you!





Kuih pula Mama masakkan badak berendam. Sebelum kami pulang ke Shah Alam, sempat la Sue makan dulu badak berendam.. Hehe.. Pantang pun hentam je la makan.. 


Moga panjang umur, murah rezeki dan bahagia selalu buat mereka berdua yang disayangi.. Love both of you so much!

Wassalam.
6:40:00 AM

Salam Ramadhan 2018

by , in
Assalamualaikum.

Salam Ramadhan buat semua rakan-rakan dan pembaca blog ini. Semoga Ibadah ini dapat dijalankan dengan sempurna. InshaAllah..

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

"Sesungguhnya telah datang kepadamu bulan Ramadhan ( dengan kelebihan yang lain): Bulan penuh keberkatan, Allah memfardhukan puasa atas kamu, dibuka pintu-pintu Syurga, dikunci pintu-pintu Neraka, dibelenggu Syaitan ( supaya tidak mengganggu umat Muhammad S.A.W daripada melakukan pelbagai ibadat), di dalam ada Malam Qadar iaitu satu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Sesiapa yang tiada diberikan kebajikan malam itu maka sesungguhnya dia tidak diberikan kebajikan kepadanya."


Wassalam.

8:17:00 PM

Pilihanraya Umum Ke 14

by , in
Assalamualaikum.

Selamat mengundi buat rakyat Malaysia! Pilihan di tangan anda demi masa depan negara. >.<



Berdebar-debar tunggu result penuh ni... 

PRU 14 kali ini Sue tak dapat balik untuk mengundi sebab masih dalam tempoh berpantang dan juga jauh. Makanya habis pantang nanti Sue nak tukar alamat IC kepada alamat rumah sendiri. Pilihanraya akan datang baru keluar mengundi semula. Sebelum ini pun dah 2 kali merasa mengundi. Kali ini je skip... hehe..

Ini kes takut nak turun naik tangga kat rumah lama la ni.. Yelah.. Kan Sue kena czer.. takut wooo.. Ngeri okeh!

Jumpa next PRU la ye..



#iVoteForNoVote (",)