Baby Terbelit Dengan Tali Pusat

Assalamualaikum.

Hi readers!

Penafian  : Entri ini adalah entri backdated. Mami Sue Sopian sedang berusaha untuk update semula entri lama-lama mengikut urutan. Mohon beri sokongan ya! Thanks. >.<

5.30 pagi Isnin, 16 April 2018
Ketika bangun daripada tidur pagi ini, tiba-tiba kain batik yang dipakai Sue basah. Terkejut! Panik sekejap. Eh, air apa ni? Takkan terkencing kot.. Tapi memang nak ke bilik air pun sebab rasa nak terkencing dah ni.. Dah kenapa tak berhenti air mengalir ni.. - Sempat monolog dalam hati sebelum Sue kejutkan Mr. Akoy. Mr. Akoy bingkas bangun dan bersiap. Siapkan anak-anak juga, si kakak Hadirah dan si kakngah Humairah. 

Sebelum tu sempat Mr. Akoy tanya kenapa dalam keadaan terpisat-pisat dan terpinga-pinga. Sue jawab rasanya macam air ketuban ni.. Yelah.. Sue tak pernah ada experience air ketuban pecah dulu. Sebelum ini, kedua-dua anak kami, Sue turun tanda sikit (darah) dan terus sakit contraction. So bila rasa air mengalir tu panik la juga sekejap.. Tapi masih tak rasa lagi sakit contraction. Sempat tukar kain batik dan hampir-hampir nak mandi dah tapi basah separuh badan je la.. 

Subuh tu, terus hantar anak-anak ke rumah pengasuh dan terus menuju ke hospital. Si kakak pun tak bersekolah pada hari tersebut.

Sampai hospital, terus naik ke tingkat 1, di mana terletaknya wad bersalin. Dah la kena naik tangga lagi dalam keadaan menahan air ketuban.. haha.. bukan menahan sakit sebab tak rasa lagi sakit contraction tu.. Pintu biasa dan lif belum buka lagi.. Ye la.. bukan waktu bekerja lagi. Masih subuh lagi.. So tabah la naik tangga ke tingkat 1 dipimpin oleh Mr. Akoy.

Bila dah sampai atas, terus register dan masuk wad. Of course la pilih wad yang bilik seorang. Sebab lagi selesa compare dengan wad biasa. Lagipun nak Mr. Akoy teman malam-malam senang, Tak ganggu orang lain nanti. Mujur dapat bilik dekat dengan nursery. Sebelum ini, semasa bersalinkan KakNgah Humairah, Sue dapat wad bersebelahan dengan nursery. Kali ini dapat bilik yang bersebelah dengan bilik yang dahulu. Senang sikit nak visit baby nanti.. (,")

Bila dah masuk wad, nurse hantarkan baju untuk tukar then breakfast. Kemudian siap la segala check up sebelum bersalin. Bab check jalan la yang paling tak best. Jalan dah buka 3cm masa tu. So nurse dah cakap dalam 7.30 pagi nanti masuk labour room. So dia dah hantar ubat untuk buang air besar dan baju lain untuk ke labour room yang terletak di tingkat 2.

Bila dah siap segalanya, Sue dibawa ke labour room dan Mr. Akoy follow sekali. Debar-debar tapi masih relax lagi sebab tak rasa apa-apa sakit lagi. Sampai labour room lagi la bertambah debar-debar tu. Berdoa banyak-banyak dalam hati moga segalanya dipermudahkan. Di sini, heart beat baby di monitor. Then setiap berapa minit, nurse datang check jalan. Masih 3cm... jadinya kena tunggu sampai jalan buka 10cm.

Sue siap boleh tertidur walaupun masa tu dah start rasa contraction cuma tak kuat. Bila doktor datang check jalan, masih 3cm dan katanya baby dah buang air besar dalam perut. Oleh sebab itu, doktor induce Sue untuk bagi jalan cepat buka. Contraction pun masih tak berapa kuat seperti sebelum-sebelum ini. Then heart beat baby pula semakin menurun setiap kali contraction datang. Bila doktor Razif sendiri turun dan check heart beat baby, katanya baby mungkin stress sebab baby dah membuang dalam perut. Doktor juga risau baby makan najis sendiri pula. Air ketuban pun dah habis keluar.

Semakin lama heart beat baby semakin drop, so Doktor Razif cadangkan untuk operate saja. Disebabkan tiada option lain, kami bersetuju untuk menjalani pembedahan. Bila dah siap tandatangan semua dokumen berkaitan, tiub untuk kencing dimasukkan. Allahuakbar, sakitnya.. Yelah.. Sue kan tak pernah rasa macam ni.. Sebelum-sebelum ini bersalin normal saja. So bila kena operate, mental dan fizikal tak bersedia sebenarnya.

Bila nak ditolak masuk ke dewan bedah, lagi la rasa nak menangis. Dah la Mr. Akoy tak dapat ikut sekali.. Lagi la sedih.. Takut pun ye juga..

Ingatkan sakit dimasukkan salur kencing tu paling sakit, rupanya bila nak bergerak dan alih katil, lagi bertambah sakit. Kemudian dimasukkan pula ubat bius oleh pakar bius. Lagi la bertambah sakit. Memang suara nak menangis dah.. Nurse pula asyik la kata, kalau sakit tarik nafas, hembus nafas perlahan-lahan. Ishhhhh.. dah la sakit sangat-sangat sampai nak menitik air mata ni, boleh pulak nak kena tarik nafas, hembus nafas perlahan-lahan.. Sempat lagi tu berkata-kata dalam hati.. Mula la berdebar-debar bila doktor nak operate dok tanya, rasa apa-apa tak.. Mula-mula tu terangkat juga kaki sebab rasa macam kena cuit-cuit. Tapi lepas beberapa saat dah tak rasa boleh angkat kaki. Rasa perut dipegang orang je.. Rupanya dah dalam proses dibedah.

Oh ya! Sue dibius separuh badan je.. Sebabnya doktor kata, dia nak patient sedar masa lepas operate tu sebab dia nak tunjuk jantina baby dan lagi satu sebab adalah kerana nak mengelakkan baby keluar nanti tidur je kalau bius penuh. Ni sebab yang diberi oleh doktor bila Sue request nak full bius. Punya la penakut sampai minta full bius. Doktor kata dah ada kes, dia bius penuh pesakit dan bila jantina baby keluar lain daripada masa scan, pesakit salahkan doktor dan tuduh doktor tukarkan baby.. Aduhai.. Ada juga rupanya kes begitu.


10.41 pagi
Bila dah selamat operate, terdengar tangisan pertama baby Haziqah. Betul-betul kuat suara dia. Bergema dewan bedah tu dengan suara tangisan dia. Alhamdulillah.. lega rasanya. Berat baby 2.79kg saja. Lebih kecil berbanding dengan kakak-kakaknya. Kakak Hadirah dulu 3.00kg dan KakNgah Humairah pula 2.81kg.

Doktor beritahu pada Mr. Akoy, mujur dia cepat operate kerana baby sudah terbelit dengan tali pusat cuma bukan dekat leher dia, hanya badannya saja terbelit dengan tali pusat. Alhamdulillah.. mujur doktor bertindak awal. Baby pun tiada apa-apa komplikasi lain. Mungkin sebab itulah heart beat baby asyik drop bila datang contraction.

Hari pertama ni, memang berbaring saja la.. Makan dan minum tidak dibenarkan lagi hingga betul-betul pulih. Pergerakan juga terbatas. Sempat juga tengok baby bila Mr. Akoy bawa dia untuk diqamatkan. Tu pun sekejap saja.

Family Sue pun dah sampai hospital selepas Sue bersalin. Cuma mereka pulang ke rumah Sue sekejap. Petang tu, family Sue datang semula.

Bila dah petang, kesan bius pun semakin hilang, baru la terasa sakitnya. Rengat pun terasa sakit yang teramat sangat. Tapi dalam sakit pun masih happy.


Alhamdulillah.. Kakak Hadirah boleh terima kehadiran baby baru cuma KakNgah Humairah la macam terkejut sikit. Dia masih belum peduli baby baru. Cuma sedih tengok dia sebab mummy dia sakit.. Dia tengok je mummy dia ni.. lepas tu tengok baby dengan pandangan pelik..

Baby dijaga sepenuhnya di nursery. Susu badan juga belum diberi lagi. Kena tunggu esok. Alhamdulillah.. boleh la Sue rest dulu. Tapi memang tak boleh nak tidur walaupun kepenatan. Rasa sakit mengalahkan rasa mengantuk. Sepanjang hari hingga esoknya tak boleh tidur.

Ok la.. Nanti Sue update lagi ya. Setakat ini ceritera hari pertama melahirkan baby Haziqah. (",)

See ya!


2 comments: