10:00:00 PM

Persiapan Rumah Sebelum Bersalin

by , in
Assalamualaikum. Hai readers!

Hari Sabtu macam ni Sue tak ke mana sebab Mama dan Abah datang dengan adik dan adik ipar juga.. Hantar anak-anak Sue balik ke sini lepas seminggu Atok mereka ambil minggu lepas bawa balik ke KKB.

Dah alang-alang Mama dan Abah ada, mereka berdua tolong Sue mengemas rumah.. Opppssss.. bukan apa.. Sue dah sarat sangat so dah tak larat nak buat kerja-kerja berat. Setakat menyapu sampah, masak, cuci pinggan tu boleh la lagi.. Tapi tu pun kalau mengemas dan menyapu cuma weekend atau hari Jumaat saja. Sidai kain baju biasanya Mr. Akoy tolong buat. Uruskan anak-anak juga banyak Mr. Akoy yang buat lepas dia balik kerja. Sue banyak rest je sekarang ni sebab sakit pinggang, perut dan belakang. Kadang-kadang tu lepas Isya' dah tertidur walaupun anak-anak belum tidur lagi.. "-__-

Mama Abah tolong cucikan langsir, tingkap, sliding door dan sebagainya yang berat-berat. Sebab Sue nak mengemop lantai pun tak boleh. Mr. Akoy pula baru nak sembuh dari sakit kaki. Pun tak boleh nak buat banyak kerja berat juga. Huhu..

Masa nak sidai langsir bilik Sue, baru perasan yang benang emas dari langsir tu tertanggal dan jadi serbuk-serbuk halus berkilat-kilat.. Alahai.. sayangnya.. Terus takde mood nak pakai langsir tu balik walaupun cantik.. lepas kering, minta Abah Sue buang je.. Pejam mata buang je.. -__-"

Kebetulan Adik Sue nak ke GM Klang dan Mama pun nak ikut sekali, so Sue pun kirim beli tikar plastik untuk ganti tikar di ruang tamu yang dah koyak-koyak dek kerana Humairah suka koyakkan tikar tu. Sekali jalan beli langsir bilik Sue la dah alang-alang ke GM Klang tu..


Ni la langsir bilik Sue yang baru.. Jadi la.. Murah-murah je.. Terberkenan pulak dengan warna biru ni.. Hihi..

Adik Sue bagi banyak pilihan warna. Mulanya nak pilih purple tapi tengok biru + sliver ni macam cantik pulak.. terus pilih yang ini daripada yang banyak-banyak Adik bagi tu..





RM68 untuk 2 panel langsir. So ok la.. Cukup untuk langsir bilik Sue ni.. Mama Sue nak tolong jahitkan langsir dah tak sempat dah.. nak cari kain lagi, nak cari masa menjahit lagi dengan keadaan dia tak berapa sihat dan matanya pun macam ada rabun sedikit. Lagipun Mama Sue jadi pengasuh anak orang juga di KKB tu.. So masa sangat terhad. Jadinya, beli dah siap je la senang.. Kesian juga kat Mama kalau nak menjahit semata-mata satu tingkap bilik je kan..

Terima kasih kat Mama dan Abah tolong kemas rumah sebagai persiapan sebelum bersalin.. Moga Allah swt membalas jasa kalian berdua. Love both of you!

Sekarang tinggal nak buat persiapan akhir sebelum bersalin je lagi.. ada beberapa barang baby dan barang Sue tak beli lagi.. Ingatnya esok nak shopping.. >.<

Nanti Sue update lagi ya..

Thanks semua!

Wassalam.


10:30:00 AM

Pregnancy Check Up Week 36

by , in
Assalamualaikum. Hai.

Alhamdulillah. 
Syukur.
Sudah masuk minggu yang ke-36. Tidak lama je lagi.. Debaran kian terasa. Moga kali ini segalanya dipermudahkan.. Mudah-mudahan InshaaAllah..

Korang pun tolong doakan sama ye.. >.<


Check up minggu ke-36 ni Sue buat di Hospital Bersalin Razif, Klang. Kali ini Mr. Akoy pun ada sekali. Kebetulan Mr. Akoy cuti sebab nak check up mata dia di KPJ Shah Alam. So alang-alang boleh la sekali jalan je.

Check up di sini senang. Bila-bila masa yang free dalam hari yang dia beri tarikh tu boleh datang. Nak check up datang bila-bila masa dari pagi sampai jam 9.00 malam. So sebelum 9.00 malam masih boleh datang lagi.

Kami sampai di hospital pun dah sekitar jam 6.00 petang. Nak kata ramai patient tak juga tapi ada la dalam 5-6 orang. Maybe ramai yang ambil kesempatan lepas kerja datang buat check up. Sebab sebelum ni, kalau Sue datang check up di sini sekitar jam 2.00 atau 3.00 petang sangat jarang ada orang. Biasanya ada Sue dan seorang atau 2 orang patient lagi. So check up pun tak ambil masa yang lama. 15 minit je dah siap dan boleh balik.

Tapi kali ni agak lama sedikit kena tunggu giliran. Dalam 6.40 petang juga baru habis check up. Lapar pula masa tu.. Mana taknya.. Dah tak lunch sebelum tu sebab dah 2 kali breakfast kan sebelum ke KPJ Shah Alam dan masa di KPJ Shah Alam.. Lunch hour tu masih kenyang lagi so takde la kami makan apa-apa.. Tapi dah petang terus terasa lapar..

Mula la dalam kepala ni mereka-reka nak makan macam-macam.. haha..

Jumpa doktor lain pula kali ni.. First time dengan doktor perempuan chinese ni.. tapi tak pasti memang betul-betul chinese atau malay tapi chinese look. Semua check ok cuma air kencing ada kotor sikit.. Agaknya sebab tak minum air kosong that day.. Hahaha.. Doktor nak bagi antibiotik tapi Sue kata takpe doktor.. Hari ni je kan baru kencing kotor.. Mungkin saya kurang air hari ni.. Hahaha.. pandai-pandai je nak ngelat tak nak makan ubat.. So doktor pun ok aje la.. Senang banyak..


Habis check up terus waze jalan nak balik rumah.. Tapi sebelum tu harus la singgah makan dulu..

Kami makan di Amlon Char Kuey Teow, Jalan Kebun.. sedap juga... Nanti Sue story ya.. Next entry okeh! 

Please pray for us.. love you all..

Babai.


12:00:00 PM

Ophthalmologist Consultant, KPJ Shah Alam

by , in
Assalamualaikum. Hai.

Dalam 2-3 minggu ni, Mr. Akoy ada mengadu yang mata dia macam ada masalah. Langsung tak boleh nak fokus pada kerja. Tulisan jadi blur. Lagipun kerja Mr. Akoy lebih kepada menggunakan komputer, so mungkin matanya letih menghadap skrin komputer terlalu lama sampai tulisan di skrin itu pun dia tak boleh baca.

Disebabkan itu, Mr. Akoy mengambil keputusan ke kedai cermin mata untuk check mata dan seterusnya nak buat cermin mata la mengikut perkiraannya. Tapi tanpa disangka-sangka optometri di situ memaklumkan bahawa ada tanda-tanda mata kiri Mr. Akoy seperti ada glaukoma (glaucoma). Cuma mereka tidak dapat memastikan dengan lebih tepat kerana mesin untuk check glaukoma tiada di situ. Cuma ada di hospital saja. Mereka siap cadangkan supaya berjumpa dengan pakar glaukoma di KPJ Shah Alam - Dr. Wan Azizan.

Sejak balik dari kedai cermin mata tersebut, Mr. Akoy susah hati. Yelah.. siapa yang tak susah hati kan.. Bila dengar je pasal glaukoma, tentu la sesiapa saja akan susah hati kalau terkena pada diri sendiri. Macam-macam yang difikirkan hingga terganggu emosi dan juga kerja-kerja sekeliling. Orang-orang di sekeliling pun boleh terkesan dan terkena tempiasnya.

Ok.
Jom kita baca apa maksud glaukoma ni.. -->

GLAUKOMA
Glaukoma merupakan sejenis kerosakan mata yang disebabkan oleh tekanan cecair yang terlalu tinggi di dalam bebola mata. Tekanan yang tinggi ini akan merosakkan sel retina dan serabut saraf sehingga ruang penglihatan sekitar seseorang itu menjadi semakin sempit dan akhirnya akan terus menjadi buta.
Hampir 2% daripada mereka yang berusia melebihi 40 tahun mengidap penyakit glaukoma. Glaukoma merupakan salah satu sebab mereka menjadi buta selain daripada katarak. Di Malaysia dianggarkan satu daripada setiap tujuh orang buta disebabkan oleh glaukoma.
Bagi mata glaukoma, tekanan cecair di dalam bebola mata meningkat kerana saluran cecair tersekat akibat kerosakan saraf. Bagi mata sihat (normal) pula, pengaliran keluar-masuk cecair di dalam bola mata adalah seimbang.
[ sumber : Wikipedia ]

Jadinya setelah mendengar penjelasan optometri tersebut dan juga membuat sedikit research mengenai glaukoma ini, Mr. Akoy ke klinik panel untuk meminta surat refer ke KPJ Shah Alam supaya memudahkan kami untuk menggunakan insurans saja tanpa membuat bayaran sendiri. Hihi.


22 Mac 2018


Hari ini Sue temankan Mr. Akoy untuk ke KPJ Shah Alam berjumpa dengan Ophthalmologist Consultant, Dr. Wan Azizan (Glaucoma Specialist). 

Pertama kali menjejakkan kaki ke bangunan baru KPJ Shah Alam yang menempatkan suite specialist dalam pelbagai bidang, rasa macam wow! best nya. Layanan staff KPJ Shah Alam juga tak kurang hebatnya sejak kami sampai ke bangunan baru tersebut. 

Daripada staff di kaunter pertanyaan hingga ke staff nurse yang berada dalam lif, semuanya baik-baik belaka. Siap tolong tekankan butang lif selepas staff nurse tersebut bertanyakan kami nak ke tingkat berapa.

Lama juga kami tak ke KPJ Shah Alam ni.. Ada la dalam 2 atau 3 tahun rasanya. Mungkin banyak lagi perubahan baru yang dibuat oleh KPJ Shah Alam.

Sampai sahaja di bilik Dr. Wan Azizan, kami nampak notis yang Dr. Wan Azizan bercuti. Tapi Mr. Akoy kata dah buat appointment sebelum kami ke sini. Bila ditanya pada staff nurse yang bertugas, kami dimaklumkan bahawa ada doktor lain yang ganti Dr. Wan Azizan dan semakan nama Mr. Akoy tiada dalam rekod doktor tersebut. Staff nurse tersebut memberitahu bahawa mungkin Mr. Akoy dah buat appointment dengan Dr. Zainal Abidin kerana bilik Dr. Wan Azizan tutup masa Mr. Akoy call iaitu sehari sebelum kami datang ke sini.


So, kami berpindah ke suite Dr. Zainal Abidin - Ophthalmologist Consultant juga. Selesai register sebagai pesakit pertama pada hari ini, kami turun ke kafe KPJ Shah Alam yang baru yang terletak di tingkat 1 kerana kami dimaklumkan bahawa Dr. Zainal Abidin mungkin lewat sampai. Mungkin sekitar jam 9.45 pagi. Jam di dinding pula menunjukkan baru 8.30 pagi. So staff nurse tersebut mencadangkan supaya kami bfreakfast dahulu di kafe di tingkat 1 dan kembali semula ke bilik Dr. Zainal Abidin sekitar jam 9.30 pagi.


Tentang kafe yang baru ini, nanti Sue akan cerita dalam entri yang lain ya. Atas ni gambar menu kami berdua. Walaupun subuh-subuh tadi dah breakfast roti boom, tapi tetap la breakfast kali kedua. (-.-)
Lunch boleh la skip...  hihi.. Diet sikit >.<

Selesai breakfast, kami naik semula ke tingkat 6. Lagi sekali ada staff nurse dalam lif bertanyakan ingin ke tingkat berapa dan dia tolong tekankan butang lif. Alhamdulillah.. terima kasih kerana membantu kami.

Tidak lama selepas kami sampai, Dr. Zainal Abidin juga sampai. So, nurse memanggil Mr. Akoy untuk membuat ujian mata dalam bilik rawatan dahulu untuk mengenalpasti masalah awal mata yang dialami oleh Mr. Akoy.



Selepas itu barulah kami masuk ke bilik Dr. Zainal Abidin dan Mr. Akoy mula bercerita tentang masalah yang dialaminya. Tidak ketinggalan cerita tentang apa yang diperkatakan oleh optometri di kedai cermin mata tempohari.

Dr. Zainal Abidin bercerita tentang asal-usul  glaukoma ini dan apa yang menjadi punca glaukoma ini. Sue juga tidak ketinggalan bertanyakan serba sedikit tentang glaukoma ini. 


Dr. Zainal Abidin mula melihat dan menyemak mata Mr. Akoy kiri dan kanan. Selepas itu beliau memaklumkan bahawa mata kiri Mr. Akoy belum lagi berada di tahap serius glaukoma. Cuma telah sampai tahap bacaan border di mana Dr. Zainal Abidin menasihatkan Mr. Akoy untuk membuat check-up setahun sekali dengan Ophthalmologist Specialist supaya bacaan tersebut tidak naik. Bacaan tahap glaukoma Mr. Akoy adalah 18 (18 apa Sue kurang pasti sebab ini saja yang disebut oleh doktor). Jika mata yang normal bacaan mata tersebut adalah sekitar 14 ke 16 sahaja. Jika bacaan tersebut naik hingga ke 20 atau lebih, bermakna mata tersebut telah sampai tahap glaukoma yang serius.

Mata Mr. Akoy juga ada rabun silau. Jadi Dr. Zainal Abidin mencadangkan Mr. Akoy buat cermin mata dahulu. Setahun sekali buat check-up mata dengan Ophthalmologist Specialist untuk lihat bacaan mata Mr. Akoy.

Alhamdulillah.. lega sedikit mendengar penjelasan Dr. Zainal Abidin. Walaubagaimanapun, Dr. Zainal Abidin tetap menjalankan field testing untuk glaukoma kepada Mr. Akoy.



Setelah mendapat keputusan hasil daripada field testing tersebut, Dr. Zainal Abidin kata semua ok. Alhamdulillah.. boleh la kami balik dengan aman... Tak risau lagi.. >.<

Dapat juga kami ni sedikit ilmu tentang glaukoma ini selepas insiden ini. Sekurang-kurangnya selepas ini lebih tahu dan lebih alert.

Ok. Till next entry. Babai..

Wassalam