Roti Naan Pisang

Assalamualaikum.

Pertama kali mencuba roti naan pisang.. Bukan tak pernah tengok menu ini sebelum ni, tapi hati dan tekak belum tergerak nak rasa. Tapi entah kenapa tiba-tiba teringin pula nak rasa roti naan pisang ni..

Sekali tengok menu memang banyak jenis roti naan. Pelbagai perisa. Tiba-tiba je tertarikh dengan roti naan pisang. Mr. Akoy layan je..

Mungkin tekak ibu mengandung ni pelik sikit agaknya ~~~


Pekena pula dengan milo panas... Perghhhhh.. menyentak lamunan rasa dia.. Tapi kan, kenapa mesti ada taburan bijan tu? Ada sesiapa boleh tolong jawab?

Dah la first time order roti naan pisang ni, so tak tahu la ada taburan bijan atas dia.. Kalau tahu memang cakap "tak nak bijan" tu.. Alahai.. spoil sikit rasa dia tu sebab Sue tak minat bijan sebenarnya.. ~~~

Tapi mujur la pisang tu manis, so boleh la telan dan pejam mata sebab dah tutup rasa bijan tu.. Lega..
Next time nak cuba roti naan lain pula.. ^__^

Wassalam.

No comments:

Post a Comment