MBI Melestarikan Tanggungjawab Sosial Korporat (“CSR”) Melalui Program Kasih Ilmu Anak Selangor

Assalamualaikum.

Cadangan sumbangan yang dibuat selari dengan peranan MBI untuk melestarikan Tanggungjawab Sosial Korporat (“CSR”) demi memartabatkan lagi nama MBI untuk diketengahkan sebagai entiti yang menyalurkan sumbangan kepada masyarakat melalui saluran-saluran yang diiktiraf selaras dengan objektif MBI untuk menyokong inisiatif Kerajaan Negeri iaitu Membangun Bangsa Memakmur Negeri.


Dalam merealisasikan usaha ini, MBI telah mengambil inisiatif untuk menyalurkan sumbangan bantuan persekolahan kepada golongan sasaran sejajar dengan objektif utama MBI untuk membantu golongan yang memerlukan dalam meringankan beban yang ditanggung berikutan kenaikan taraf hidup selain daripada bantuan yang diberi oleh Kerajaan Negeri.



Objektif program ini adalah untuk meringankan bebanan keluarga yang berpendapatan rendah dalam menyediakan bantuan keperluan persekolahan anak-anak dan mensasarkan seramai 55,000 orang penerima yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah.



Melalui pelaksanaan program ini, ianya dilihat dapat memberi impak positif terhadap kesejahteraan rakyat dalam membantu keluarga berpendapatan rendah membeli keperluan persekolahan. Ini secara tidak langsung mendokong agenda Kerajaan Negeri dalam meringankan beban rakyat susulan kenaikan kos sara hidup.

Pemberian bantuan ini juga bertujuan untuk memudahkan penerima menerima bantuan tersebut apabila sumbangan yang disediakan disalur terus kepada penerima.

Program ini juga bertujuan untuk menunjukkan keperihatinan MBI terhadap keperitan yang terpaksa ditanggung oleh rakyat dalam menampung keperluan anak-anak memulakan sesi persekolahan disamping perbelanjaan-perbelanjaan lain.

Antara program Kasih Ilmu Anak Selangor yang telah berjaya dianjurkan adalah :

1. Program Hope For The Future di Sunway Lagoon
2. Program di Tadika Cahaya Takwa
3. Program di Sungai Buaya Rawang. 

Untuk maklumat lanjut, boleh layari media sosial seperti di bawah :-

INSTAGRAM : CSRMBISELANGOR
INSTAGRAM : THEOFFICIALFRJUNIOR
INSTAGRAM : ITSFR

#csrmbiselangor #fastabiqulkkhairat #MembangunBangsa #MemakmurNegeri #GiveBack #FRjunior #KasihIlmuAnakSelangor
.
.
.
Alhamdulillah.. Rezeki kakak Hadirah kerana telah menerima sepasang baju sekolah dari FR Junior. Untuk makluman, semua pakaian seragam sekolah yang diterima  oleh anak-anak semasa program Kasih Ilmu Anak Selangor ini dijalankan adalah hasil air tangan dari FR JUNIOR yang direka khas oleh Encik Fairuz Ramdan. Terima kasih diucapkan kepada FR Junior untuk pakaian seragam sekolah ini.

No comments:

Post a Comment