11:47:00 PM

Roti Naan Pisang

by , in
Assalamualaikum.

Pertama kali mencuba roti naan pisang.. Bukan tak pernah tengok menu ini sebelum ni, tapi hati dan tekak belum tergerak nak rasa. Tapi entah kenapa tiba-tiba teringin pula nak rasa roti naan pisang ni..

Sekali tengok menu memang banyak jenis roti naan. Pelbagai perisa. Tiba-tiba je tertarikh dengan roti naan pisang. Mr. Akoy layan je..

Mungkin tekak ibu mengandung ni pelik sikit agaknya ~~~


Pekena pula dengan milo panas... Perghhhhh.. menyentak lamunan rasa dia.. Tapi kan, kenapa mesti ada taburan bijan tu? Ada sesiapa boleh tolong jawab?

Dah la first time order roti naan pisang ni, so tak tahu la ada taburan bijan atas dia.. Kalau tahu memang cakap "tak nak bijan" tu.. Alahai.. spoil sikit rasa dia tu sebab Sue tak minat bijan sebenarnya.. ~~~

Tapi mujur la pisang tu manis, so boleh la telan dan pejam mata sebab dah tutup rasa bijan tu.. Lega..
Next time nak cuba roti naan lain pula.. ^__^

Wassalam.
11:30:00 PM

Ke KL Sentral Malam Hari

by , in
Assalamualaikum.

Hari ni Sue dan Mr. Akoy serta anak-anak ke KL Sentral sebab nak ambil adik Mr. Akoy yang datang ke rumah kami sempena cuti sekolah ini. Dia nak study dengan Mr. Akoy katanya. Al-maklumlah, tahun depan dia nak SPM dah.. 

* Sue aimed nak ke NU Sentral sebenarnya.. jalan-jalan cuci mata.. tapi memikirkan diri sendiri pun masih sakit lagi, tangguh dulu la niat tu.. *

So sebagai persiapan untuk SPM, dia ingin belajar dengan Mr. Akoy untuk subjek Matematik. (Kalau suruh kakak ipar dia ni ajar, hancusss la jawabnya.. Maths Sue tak A pun.. hahaha..) Result SPM Mr. Akoy lagi cemerlang dari Sue.. malu la wehhhh.. Hahaha.. Tak apalah. Subjek Maths bukan subjek kesukaan Sue pun.. ~~~ So biar abang dia la ajar.. Kalau bab-bab planner, meh sini kakak ipar awak ni ajarkan.. muahahaha ~

Sue tak pernah lagi bawa Kakak Hadirah dengan Humairah ke KL Sentral. So secara rasminya malam ni, baru bawa mereka. Seronok sangat tengok tren lalu-lalang. Sempat juga dinner kat sana sementara nak tunggu Munirah sampai.


Humairah tengok orang ramai lalu-lalang, dia jadi penakut. Tak nak berjalan sendiri. Jenuh la papanya dukung...



Gembira betul kakak Hadirah ni.. Acik dah datang.. Selagi acik dia tak sampai KL, selagi tu dia tanya, "bila acik nak datang". Setiap hari dia tanya.. Penat Mami dan Papa nak jawab nak oiii.. Siap call acik dia hari-hari tanya.. Adoiyai..
Nah, sekarang acik pun dah sampai. Suka la tu..

Lepas tu kami bergerak pulang dan sebelum pulang ke rumah, sempat singgah dulu kedai makan mengisi perut. Yelah, kesian Munirah.. Dah naik keretapi sejak 5.00 petang sampai ke KL Sentral lebih kurang 8.30 malam. Belum makan lagi..

Opppsss.. kami pun makan juga kedua kalinya.. ~~~




Cuti sekolah ni, ada la yang tolong jaga kakak dengan adik.. hikhikhik.. Tapi nak ke Humairah tinggal dengan Acik dia tu? Kakak of course ok je.. Adik ni la.. Macam mana?
Kita tengok je nanti ~~~

Wassalam.