Majlis Konvokesyen Kakak Hadirah 2017

Assalamualaikum.

Alhamdulillah.. Mami dan Papa berjaya juga hadir ke Majlis Konvokesyen PASTI Parlimen Kota Raja walaupun dalam keadaan kami yang tidak sihat sepenuhnya lagi. Majlis ini telah diadakan di GoldCourse Hotel Klang yang bermula kira-kira jam 2.30 petang tadi. Kakak dapat sesi petang..

Majlis ini adalah untuk penyampaian sijil kecemerlangan pelajar 6 tahun yang akan menamatkan sesi persekolahan di PASTI Parlimen Kota Raja dan juga pelajar cemerlang yang berusia 5 tahun.

Comel je Kakak dengan berjubah konvo..


Mami dan Papa dulu pun masa tadika tak ada berkonvo bagai ni.. Hanya ada ucapan tahniah dan ambil report card je.. Merasa konvo zaman universiti je.. Untung kanak-kanak zaman sekarang. Dah ada sesi konvokesyen walaupun masih tadika. Tak apa la.. Janji ada kenang-kenangan, kan ^_^

Tahniah buat Kakak dari Mami, Papa dan KakNgah (Humairah). Moga Kakak Hadirah terus berjaya di dunia dan akhirat. Seminggu lagi akan tamat sudah sesi persekolahan Kakak di PASTI AnNur Kampung Lombong. 

Jutaan terima kasih diucapkan buat guru-guru PASTI AnNur yang tidak jemu-jemu mendidik anak-anak PASTI hingga ke hari ini. Halalkan ilmu, makan, minum yang telah diberikan selama Kakak Hadirah bersekolah di PASTI AnNur. 

InshaaAllah lepas ni KakNgah pun mungkin akan bersekolah di situ. Jika tiada aral melintang la.. (atas faktor dekat dengan rumah dan juga dekat dengan rumah babysitter.. hihi)

Tahun depan Kakak dah nak masuk darjah satu. Semoga segala urusan Kakak dan kita sekeluarga dipermudahkan oleh Allah swt. InshaaAllah..


* KakNgah ni.. dah tertidur dah dia.. tak cantik dah gambar ni.. huhu - gambar ihsan dari jiran, Mimie *

- gambar gambar dari Page Pemuda PAS Kota Raja -




- gambar gambar dari guru kelas Kakak -



Wassalam.

2 comments:

  1. Tahniah kakak hadirah dah naknmasuk darjah satu dah dia ye

    ReplyDelete
  2. wahhh..tahniah, anak saya konvonya 18/11 ni..tak sabar lak rasa.hihihi


    Berkongsi pengalaman sepanjang Berbisnes Online

    ReplyDelete