KL Biennale 2017 di Balai Seni Negara

Assalamualaikum.

Hi semua..

Okey, kepada pencinta seni, anda boleh ke Balai Seni Negara untuk menyaksikan pameran seni Kuala Lumpur Biennale 2017 yang mana ianya berlangsung bermula 1 November 2017 hingga 30 Mac 2018.  Pameran berprestij ini diketuai oleh Proffesor Zulkifli Yussof bersama kumpulan kuratorial dari Balai Seni Negara termasuk Faizal Sidik, Tan Hui Koon dan Baktiar Naim dan Balai Seni Negara merupakan tuan rumah buat julung kalinya.


Baru-baru ini telah berlangsungnya Majlis Pelancaran Kuala Lumpur Biennale 2017 oleh YB Dato’ Seri Mohamed Nazri Bin Abdul Aziz, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia iaitu pada 23 November 2017 yang lalu. 


Tiket?
Anda tidak perlu risau tentang tiket kerana anda boleh masuk secara percuma hingga Mac 2018 nanti. 

Tema yang dibawakan dalam KL Biennale 2017 kali ini adalah ALAMI BELAS atau BE LOVED dan KL Biennale 2017 ini meraikan 114 individu dari sepanjang zaman dari Malaysia dan luar Negara. Ini adalah peluang terbaik buat anda kerana anda boleh melihat dengan lebih dekat lagi hasil tangan pengkarya tempatan seperti Awang Damit Ahmad, Sharmiza Abu Hassan, Bibi Chew Chon Bee, Ahmad Zakii Anwar, Jeganathan Ramachandran, Hayati Mukhtar, Bayu Utomo Radjikin, Jalaini Abu Hassan serta ramai lagi. Malah karya luar negara dari Filipina, China, Combodia, Swedan, Palestine, Indonesia, Thailand, Bangladesh dan Singapura akan turut dipertontonkan.

KL Biennale 2017 ini telah terbahagi kepada lima seksyen pameran karya yang boleh dilihat dan difahami semua mesej yang cuba disampaikan iaitu Belas Insan, Belas Alam, Belas Haiwan, Belas Warisan dan Belas Kerohanian. 

Sekitar majlis pelancaran KL Biennale 2017 :-






Sebahagian hasil dari karya yang bakal anda saksikan di pameran Biennale di Balai Seni Negara :-













Jangan risau jika anda hadir ke sini dengan menaiki kereta kerana parkir kereta ada disediakan secara percuma di perkarangan Balai Seni Negara untuk semua pengunjung.

Jika anda ingin menaiki kenderaan awam juga lebih senang kerana anda boleh menaiki LRT atau Monorail dan turun di stesen Titiwangsa. Seterusnya anda boleh menaiki bas Rapid KL no. 402 atau berjalan kaki selama 15-20 minit. Jika tidak, anda juga boleh ambil perkhidmatan teksi yang siap sedia mengambil para penumpang di bus stop berhampiran stesen LRT atau Monorail Titiwangsa tersebut. Jika tidak mahu mengambil teksi, anda boleh menggunakan perkhidmatan Uber atau Grab Car melalui telefon bimbit canggih anda. Mudah, kan?

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, anda boleh mengikuti perkembangan terkini melalui :-


Balai Seni Negara
No.2 Jalan Termerloh
Off Jalan Tun Razak
53200 Kuala Lumpur
Contact: 03-40267122

Jangan lupa untuk hashtag #KLBiennale2017 #AlamiBelas #BalaiSeniNegara #NationalArtGallery #NegaraKu #SayangMalaysia sekiranya anda berkunjung ke KL Biennale 2017 di Balai Seni Negara dan update di media sosial nanti.


Wassalam.

Salam sayang,

1 comment: