Anemia Ringan - Bukan Untuk Diambil Ringan!

Assalamualaikum.

Hi Readers!

Sedang cuti sakit sekarang ni.. Musim tak sihat agaknya. Anak-anak pun sekejap ok, sekejap tak sihat. Mami dia lagi la.. Tumbang terus kalau tak sihat.. T__T

Sekarang ni tengah mengalami anemia ringan pula. Kekurangan hemoglobin (HB) dalam darah. Itu yang amat dirisaukan ramai orang sekeliling Sue ni. Pregnancy kali ini masih dengan masalah yang sama, low HB. Cissss.. bila nak hilang ni? Turun naik dok tang tu ja.. Masih antara 10 g/dl ke 10.7 g/dl. Belum naik lagi sampai 11 g/dl atau lebih dari 11 g/dl. Nangisssss...

Check up kali ketiga HB adalah 10.00 g/dl. -__-" Tambah makan ubat la jawabnya..
Berat pula dah naik sekilo. Yeay!

Risiko Anemia

Pada trimester pertama: Hb yang rendah meningkatkan risiko terjadinya keguguran.
Pada trimester kedua: Anemia mungkin boleh menyebabkan terjadinya kelahiran pramatang, pendarahan, gangguan pertumbuhan janin dalam rahim, kematian bayi di dalam rahim, mudah terkena infeksi dan boleh menyebabkan risiko kematian pada ibu.
Ketika bersalin: Ibu yang menghidapi anemia mungkin menjadi cepat letih dan tidak mempunyai cukup tenaga. Ini akan menyebabkan gangguan kepada proses bersalin. Berkemungkinan ibu terpaksa bergantung kepada peralatan bantuan luar untuk melancarkan proses bersalin.

Punca Masalah Anemia Boleh Berlaku

Masalah HB rendah boleh disebabkan oleh kemungkinan faktor-faktor berikut:

  • Kekurangan zat besi akibat diet pemakan yang tidak seimbang
  • Kelemahan penyerapan zat besi dalam tubuh
  • Kesan sampingan akibat kaedah perubatan tertentu
  • Pembawaan faktor genetik misalnya penyakit talasemia
  • Kehilangan banyak darah ketika haid atau kehamilan
  • Masalah hemoglobinopathy (keganjilan hemoglobin dalam darah)
  • Pendarahan serius akibat ulser perut atau buasir serta parasit

Antara punca-punca di atas ni, tak tahulah Sue kategori yang mana. Talasemia tu tak ada dalam sejarah keluarga. Diet pun tidak. Makan je kalau ada peluang. Mungkin point no. 2 tu agaknya, 

Cara Mengatasi HB Rendah Semasa Mengandung

1. Makanan Kaya Zat Besi
Atas nasihat doktor dan nurse, makanya terpaksalah mengambil makanan yang kaya dengan kandungan zat besi seperti daging, ayam, sayuran berdaun hijau especially bayam merah, kekacang, hati, kerang, buah-buahan seperti labu dan tembikai, termasuk buah-buahan kering seperti kismis dan prun. 

2. Makanan Kaya Vitamin C
Di samping itu juga, perlu mengambil makanan yang kaya dengan Vitamin C untuk membantu kecekapan penyerapan zat besi di dalam tubuh. Vitamin C mudah diperolehi di dalam sumber makanan berasaskan tumbuhan seperti buah oren, strawberi, betik dan sayuran berdaun hijau termasuk tomato dan cili.

3. Ambil Suplemen Tambahan
Kebanyakan pakar perubatan mengesyorkan pengambilan pil zat besi tambahan sebagai langkah berkesan menangani masalah anemia. Nutrisi suplemen bertujuan memudahkan pengambilan zat besi bagi ibu mengandung yang mengalami alahan ketika mengandung.

* aci tak makan makanan jepun/korea hari-hari? ada sesiapa nak belanja? kihkihkih *

Sekarang ini Mr. Akoy sangat monitor makanan Sue.. hahaha.. paksa beli kerang, dia masakkan then paksa Sue makan kerang itu (euwwww.. tak lalu oi) Redha je la...


Ok. Nanti cerita lagi ya pasal pregnancy journey yang ketiga ini.. 

Wassalam.

Sumber info : www.google.com (dunia di hujung jari kan?)

1 comment: