6:20:00 PM

Giveaway Photo Polaroid Azhafizah.Com

by , in
Assalamualaikum.


Sempena buka kedai Print Photo Polaroid, Fiza nak buat satu "Giveaway Photo Polaroid azhafizah.com" untuk semua blogger. Syarat-syarat mudah sangat. Tak perlu nak tekan follow atau like dan sebagainya. Hanya perlu buat satu entri copy paste dan letakkan link entri dalam kotak komen. Senang kan? jomlah beramai-ramai meriahkan Giveaway yang mudah lagi simple ni.


Hadiah
20pcs photo polaroid saiz 3R x 1 pemenenang.
20pcs photo polaroid saiz 2R x 1 pemenenang.

Tarikh Tamat
30 November 2017, 23:59

Note : Pemilihan pemenang secara random.


Berminat untuk print photo polaroid murah, boleh terus email : azhafizahmdnor@gmail.com atau whatsapp terus >> http://azhafizah.wasap.my/


9:00:00 AM

KL Biennale 2017 di Balai Seni Negara

by , in
Assalamualaikum.

Hi semua..

Okey, kepada pencinta seni, anda boleh ke Balai Seni Negara untuk menyaksikan pameran seni Kuala Lumpur Biennale 2017 yang mana ianya berlangsung bermula 1 November 2017 hingga 30 Mac 2018.  Pameran berprestij ini diketuai oleh Proffesor Zulkifli Yussof bersama kumpulan kuratorial dari Balai Seni Negara termasuk Faizal Sidik, Tan Hui Koon dan Baktiar Naim dan Balai Seni Negara merupakan tuan rumah buat julung kalinya.


Baru-baru ini telah berlangsungnya Majlis Pelancaran Kuala Lumpur Biennale 2017 oleh YB Dato’ Seri Mohamed Nazri Bin Abdul Aziz, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia iaitu pada 23 November 2017 yang lalu. 


Tiket?
Anda tidak perlu risau tentang tiket kerana anda boleh masuk secara percuma hingga Mac 2018 nanti. 

Tema yang dibawakan dalam KL Biennale 2017 kali ini adalah ALAMI BELAS atau BE LOVED dan KL Biennale 2017 ini meraikan 114 individu dari sepanjang zaman dari Malaysia dan luar Negara. Ini adalah peluang terbaik buat anda kerana anda boleh melihat dengan lebih dekat lagi hasil tangan pengkarya tempatan seperti Awang Damit Ahmad, Sharmiza Abu Hassan, Bibi Chew Chon Bee, Ahmad Zakii Anwar, Jeganathan Ramachandran, Hayati Mukhtar, Bayu Utomo Radjikin, Jalaini Abu Hassan serta ramai lagi. Malah karya luar negara dari Filipina, China, Combodia, Swedan, Palestine, Indonesia, Thailand, Bangladesh dan Singapura akan turut dipertontonkan.

KL Biennale 2017 ini telah terbahagi kepada lima seksyen pameran karya yang boleh dilihat dan difahami semua mesej yang cuba disampaikan iaitu Belas Insan, Belas Alam, Belas Haiwan, Belas Warisan dan Belas Kerohanian. 

Sekitar majlis pelancaran KL Biennale 2017 :-






Sebahagian hasil dari karya yang bakal anda saksikan di pameran Biennale di Balai Seni Negara :-













Jangan risau jika anda hadir ke sini dengan menaiki kereta kerana parkir kereta ada disediakan secara percuma di perkarangan Balai Seni Negara untuk semua pengunjung.

Jika anda ingin menaiki kenderaan awam juga lebih senang kerana anda boleh menaiki LRT atau Monorail dan turun di stesen Titiwangsa. Seterusnya anda boleh menaiki bas Rapid KL no. 402 atau berjalan kaki selama 15-20 minit. Jika tidak, anda juga boleh ambil perkhidmatan teksi yang siap sedia mengambil para penumpang di bus stop berhampiran stesen LRT atau Monorail Titiwangsa tersebut. Jika tidak mahu mengambil teksi, anda boleh menggunakan perkhidmatan Uber atau Grab Car melalui telefon bimbit canggih anda. Mudah, kan?

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, anda boleh mengikuti perkembangan terkini melalui :-


Balai Seni Negara
No.2 Jalan Termerloh
Off Jalan Tun Razak
53200 Kuala Lumpur
Contact: 03-40267122

Jangan lupa untuk hashtag #KLBiennale2017 #AlamiBelas #BalaiSeniNegara #NationalArtGallery #NegaraKu #SayangMalaysia sekiranya anda berkunjung ke KL Biennale 2017 di Balai Seni Negara dan update di media sosial nanti.


Wassalam.

Salam sayang,
8:30:00 PM

Majlis Konvokesyen Kakak Hadirah 2017

by , in
Assalamualaikum.

Alhamdulillah.. Mami dan Papa berjaya juga hadir ke Majlis Konvokesyen PASTI Parlimen Kota Raja walaupun dalam keadaan kami yang tidak sihat sepenuhnya lagi. Majlis ini telah diadakan di GoldCourse Hotel Klang yang bermula kira-kira jam 2.30 petang tadi. Kakak dapat sesi petang..

Majlis ini adalah untuk penyampaian sijil kecemerlangan pelajar 6 tahun yang akan menamatkan sesi persekolahan di PASTI Parlimen Kota Raja dan juga pelajar cemerlang yang berusia 5 tahun.

Comel je Kakak dengan berjubah konvo..


Mami dan Papa dulu pun masa tadika tak ada berkonvo bagai ni.. Hanya ada ucapan tahniah dan ambil report card je.. Merasa konvo zaman universiti je.. Untung kanak-kanak zaman sekarang. Dah ada sesi konvokesyen walaupun masih tadika. Tak apa la.. Janji ada kenang-kenangan, kan ^_^

Tahniah buat Kakak dari Mami, Papa dan KakNgah (Humairah). Moga Kakak Hadirah terus berjaya di dunia dan akhirat. Seminggu lagi akan tamat sudah sesi persekolahan Kakak di PASTI AnNur Kampung Lombong. 

Jutaan terima kasih diucapkan buat guru-guru PASTI AnNur yang tidak jemu-jemu mendidik anak-anak PASTI hingga ke hari ini. Halalkan ilmu, makan, minum yang telah diberikan selama Kakak Hadirah bersekolah di PASTI AnNur. 

InshaaAllah lepas ni KakNgah pun mungkin akan bersekolah di situ. Jika tiada aral melintang la.. (atas faktor dekat dengan rumah dan juga dekat dengan rumah babysitter.. hihi)

Tahun depan Kakak dah nak masuk darjah satu. Semoga segala urusan Kakak dan kita sekeluarga dipermudahkan oleh Allah swt. InshaaAllah..


* KakNgah ni.. dah tertidur dah dia.. tak cantik dah gambar ni.. huhu - gambar ihsan dari jiran, Mimie *

- gambar gambar dari Page Pemuda PAS Kota Raja -




- gambar gambar dari guru kelas Kakak -



Wassalam.
9:01:00 AM

Giveaway Cash RM100 by Qiya Saad for November 2017

by , in
Assalamualaikum.


SILA KLIK BANNER DI ATAS INI UNTUK JOIN GIVEAWAY INI

HADIAH

Pemenang Pertama
RM50

Pemenang ke-2
RM30

Pemenang ke-3
RM20

Tarikh tutup GA ni pada 30 November 2017 dan para pemenang pula akan dipilih secara rawak.


Wassalam.

11:03:00 PM

Giveaway Ole-Ole Brunei By Mialiana.com

by , in




Giveaway Ole-Ole Brunei By Mialiana.com bermula dari saat ini, 12.00 tengahari 9 November 2017 sehingga 11.59 malam 16 November 2017. Semua blogger yang bermastautin di Malaysia dijemput join. 13 pemenang bertuah dicari. Hadiah berupa ole-ole fridge magnet dan keychain di SINI.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.comAdd To Circle Google+ Mia LianaLike Fanpage Mialiana.com dan Follow Instagram @mialiana (jika ada)
  2. Buat entri bertajuk Giveaway Ole-Ole Brunei By Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Hantar URL entri anda ke dalam ruangan komen SINI
  5. Segmen akan tamat pada 11.59 malam 16 November 2017.

Pemenang akan dipilih melalui cabutan bertuah manual dan keputusan pemenang akan diumumkan pada 30 November 2017.

** support Mia ya.....


5:23:00 PM

Faedah Kesihatan Oren

by , in
Assalamualaikum.

Atas nasihat doktor, sekarang ini Sue ambil oren sebiji setiap hari. Kadang-kadang 2 biji sehari (sebab sedap.. masam masam manis gitu). Lepas ni shopping barang dapur wajib beli stock oren dan jambu batu. Selalu beli anggur, epal atau pisang je..

Kali ini Sue share tentang faedah makan buah oren ini. 


Faedah Kesihatan Oren

1. Membantu Mencegah Kanser
Oren kaya dengan limonoids sitrus, terbukti membantu melawan beberapa jenis kanser termasuk kulit, paru-paru, payudara, perut dan kolon.

2. Mencegah Penyakit Buah Pinggang
Minum jus oren kerap mencegah penyakit buah pinggang dan mengurangkan risiko batu karang.

3. Mengurangkan Risiko Kanser Hati
Menurut dua kajian di Jepun makan limau oren mengurangkan kanser hati. Ini mungkin sebahagiannya disebabkan oleh sebatian vitamin A yang dikenali sebagai karotenoid.

4. Merendahkan Kolesterol
Oren penuh dengan serat larut, oren adalah membantu dalam menurunkan kolesterol

5. Meningkatkan Kesihatan Jantung
Oren penuh dengan kalium, mineral elektrolit adalah bertanggungjawab untuk membantu fungsi jantung. Apabila tahap kalium terlalu rendah ini boleh menyebabkan nadi jantung yang tidak normal yang dikenali sebagai aritmia satu.

6. Risiko Mengurangkan Penyakit
Oren penuh dengan vitamin C yang melindungi sel-sel dengan meneutralkan radikal bebas. Radikal bebas menyebabkan penyakit kronik seperti kanser dan penyakit jantung.

7. Melawan Terhadap Jangkitan Viral
Kajian menunjukkan bahawa banyak polifenol dalam buah oren mengawal daripada jangkitan virus.

8. Melegakan Sembelit
Oren penuh dengan serat yang merangsang jus pencernaan dan melegakan sembelit.

9. Membantu Penglihatan Yang Baik
Oren kaya dengan sebatian carotenoid yang ditukar kepada vitamin A dan membantu mencegah degenerasi makula.

10. Mengawal Tekanan Darah Tinggi
Hesperidin flavonoid yang terdapat dalam oren membantu mengawal tekanan darah tinggi dan magnesium di dalam buah oren membantu mengekalkan tekanan darah.

11. Melindungi Kulit
Oren penuh dengan beta-karotena yang merupakan antioksidan yang kuat untuk melindungi sel-sel daripada menjadi rosak dan juga melindungi kulit daripada radikal bebas dan menghalang tanda-tanda penuaan.

12. Oren Mengalkali Badan
Walaupun oren adalah berasid sebelum berlaku proses pencernaan, ia mengandungi banyak mineral alkali yang membantu untuk mengimbangi badan selepas ia dicerna. Dalam hal ini, oren adalah sama dengan lemon yang merupakan salah satu makanan yang paling alkali yang ada.

13. Menyediakan Karbohidrat Pintar
Oren seperti semua buah-buahan mempunyai gula ringkas didalamnya, tetapi oren mempunyai indeks glisemik 40 unit. Apa-apa di bawah 55 dianggap rendah. Ini bermakna selagi anda tidak makan banyak limau pada satu masa, oren tidak akan menaikkan gula dalam darah anda dan menyebabkan masalah dengan insulin atau menaikkan berat badan.

Minum jus dalam jumlah yang sederhana. Kandungan gula yang tinggi jus buah-buahan boleh menyebabkan kerosakan gigi dan kandungan asid yang tinggi boleh merosakkan enamel jika diambil berlebihan.

Sumber maklumat : www.google.com (dunia di hujung jari ^_^ )

Wassalam.

10:00:00 PM

Anemia Ringan - Bukan Untuk Diambil Ringan!

by , in
Assalamualaikum.

Hi Readers!

Sedang cuti sakit sekarang ni.. Musim tak sihat agaknya. Anak-anak pun sekejap ok, sekejap tak sihat. Mami dia lagi la.. Tumbang terus kalau tak sihat.. T__T

Sekarang ni tengah mengalami anemia ringan pula. Kekurangan hemoglobin (HB) dalam darah. Itu yang amat dirisaukan ramai orang sekeliling Sue ni. Pregnancy kali ini masih dengan masalah yang sama, low HB. Cissss.. bila nak hilang ni? Turun naik dok tang tu ja.. Masih antara 10 g/dl ke 10.7 g/dl. Belum naik lagi sampai 11 g/dl atau lebih dari 11 g/dl. Nangisssss...

Check up kali ketiga HB adalah 10.00 g/dl. -__-" Tambah makan ubat la jawabnya..
Berat pula dah naik sekilo. Yeay!

Risiko Anemia

Pada trimester pertama: Hb yang rendah meningkatkan risiko terjadinya keguguran.
Pada trimester kedua: Anemia mungkin boleh menyebabkan terjadinya kelahiran pramatang, pendarahan, gangguan pertumbuhan janin dalam rahim, kematian bayi di dalam rahim, mudah terkena infeksi dan boleh menyebabkan risiko kematian pada ibu.
Ketika bersalin: Ibu yang menghidapi anemia mungkin menjadi cepat letih dan tidak mempunyai cukup tenaga. Ini akan menyebabkan gangguan kepada proses bersalin. Berkemungkinan ibu terpaksa bergantung kepada peralatan bantuan luar untuk melancarkan proses bersalin.

Punca Masalah Anemia Boleh Berlaku

Masalah HB rendah boleh disebabkan oleh kemungkinan faktor-faktor berikut:

  • Kekurangan zat besi akibat diet pemakan yang tidak seimbang
  • Kelemahan penyerapan zat besi dalam tubuh
  • Kesan sampingan akibat kaedah perubatan tertentu
  • Pembawaan faktor genetik misalnya penyakit talasemia
  • Kehilangan banyak darah ketika haid atau kehamilan
  • Masalah hemoglobinopathy (keganjilan hemoglobin dalam darah)
  • Pendarahan serius akibat ulser perut atau buasir serta parasit

Antara punca-punca di atas ni, tak tahulah Sue kategori yang mana. Talasemia tu tak ada dalam sejarah keluarga. Diet pun tidak. Makan je kalau ada peluang. Mungkin point no. 2 tu agaknya, 

Cara Mengatasi HB Rendah Semasa Mengandung

1. Makanan Kaya Zat Besi
Atas nasihat doktor dan nurse, makanya terpaksalah mengambil makanan yang kaya dengan kandungan zat besi seperti daging, ayam, sayuran berdaun hijau especially bayam merah, kekacang, hati, kerang, buah-buahan seperti labu dan tembikai, termasuk buah-buahan kering seperti kismis dan prun. 

2. Makanan Kaya Vitamin C
Di samping itu juga, perlu mengambil makanan yang kaya dengan Vitamin C untuk membantu kecekapan penyerapan zat besi di dalam tubuh. Vitamin C mudah diperolehi di dalam sumber makanan berasaskan tumbuhan seperti buah oren, strawberi, betik dan sayuran berdaun hijau termasuk tomato dan cili.

3. Ambil Suplemen Tambahan
Kebanyakan pakar perubatan mengesyorkan pengambilan pil zat besi tambahan sebagai langkah berkesan menangani masalah anemia. Nutrisi suplemen bertujuan memudahkan pengambilan zat besi bagi ibu mengandung yang mengalami alahan ketika mengandung.

* aci tak makan makanan jepun/korea hari-hari? ada sesiapa nak belanja? kihkihkih *

Sekarang ini Mr. Akoy sangat monitor makanan Sue.. hahaha.. paksa beli kerang, dia masakkan then paksa Sue makan kerang itu (euwwww.. tak lalu oi) Redha je la...


Ok. Nanti cerita lagi ya pasal pregnancy journey yang ketiga ini.. 

Wassalam.

Sumber info : www.google.com (dunia di hujung jari kan?)

8:45:00 AM

Salam Takziah Buat Blogger Diya Nadia

by , in
Assalamualaikum.


Hari Jumaat yang sejuk ditemani hujan renyai-renyai semalam, tiba-tiba terbaca status beberapa orang blogger tentang kebakaran tangki minyak kilang di Rawang yang telah melibatkan suami salah seorang blogger tanahair kita, Pinky Momma atau lebih mesra dengan panggilan Kak Diya Nadia.

Allahuakbar!

Terkejut dengar berita tersebut. Terus buka facebook Kak Diya. Membaca status dan update terkini darinya dari semasa ke semasa.






Salam takziah buat Kak Diya sekeluarga. 

Al fatihah buat arwah suami Kak Diya. 

Moga Kak Diya terus tabah dan sabar menghadapi dugaan ini. Moga anak-anak menjadi kekuatan Kak Diya untuk terus berjuang dalam hidup dan membesarkan anak-anak Kak Diya dengan baik.

Wassalam.


p/s : entri backdated