10:00:00 PM

Check Up Kali Kedua

by , in
Assalamualaikum.

Alhamdulillah.. Sudah masuk lebih kurang 14 minggu usia baby. 

Check up kali ini berat turun 800gram. T__T Merah la jawabnya.. Lepas tu HB masih low tapi bacaan meningkat dari yang sebelumnya - 10.7 g/dl. Walaupun merah tapi, ok la kan.. naik la jugak..

Sudah pasti dapat ubat iron lagi.. Then tak perlu acid folic dah. Tukar ubat kepada obimin.

Berat turun mungkin beberapa minggu sebelum itu, Sue tak lalu makan. Buat kerja sikit pun penat. Sampai nak masuk office sendiri pun tak larat. Terlentang saja di rumah.. Langsung tak boleh buat apa-apa.

Masak apatah lagi. Langsung tak boleh.. Entah kenapa tak boleh nak masak. Kalau berdiri lama sikit mesti pening, loya dan muntah-muntah. Mampu baring saja sepanjang beberapa minggu.

Terpaksa beritahu doktor yang memang tak lalu makan dan tak lalu bangun. Doktor sarankan ambil obimin untuk menambah selera makan, di samping makan buah-buahan.

Nurse dah siap ceramah dah sebelum tu, tentang bahayanya anemia atau kekurangan HB ini. Panjang lebar nota dia dalam buku pink ni.. Kita dengar je la ye.. InshaaAllah try makan apa yang lalu oleh tekak ni..


Nanti Sue cerita lagi pasal HB ya..

Doakan semoga segalanya dipermudahkan buat Sue ya. Love you all! Thanks!

Wassalam.