Scan Kali Pertama

Assalamualaikum.

Macam mana boleh buat UPT sendiri ni?? Mesti tertanya-tanya kan after Sue dah post entri INI.

Macam ni.. sebenarnya tiba-tiba Sue rasa tergerak hati nak check sendiri after rasa badan asyik tak sedap je.. Lepas tu sakit kepala, pening, rasa loya teruk ya amat. Siap mengidam nak makan itu ini lagi. Eh, peliknya. Takkan nak datang Cik P kot?

Tapi dalam pada nak check tu sebenarnya masih was-was sebab Cik P datang baru dua kali untuk tahun 2017 ni. Tahun lepas, 2016 baru je sekali. Mungkin sebab masih menyusukan Humairah malam-malam so Cik P tak stabil lagi. So kat situ dah rasa mustahil dah.

Tapi try je la check kan.. Mana tahu rezeki Allah swt nak bagi ke kan.. So misi mencari alat UPT pun bermula pagi-pagi tadi. Seingat Sue, masih ada simpan lagi alat tu. Tapi tahun 2013/2014 punya la. Masa dulu beli banyak sebab selalu juga buat UPT sendiri. Kihkihkih.

Dulu memang ada cubaan untuk mendapatkan baby kedua lepas Hadirah. Tak buat perancangan keluarga dan masih terus usaha. Alhamdulillah selepas setahun lebih mendapatkan rawatan dan nasihat doktor pakar gynecology, Sue berjaya hamil untuk kali kedua. Makanya dapatlah Hadirah adik seorang, iaitu Humairah. Ok juga jarak jauh sikit. Si kakak dah boleh jaga si adik dah sekarang ni tanpa pengawasan yang ketat. Dah tahu apa yang boleh, apa yang tak boleh, apa yang bahaya, apa yang tak bahaya. Alhamdulillah.. Kakak Hadirah semakin matang.

After dah buat UPT sendiri, cepat-cepat hantar whatsapp kepada Mr. Akoy. Tapi siap mentioned, ni alat UPT lama ni.. Terjumpa.. Saja try.. Sekali nampak positif. Macam tak percaya pun ada.. 
Yelah.. sebab Humairah pun masih belum sampai 2 tahun. November nanti baru masuk 2 tahun. Dia pun masih direct menyusu badan sebelah malam. Itu yang macam tak percaya. 

Tengahari tadi, laju-laju Mr. Akoy balik. Bawa Sue ke klinik swasta (panel TM) untuk kepastian dan pengesahan doktor. Tak sabar la tu.. Mesti rungsing kan kat office tu, tak boleh buat satu kerja apa pun, kan? ^_^ Tu yang laju je sampai rumah..

Check di klinik ni, memang sah Sue dah hamil untuk kali ketiganya. Alhamdulillah.. syukur.. Rezeki Allah swt. Awal pun tak apalah. Dah namanya rezeki. Rezeki tak pernah salah alamat. Walaupun kami tidak dikurniakan rezeki dari segi wang ringgit yang banyak, tapi kami dikurniakan dengan rezeki anak. Alhamdulillah...

Terus dapat MC untuk hari ni. Bed rest saja sebab memang tak larat nak buat apa-apa pun. Gambar scan pun ada nampak janin baby, alhamdulillah sihat je dia. Dah siap boleh dengar jantung dia dah. Terkejut Mami tau, baby! Dah dengar degupan jantung.
Cuma sebab Cik P tak konsisten, makanya kena la menggunakan mesin scan nak kira umur baby. ^_^ Masih awal lagi...

Moga anak Mami membesar dalam perut Mami dengan sihat ya. 
Doakan perjalanan pregnancy kali ketiga ini dipermudahkan Allah swt ya kawan-kawan sekalian.


Wassalam.

No comments:

Post a Comment