Buka Buku Pink Kali Ketiga

Assalamualaikum.

Kali ini disebabkan office sudah jauh di Damansara, so tak ada lagilah check up di klinik swasta - Klinik Menara yang terletak di Menara TM Annexe 2, Bangsar itu.

Buka buku pink terus di klinik kerajaan - Klinik Desa Jalan Kebun sebab ini saja klinik yang terdekat dengan area rumah. Tak sampai 10 minit dari rumah kalau nak ke klinik ni. Sangat dekat. Anything senang nak refer.

After seminggu lepas scan di klinik swasta di Kota Kemuning baru la berkesempatan nak buka buku pink ni. Bukan sebab sibuk atau apa. Tapi keadaan badan yang tak berapa nak ok menghalang untuk keluar ke klinik. Seminggu juga ambil masa nak buka buku pink ni. Mengumpul kekuatan untuk ke klinik desa. Ke klinik swasta tempohari pun Mr. Akoy yang bawakan. Tu pun lepas Sue whatsapp dia gambar upt tempohari. Tak senang duduk la dia bila dapat gambar tu.. Hahaha..

First time check up untuk kali ketiga ni pun nervous dia macam kali pertama pregnant. Hahaha.. adoi.. Dah kenapa?

Awal-awal check up lagi HB dah low. 10.5 g/dl. Berat pula 57.5kg, Ok la.. Patut la gemuk.. Hahaha.. Ada isi rupanya.. Kalau tak berat biasa antara 50 - 55 kg je la.. Dok turun naik tang tu je.


Lain-lain setakat ni alhamdulillah.. semua ok. Cuma tak tahan kena tunggu lama la walaupun dah datang seawal jam 8.00 pagi. Sebelum 8.00 pagi lagi dah ramai orang... Bila harinya yang tak ramai orang? Pagi petang ramai. Sampai kerusi pun tak cukup.. penat berdiri.. Kadang tu ada ayng duduk di lantai terus. Yelah.. Ibu mengandung kan.. Mana larat nak berdiri lama-lama. Sue pun duduk je terus kat lantai kalau tak dapat kerusi. -__-"

Nantikan next entry ya.

Thanks for reading! Love you! <3

Wassalam. 

No comments:

Post a Comment