8:36:00 PM

Tukar Baju Blog

by , in
Assalamualaikum.

Hi Readers!

Nampak tak Sue dah ubah wajah blog suesopian[dot]com ni... 

Amacam?

Ni baru la sedap mata Sue memandang. Kemas, teratur, simple, tak berat dan yang paling penting mesra SEO.

Terima kasih Nurul Syahirah sebab melayan kehendak Sue ni walaupun masa tu tengah-tengah malam pi contact dia.. Maaf ya. Bila hati dah terdetik nak ubah blog dan terberkenan dengan cara design dia, memang takkan tunggu sampai esok. Dan dan tu juga capai phone whatsapp dia walaupun dah tengah malam.. hihi..

Finally tak sampai seminggu, dah siap...


Header simple. Yeay!

Thanks a lot Nurul sebab melayan kerenah Sue ya..

Nak tempah editing blog dengan Nurul boleh ke blog dia ya --> http://www.syahirahvaliant.com
Kalau nak baca entri dia pun boleh.. Ada tips, review dan macam-macam lagi.

Sekali lagi, terima kasih Nurul!

Waasalam.


9:54:00 PM

K-Drama | Criminal Minds (Korea)

by , in
Assalamualaikum.

Hi Readers!


Jumpa lagi dalam entri K-Drama. Hahaha.. Maaf ya. Mami Sue memang menonton drama Korea je sekarang ni..

Now yang tengah layan, Criminal Minds (Korea). Pengaruh rakan-rakan peminat tegar K-Drama juga ni sampai Mami Sue pun terlayan sekali. Baru start first episod je dah tak boleh nak berhenti tengok drama ni. Tu yang dah sampai episod terbaru dah ni. Tak sabar nak tunggu minggu ni punya episod. Ahaksss... 

Dah la macam last je minggu ni.. Aduhai.. Tinggal episod 19 dan 20 bakal ditayangkan minggu ini. -__-

Drama ini berkonsepkan thriller, crime series dan juga suspense. Episod pertama je dah berdebar-debar sampai membuatkan Mami Sue tak tahan nak layan episod kedua dan seterusnya. Pelbagai kisah dalam drama ini yang dipaparkan adalah menggambarkan dunia jenayah masa kini. Banyak tauladan dan ikhtibar yang boleh diambil dalam setiap episod yang ditayangkan. 

Setiap cerita memang berlaku dalam dunia sekarang. Tak dapat disangkal lagi. Ini antara kes-kes yang dipaparkan memang amat merisaukan Mami Sue. Mana tak gelisah oii bila tengok kisah-kisah thriller, suspense semua ni.. Sebab ianya memang sedang berlaku dan akan terus berlaku jika tidak dibendung sedari awal lagi.

**********************************************

Profile
Drama: Criminal Minds
Revised romanization: Keurimineol Maindeu
Hangul: 크리미널 마인드
Genre
  • Procedural
  • Action

Based on Criminal Minds by Jeff Davis
Developed by Studio Dragon
Written by
  • Hong Seung-Hyun
  • Andrew S. Wilder (original)
  • Bo Crese (original)

Directed by
  • Yang Yoon-ho
  • Lee Jung-hyo (resigned)[1][2]

Starring
  • Lee Joon-gi
  • Son Hyun-joo
  • Moon Chae-won
  • Yoo Sun
  • Lee Sun-bin
  • Go Yoon
  • Kim Yeong-cheol

Country of origin South Korea
Original language(s) Korean
No. of episodes 20

Production
Executive producer(s) Jung Tae-won
Camera setup Single-camera
Running time 60 minutes
Production company(s)
Taewon Entertainment
ABC Studios (in association with)
Distributor tvN

Release
Original network tvN
Picture format 1080i (HDTV)
Audio format Dolby Digital
Original release July 26, 2017 – present

Chronology
Related shows
Criminal Minds
Criminal Minds: Suspect Behavior
Criminal Minds: Beyond Borders


*******************************

Siapa nak layan, boleh cari link untuk online streaming. Mami Sue pun tak ada specific dan setia pada satu link je sebabnya kadang-kadang link yang dipilih dari awal tu ada masanya di separuh jalan ianya terputus. So kena cari link lain. Memang everytime nak layan drama ni je Mami Sue guna Pakcik Google dulu, dan tengok link tu boleh masuk ke tidak. Sesetengah link dia block Mami Sue. Heh! Kenapa entah..  -__-"

Apa-apa pun Mami Sue tetap enjoy layan K-Drama. ^_^

Wassalam.




10:30:00 PM

Buka Buku Pink Kali Ketiga

by , in
Assalamualaikum.

Kali ini disebabkan office sudah jauh di Damansara, so tak ada lagilah check up di klinik swasta - Klinik Menara yang terletak di Menara TM Annexe 2, Bangsar itu.

Buka buku pink terus di klinik kerajaan - Klinik Desa Jalan Kebun sebab ini saja klinik yang terdekat dengan area rumah. Tak sampai 10 minit dari rumah kalau nak ke klinik ni. Sangat dekat. Anything senang nak refer.

After seminggu lepas scan di klinik swasta di Kota Kemuning baru la berkesempatan nak buka buku pink ni. Bukan sebab sibuk atau apa. Tapi keadaan badan yang tak berapa nak ok menghalang untuk keluar ke klinik. Seminggu juga ambil masa nak buka buku pink ni. Mengumpul kekuatan untuk ke klinik desa. Ke klinik swasta tempohari pun Mr. Akoy yang bawakan. Tu pun lepas Sue whatsapp dia gambar upt tempohari. Tak senang duduk la dia bila dapat gambar tu.. Hahaha..

First time check up untuk kali ketiga ni pun nervous dia macam kali pertama pregnant. Hahaha.. adoi.. Dah kenapa?

Awal-awal check up lagi HB dah low. 10.5 g/dl. Berat pula 57.5kg, Ok la.. Patut la gemuk.. Hahaha.. Ada isi rupanya.. Kalau tak berat biasa antara 50 - 55 kg je la.. Dok turun naik tang tu je.


Lain-lain setakat ni alhamdulillah.. semua ok. Cuma tak tahan kena tunggu lama la walaupun dah datang seawal jam 8.00 pagi. Sebelum 8.00 pagi lagi dah ramai orang... Bila harinya yang tak ramai orang? Pagi petang ramai. Sampai kerusi pun tak cukup.. penat berdiri.. Kadang tu ada ayng duduk di lantai terus. Yelah.. Ibu mengandung kan.. Mana larat nak berdiri lama-lama. Sue pun duduk je terus kat lantai kalau tak dapat kerusi. -__-"

Nantikan next entry ya.

Thanks for reading! Love you! <3

Wassalam. 
11:00:00 PM

Scan Kali Pertama

by , in
Assalamualaikum.

Macam mana boleh buat UPT sendiri ni?? Mesti tertanya-tanya kan after Sue dah post entri INI.

Macam ni.. sebenarnya tiba-tiba Sue rasa tergerak hati nak check sendiri after rasa badan asyik tak sedap je.. Lepas tu sakit kepala, pening, rasa loya teruk ya amat. Siap mengidam nak makan itu ini lagi. Eh, peliknya. Takkan nak datang Cik P kot?

Tapi dalam pada nak check tu sebenarnya masih was-was sebab Cik P datang baru dua kali untuk tahun 2017 ni. Tahun lepas, 2016 baru je sekali. Mungkin sebab masih menyusukan Humairah malam-malam so Cik P tak stabil lagi. So kat situ dah rasa mustahil dah.

Tapi try je la check kan.. Mana tahu rezeki Allah swt nak bagi ke kan.. So misi mencari alat UPT pun bermula pagi-pagi tadi. Seingat Sue, masih ada simpan lagi alat tu. Tapi tahun 2013/2014 punya la. Masa dulu beli banyak sebab selalu juga buat UPT sendiri. Kihkihkih.

Dulu memang ada cubaan untuk mendapatkan baby kedua lepas Hadirah. Tak buat perancangan keluarga dan masih terus usaha. Alhamdulillah selepas setahun lebih mendapatkan rawatan dan nasihat doktor pakar gynecology, Sue berjaya hamil untuk kali kedua. Makanya dapatlah Hadirah adik seorang, iaitu Humairah. Ok juga jarak jauh sikit. Si kakak dah boleh jaga si adik dah sekarang ni tanpa pengawasan yang ketat. Dah tahu apa yang boleh, apa yang tak boleh, apa yang bahaya, apa yang tak bahaya. Alhamdulillah.. Kakak Hadirah semakin matang.

After dah buat UPT sendiri, cepat-cepat hantar whatsapp kepada Mr. Akoy. Tapi siap mentioned, ni alat UPT lama ni.. Terjumpa.. Saja try.. Sekali nampak positif. Macam tak percaya pun ada.. 
Yelah.. sebab Humairah pun masih belum sampai 2 tahun. November nanti baru masuk 2 tahun. Dia pun masih direct menyusu badan sebelah malam. Itu yang macam tak percaya. 

Tengahari tadi, laju-laju Mr. Akoy balik. Bawa Sue ke klinik swasta (panel TM) untuk kepastian dan pengesahan doktor. Tak sabar la tu.. Mesti rungsing kan kat office tu, tak boleh buat satu kerja apa pun, kan? ^_^ Tu yang laju je sampai rumah..

Check di klinik ni, memang sah Sue dah hamil untuk kali ketiganya. Alhamdulillah.. syukur.. Rezeki Allah swt. Awal pun tak apalah. Dah namanya rezeki. Rezeki tak pernah salah alamat. Walaupun kami tidak dikurniakan rezeki dari segi wang ringgit yang banyak, tapi kami dikurniakan dengan rezeki anak. Alhamdulillah...

Terus dapat MC untuk hari ni. Bed rest saja sebab memang tak larat nak buat apa-apa pun. Gambar scan pun ada nampak janin baby, alhamdulillah sihat je dia. Dah siap boleh dengar jantung dia dah. Terkejut Mami tau, baby! Dah dengar degupan jantung.
Cuma sebab Cik P tak konsisten, makanya kena la menggunakan mesin scan nak kira umur baby. ^_^ Masih awal lagi...

Moga anak Mami membesar dalam perut Mami dengan sihat ya. 
Doakan perjalanan pregnancy kali ketiga ini dipermudahkan Allah swt ya kawan-kawan sekalian.


Wassalam.
6:45:00 PM

Alhamdulillah.. Buat Kali Ketiga

by , in
Assalamualaikum.

Hi readers!

Rindu nak menulis lagi ni sebenarnya.. Masih mengumpul mood, idea dan tenaga. Eh? Penat sangat  ke?

Taraaaaa..


Alhamdulillah... buat kali ketiganya. Mudah-mudahan segala urusan dan perjalanan kali ketiga ini dipermudahkan Allah swt.

Mohon doa daripada rakan-rakan sekalian buat Sue untuk journey kali ketiga ini. ^_^
Terima kasih! Love you!

Wassalam.