Resepi Daging Masak Hitam Noxxa

Assalamualaikum.

Sue just nak share resepi Daging Masak Hitam menggunakan Noxxa. Thank you Noxxa sebab memudahkan kerja memasak Sue. ^_^ Semalam Sue masak-masak dan ajak adik ipar dan biras berbuka kat rumah Sue. 

Resepi ni dari Opah Sue, diturunkan kepada Mama Sue then Sue pula baru minta resepi sebab baru first time nak try masak sendiri.. Selalunya Mama Sue yang masakkan and Sue request je nak makan daging masak hitam ni. Cuma bezanya Sue guna periuk ajaib Noxxa. Hahaha.. (dasar malas nak tunggu lama kan..)


RESEPI DAGING MASAK HITAM NOXXA

Bahan-bahan :-
1) 500gram daging (dihiris)
2) Kicap pekat manis
3) Gula pasir/gula Melaka
4) 1 sudu kecil air asam jawa

Bahan Kisar:
1) 3 batang serai (kalau serainya kecil)
2) 10 tangkai cili kering - boleh tambah jika suka pedas
3) 1 atau 2 inci halia (jika banyak halia mungkin akan pahit sedikit)
4) 2 atau 3 biji bawang besar
5) 4-5 biji bawang putih
6) Sedikit lengkuas (Sue main agak-agak je berapa banyak ikut berapa banyak daging)

Cara-cara:
1) Perap daging dengan kicap manis dan air asam jawa dahulu. Sue buat dalam sejam lebih je.. Lagi lama maybe lagi sedap.
2) Rebus cili kering dahulu hingga masak. Jika sudah masak, angkat dan toskan. Kemudian boleh dikisarkan bersama bahan kisar yang lain.
3) Panaskan minyak dalam periuk Noxxa dan gunakan mode Stir Fry (SF). Masukkan daging dan dikacau rata sehingga agak masak. Kemudian angkat dan ketepikan dahulu.
4) Kemudian masukkan bahan kisar. Masak hingga pecah minyak. Masukkan daging dan tambahkan air sedikit. Tutup periuk dan tukar mode Noxxa kepada High Pressure (HP) selama 20-30 minit. Biarkan masak sehingga daging lembut.
5) Kemudian setelah HP siap, keluarkan wap pressure tersebut dan bolehlah dibuka tudung periuknya. Tukarkan kepada mode SF untuk mengeringkan air yang ada. Masukkan air lebihan perapan daging tadi. Tambah kicap manis jika suka dan jika mahu tambah air asam jawa pun boleh. Tapi Sue tak tambah la asam jawa. Takut masam sangat. Cuma tambah lebihan air asam jawa yang digunakan untuk perap daging tu je tadi. Akhir sekali masukkan gula dan garam secukup rasa. Jika air telah kering atau nak buat berkuah sedikit, bolehlah Off Noxxa tersebut. Masakkan sudah boleh diangkat dan sedia untuk dihidangkan.

Thank you Noxxa. (love you! muahhh.. tak sia-sia beli mahal mahal) Dah mempercepatkan kerja Sue. Sambil tunggu daging lembut, boleh masak menu lain. Hikssss..


Kalau masak cara biasa boleh juga. Cuma tunggu lama sikit la untuk daging lembut dan keringkan airnya. Bahan semua sama ya.

Ok. Itu sahaja resepi dari Sue yang baru 7 tahun masuk dapur. Hahahaa.. Masih belajar, belajar dan belajar lagi skill memasak. Tak sedap telan je la ye.

Thank you Mr. Akoy. Always support Sue bila bab memasak. Tak sedap pun dia makan je.. Hihi..
Tapi daging masak hitam ni walaupun first time, adik ipar dan biras Sue kata sedap... (kembang hidung wehhhh.. )

Korang boleh try dan boleh adjust rasa tu mana yang kurang, mana yang lebih ya! Pasti sedap!
Alamak! Terliur pulak.. Rasa nak masak daging macam ni la untuk raya.. makan dengan ketupat nasi or lemang or ketupat palas.. Alahai.. sedapnya... (harapnya jadi la.. kang tak jadi, malu dengan tetamu...)

Wassalam.

No comments:

Post a Comment