8:30:00 AM

Resepi Daging Masak Hitam Noxxa

by , in
Assalamualaikum.

Sue just nak share resepi Daging Masak Hitam menggunakan Noxxa. Thank you Noxxa sebab memudahkan kerja memasak Sue. ^_^ Semalam Sue masak-masak dan ajak adik ipar dan biras berbuka kat rumah Sue. 

Resepi ni dari Opah Sue, diturunkan kepada Mama Sue then Sue pula baru minta resepi sebab baru first time nak try masak sendiri.. Selalunya Mama Sue yang masakkan and Sue request je nak makan daging masak hitam ni. Cuma bezanya Sue guna periuk ajaib Noxxa. Hahaha.. (dasar malas nak tunggu lama kan..)


RESEPI DAGING MASAK HITAM NOXXA

Bahan-bahan :-
1) 500gram daging (dihiris)
2) Kicap pekat manis
3) Gula pasir/gula Melaka
4) 1 sudu kecil air asam jawa

Bahan Kisar:
1) 3 batang serai (kalau serainya kecil)
2) 10 tangkai cili kering - boleh tambah jika suka pedas
3) 1 atau 2 inci halia (jika banyak halia mungkin akan pahit sedikit)
4) 2 atau 3 biji bawang besar
5) 4-5 biji bawang putih
6) Sedikit lengkuas (Sue main agak-agak je berapa banyak ikut berapa banyak daging)

Cara-cara:
1) Perap daging dengan kicap manis dan air asam jawa dahulu. Sue buat dalam sejam lebih je.. Lagi lama maybe lagi sedap.
2) Rebus cili kering dahulu hingga masak. Jika sudah masak, angkat dan toskan. Kemudian boleh dikisarkan bersama bahan kisar yang lain.
3) Panaskan minyak dalam periuk Noxxa dan gunakan mode Stir Fry (SF). Masukkan daging dan dikacau rata sehingga agak masak. Kemudian angkat dan ketepikan dahulu.
4) Kemudian masukkan bahan kisar. Masak hingga pecah minyak. Masukkan daging dan tambahkan air sedikit. Tutup periuk dan tukar mode Noxxa kepada High Pressure (HP) selama 20-30 minit. Biarkan masak sehingga daging lembut.
5) Kemudian setelah HP siap, keluarkan wap pressure tersebut dan bolehlah dibuka tudung periuknya. Tukarkan kepada mode SF untuk mengeringkan air yang ada. Masukkan air lebihan perapan daging tadi. Tambah kicap manis jika suka dan jika mahu tambah air asam jawa pun boleh. Tapi Sue tak tambah la asam jawa. Takut masam sangat. Cuma tambah lebihan air asam jawa yang digunakan untuk perap daging tu je tadi. Akhir sekali masukkan gula dan garam secukup rasa. Jika air telah kering atau nak buat berkuah sedikit, bolehlah Off Noxxa tersebut. Masakkan sudah boleh diangkat dan sedia untuk dihidangkan.

Thank you Noxxa. (love you! muahhh.. tak sia-sia beli mahal mahal) Dah mempercepatkan kerja Sue. Sambil tunggu daging lembut, boleh masak menu lain. Hikssss..


Kalau masak cara biasa boleh juga. Cuma tunggu lama sikit la untuk daging lembut dan keringkan airnya. Bahan semua sama ya.

Ok. Itu sahaja resepi dari Sue yang baru 7 tahun masuk dapur. Hahahaa.. Masih belajar, belajar dan belajar lagi skill memasak. Tak sedap telan je la ye.

Thank you Mr. Akoy. Always support Sue bila bab memasak. Tak sedap pun dia makan je.. Hihi..
Tapi daging masak hitam ni walaupun first time, adik ipar dan biras Sue kata sedap... (kembang hidung wehhhh.. )

Korang boleh try dan boleh adjust rasa tu mana yang kurang, mana yang lebih ya! Pasti sedap!
Alamak! Terliur pulak.. Rasa nak masak daging macam ni la untuk raya.. makan dengan ketupat nasi or lemang or ketupat palas.. Alahai.. sedapnya... (harapnya jadi la.. kang tak jadi, malu dengan tetamu...)

Wassalam.

6:31:00 AM

Wordless Wednesday [21]

by , in



6:30:00 AM

Pemergian Seorang Sahabat

by , in
Assalamualaikum.

Sesuatu yang bernyawa tidak akan mati melainkan dengan izin Allah, sebagai ketetapan yang telah ditentukan waktunya. Barangsiapa menghendaki pahala dunia, niscaya Kami berikan kepadanya pahala dunia itu, dan barangsiapa menghendaki pahala akhirat, Kami berikan (pula) kepadanya pahala akhirat. Dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” 
surah Ali Imran ayat 145 

* gambar kenang-kenangan ketika arwah hadir ke majlis perkahwinan Adik Sue *

10 Ramadhan 1438H (Isnin, 5 Jun 2017)

Jam loceng berbunyi tepat jam 4.00 pagi mengejutkan Sue dan Mr. Akoy. Terpisat-pisat kami berdua bangun. Sambil cuba membuka mata dan minda, sambil menepuk si kecil Humairah kerana mungkin dia terganggu dengan bunyi jam yang nyaring itu menyebabkan dia bergerak-gerak sedikit dan merengek. Dalam keadaan mamai, Mr. Akoy masih sempat mencapai telefon bimbit untuk melihat mesej whatsapp dahulu. Matanya tertangkap kepada mesej dari sahabat baiknya melalui group whatsapp geng MMU Melaka. Allahuakbar! Berita yang mengejutkan diterima. Automatik terus segar bila Sue mendengarnya. Berita pemergian seorang sahabat yang mana allahyarhamah merupakan isteri kepada sahabat baik Mr. Akoy dan juga adik perempuan kepada Blogger Dr. Khairul Faizie Mohammad Kamar (http://alwaqiahalmulk.blogspot.my/).

Berita itu terkesan di hati. Terus diserbu rasa sedih yang amat sangat. Tipu la kalau kata airmata tak menitik.

Sambil melangkah ke dapur untuk menyiapkan hidangan untuk bersahur, teringat kembali ketika Sue menziarah arwah pada Jumaat lepas di Wad ICU Hospital Selayang. Kebetulan hari Jumaat itu hari ketujuh puasa (2 Jun 2017). 

Jumaat, 2 Jun 2017

Pada mulanya, kami merancang untuk menziarah arwah pada sebelah pagi, tapi dimaklumkan waktu melawat tengahari dan petang (standard waktu melawat hospital kerajaan..) Lagipun suami arwah tiada di hospital. Jadi kami batalkan niat kami nak ke Hospital Selayang pada pagi tersebut selepas selesai urusan kami di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Kami pulang dahulu ke rumah dan keluar semula petang itu.

Sesampainya kami di Hospital Selayang, sempat berjumpa dengan ibu dan ayah arwah yang kelihatan sabar dan tabah. Berjumpa dengan suami arwah yang merupakan kawan baik Mr. Akoy dan juga merupakan ex-officemate Sue. Pada masa itu, kelihatan arwah separuh sedar setelah beberapa hari berada dalam keadaan tidak sedar dan dibantu sepenuhnya dengan alatan bantuan pernafasan.

Airmata hampir menitik melihat keadaan arwah yang lemah tidak bermaya dengan wayar yang berselirat di sekelilingnya, namun cepat-cepat ditahan supaya tidak keluar setitik pun. Tidak mahu menambahkan kesedihan ibu arwah dan juga arwah. Bisikan memberikan salam dan kata-kata semangat di telinganya ditutur satu per satu dengan perlahan dan sayu. Ibu arwah kata, arwah dengar kalau kita cakap-cakap dengan dia. Dia sudah separuh sedar dan dibantu separuh dengan alat bantuan pernafasan. Nampak improvement dari hari pertama arwah dimasukkan ke ICU.

Alhamdulillah... syukur dengan improvement ini. 

Setelah menziarah dan melihat keadaan arwah dengan mata sendiri, tidak lama kemudian Sue beredar dari wad tersebut. Bukannya apa, takut lama-lama menatap wajah arwah, Sue yang menangis tak berhenti nanti. Dalam hati tak sudah-sudah berdoa untuk kesembuhan arwah.

Kami beredar kira-kira 2 jam sebelum waktu berbuka puasa. Kebetulan kami telah ada temujanji untuk berbuka puasa di luar.


Malam 9 Ramadhan (Ahad, 4 Jun 2017)

Mr. Akoy menerima berita bahawa arwah dalam keadaan tenat. Suami arwah meminta mendoakan yang terbaik dari rakan-rakannya buat arwah, isteri tercintanya. Bila mendengar berita itu, terasa sedikit di hati sebab baru lepas ziarah dia, nampak improvement. Tidak sangka.

Moga segalanya dipermudahkan, doa Sue pada masa itu.

Taman Sutera, Kajang

5 Jun 2017 - Seawal jam 8 pagi, setelah siap hantar anak-anak ke rumah pengasuh, kami bergegas ke rumah sahabat kami di Taman Sutera, Kajang untuk menziarah dan memberi penghormatan terakhir kepada arwah Kak Ina.

Walaupun tiba agak lewat setelah tersilap jalan, kami selamat tiba ke destinasi. Pada masa itu tahlil buat arwah baru sahaja bermula. Ramai rakan-rakan arwah, jiran tetangga, dan juga rakan-rakan suami arwah berada di rumah itu. 

Melihatkan jasad yang terbujur kaku, serta-merta sebak menusup ke dada. Bersimpuh lemah di hujung kaki jenazah sambil mengalunkan bacaan Yasiin, terdengar esak tangis keluarga, saudara mara, sahabat handai arwah menambahkan lagi sebak di dada. Berat mata yang memandang, berat lagi bahu yang memikulnya. Tak tergambar wajah masing-masing yang sugul dengan pemergian arwah Kak Ina.

Arwah seorang yang baik hati, periang, comel. Sue mengenalinya ketika dia baru mendirikan rumahtangga dengan sahabat Mr. Akoy masa itu. Kali pertama Sue dan Mr. Akoy sampai ke rumah itu adalah ketika mereka baru berpindah masuk dan kami menolong menghantar beberapa barangan milik suami arwah dari rumah sewa lamanya yang mana sebelum Mr. Akoy mendirikan rumahtangga dengan Sue, Mr. Akoy menyewa di rumah tersebut bersama-sama sahabatnya itu. 

Selepas itu kami ada berjumpa di luar ketika ada reunion atau perjumpaan Mr. Akoy dan rakan-rakannya. Arwah juga ada menghadirkan diri ke majlis perkahwinan Adik Sue tidak lama dahulu.

Kunjungan kami kali kedua ke rumah ini rupa-rupanya adalah untuk "menghantar" arwah keluar dari rumah itu. Sedihnya rasa hati. 

Tapi apakan daya, ini takdir Allah swt yang telah menjemput hamba yang dikasihiNya pergi menemuiNya.


Tanah Perkuburan Islam Batu 10 Cheras

Kami sempat mengiringi jenazah ke Tanah Perkuburan Islam Batu 10 Cheras. Kami menunggu hingga selesai majlis pengkebumian dan bacaan talkin. Saat talkin dibacakan, bergetar jiwa. Mulalah terbit pelbagai soalan bagaimanakah keadaan Sue suatu hari nanti apabila menemui ajal. Berbagai-bagai gelojak jiwa dan rasa bercampur-baur. Perasaan juga sukar digambarkan. Bersediakah aku nanti?

Sebelum pulang, sempat menemui ibu arwah. Salam takziah dihulur. Namun sebenarnya dalam hati, tidak tahu apa yang harus diungkapkan. Cuma boleh ungkapkan sabar dengan ujian ini, namun mereka yang menghadapinya sahaja yang tahu bagaimana perasaan kehilangan seseorang yang kita sayangi. 

Sue juga tidak pernah lupa rasa kehilangan itu. Pernah rasa. Cuma semakin lama, kita semakin redha dan pasrah. Bila rindu menerpa, hanya kiriman doa dan surah-surah diungkapkan.


**********************************************

Buat sahabat kami, Mahathir, moga anda tabah menghadapi ujian yang satu ini. Sesungguhnya segala dugaan itu adalah kaffarah (penghapus) dosa. Oleh itu hadapinya dengan sabar dan redha. Rindu itu pasti hadir. Sedekahkan ayat-ayat suci al-Quran buat arwah, moga dia tenang di sana. (peringatan untuk diri sendiri juga)

Allah S.W.T adalah bersifat dengan Maha Pengasih dan Penyayang, Dia tidak akan membiarkan hamba-Nya berada di dalam kesusahan selagi hamba-Nya itu ingat dan berserah diri serta bertawakkal kepada-Nya dalam segala keadaan.


Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un  انا لله وانا اليه راجعون)Untuk makluman, isteri saya yang saya sangat cintai, Nordalina binti Mohamad Kamar telah kembali ke rahmatullah sekitar jam 3 pagi tadi. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang2 yang Allah redhai. Mohon jasa baik rakan2 untuk sama mendoakan keampunan untuknya
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهَا وَارْحَمْهَا وَعَافِهَا وَاعْفُ عَنْهَا، وَأَكْرِمْ نُزُلَهَا، وَوَسِّعْ مَدْخَلَهَا، وَاغْسِلْهَا بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ، وَنَقِّهَا مِنَ الْخَطَايَا كَمَا يُنَقَّى الثَّوْبَ الأَبْيَضُ مِنَ الدَّنَسِ، وَأَبْدِلْهَا دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهَا، وَأَهْلاً خَيْرًا مِنْ أَهْلِهَا، وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِها، وَأدْخِلْهَا الْجَنَّةَ، وَأَعِذْهاَ مِنْ عَذَابَ الْقَبْرِ وَفِتْنَتِهِ وَمِنْ عَذَابِ النَّارِ

Buat rakan-rakan yang telah mendoakan buat arwah dan juga ucapan takziah yang disampaikan tempohari, Sue ucapkan jutaan terima kasih. Hanya Allah yang mampu membalasnya. Sayang kalian semua ketat-ketat. Walaupun kita jarang jumpa di alam realiti, namun perhubungan kita di alam maya tak pernah putus, kan? Hanya doa dari kejauhan mampu dikirimkan buat semua sahabat-sahabat yang mengenali Sue.

Buat allahyarhamah Kak Ina, al-fatihah buatmu Kak. Moga rohmu dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang diredhai Allah swt.

Al fatihah.

Wassalam.