Sepetang Bersama Blogger 2017

1 comment :
Assalamualaikum.
Hi pembaca blog suesopian dot com ^_^

Maafkan Sue ya. Orang lain dah lama update story Sepetang Bersama Blogger 2017 (SBB2017). Sue pula baru terkial-kial nak update. Haihhhh.. Mana semangat tu lari??? (kejar balik...)

Ok la. Sue nak cerita yang sebenarnya ini kali pertama Sue join SBB2017 ni. Tahun lepas, 2016, Sue dah daftar tapi last minute Sue tak dapat nak hadirkan diri, terpaksa gantikan dengan seseorang. Terima kasih juga la kepada beliau yang menggantikan Sue di saat-saat akhir. Mungkin rezeki dia dan bukan rezeki Sue hadir. Tapi tahun ini, Sue pastikan Sue hadir juga event Denaihati Network ini. Mestilah membuak-buak rasa hati nak join event yang sebesar begini yang mengumpulkan para blogger dari serata ceruk Malaysia dan juga ada beberapa blogger dari seberang. Tambahan pula dengar cerita, ini mungkin edisi SBB yang terakhir.. Harapnya tidak lah ye..


Seronok sebenarnya dapat berjumpa kawan-kawan baru dan juga kawan-kawan blogger yang dah lama tak jumpa. Ada yang sebelum ini hanya dikenali di facebook dan instagram tanpa pernah bersua muka, so dengan adanya event sebegini, dapat menemukan Sue dengan mereka yang sebelum ini hanya dikenali di alam maya. Dapat jua bersua muka dengan mereka. Tiba-tiba rasa bersemangat dan gembira sangat.


Antara rakan blogger yang sempat Sue ambil gambar bersama termasuk Adi Putra ^_^. Ada juga yang Sue tak sempat berkenalan dan bersembang dengan lebih rapat lagi sebab Sue segan.. Hahahaha.. Tengok dari jauh je seorang demi seorang.. hiksss.. banyak jadi pemerhati je.. -_-"


Speaker pada hari tersebut juga hebat-hebat belaka dan topik yang dibawa kena dengan isu semasa. Ilmu yang sebeginilah yang sebenarnya diperlukan sebagai seorang blogger dan juga usahawan.

Antara speakers yang dijemput pada SBB2017 tempohari.

 * kredit : Bro Framestone *

 * kredit : Kak Akma Omar *

 * kredit : Kak Hanny Abdullah *

 * kredit : Kak Lily Putih *

 * kredit : Khairul Anuar (Pena Berkala) *

 * Bersama geng #projekbloggerutara yang menang award malam tu.. Kredit : Khir Khalid *

Sekalung tahniah buat pemenang pada malam tersebut :-





*Tahniah buat semua pemenang Award pada malam dinner tersebut. Kredit kepada Nazlan Nasir. *

Terima kasih pada penaja-penaja SBB2017 :-
  1. Matic MY
  2. Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia
  3. GT Global
  4. Kumpulan Media Karangkraf
  5. My MDEC
  6. MisiViral
  7. CVS Production
  8. Les’ Copaque Production Sdn. Bhd.
  9. Yeo’s Malaysia
  10. eQurban
  11. Adi Putra
  12. Oh! Tshirt
  13. Iwstudio.biz
  14. Denaisell

Tak lupa juga Sue nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada Denaihati Network dan juga GT Global sebab rezeki Sue memenangi telefon bimbit GT Mobile pada petang tersebut. Lucky draw yang pertama sekali nama Sue dipanggil. Terkejut bukan kepalang. Tak sangka. (tapi dalam hati gembira la kan...)

Kebetulan baru lepas bercerita kisah handphone dengan Bro Framestone, tiba-tiba menang lucky draw berupa mobile phone.. Dalam hati - Jimat duit.. hihi..

* pinjam hadiah percutian Ummi Zarra nak bergambar.. hihi *

Sue harap pihak Denaihati Network dapat meneruskan edisi Sepetang Bersama Blogger untuk tahun-tahun mendatang. Ianya sedikit sebanyak memberi platform kepada blogger untuk bersua kenal sambil menimba ilmu yang bermanfaat.

Wassalam.

1 comment :

  1. Tahun ni ena tak dapat nak join sekali. Sobs.. Atas hal-hal tak dapat nak dielakkan

    ReplyDelete