K-Drama | Whisper

3 comments :
Assalamualaikum.
Hi readers!

Sejak dua menjak ni, Sue dah asyik menonton k-drama. Mentang-mentang la dah boleh rekod astro tu, ditambah dah beli TV baru.. ahaks! Seronok oii tengok k-drama dengan screen besar. Bertambah-tambah la koleksi cerita nak tengok melalui channel KBSW HD dan ONE HD.

Gembiranya hati dapat tengok channel HD. ^_^

Sekarang ni tengah layan Whisper. Jalan ceritanya menarik dan sentiasa mendebarkan. Ternanti-nanti setiap minggu. Esok malam kalau tak silap dah last episod. Malam ni punya episod belum tengok lagi ni. Nak tunggu masa yang sesuai baru la layan. Especially tunggu tentera-tentera kecil ni tidur. Hiksss.. Ataupun esok pagi baru tengok after hantar si kakak ke sekolah dan si adik ke rumah babysitter.

Sinopsis :
Bapa kepada Shin Young Joo telah dituduh sebagai pembunuh ketika beliau cuba untuk menyiasat satu kes berkaitan dengan kerja haram oleh syarikat Tae Baek, firma undang-undang terbesar di negara ini. Dalam usaha untuk melawan fitnah dan tuduhan yang tidak wajar ayahnya, dia membentuk satu pakatan dengan Lee Dong Joon untuk mendedahkan aktiviti rasuah di Tae Baek.


Pleakon Utama :
Lee Bo Young sebagai Shin Young Joo (30, Detektif)
Seo Ga Eun sebagai Young Joo (kecil)
Lee Sang Yoon sebagai Lee Dong Joon (awal 30, Hakim)
Kwon Yul sebagai Kang Jung Il (30, Peguam)
Park Se Young sebagai Choi Soo Yun (30)

Pada mulanya skrip drama ini ditulis sebagai drama perubatan/polis tetapi kemudiannya telah diolah semula sebagai drama undang-undang yang mendebarkan.

Entah kenapa Sue agak tertarik dengan watak Lee Dong Joon walaupun pada mulanya Sue agak geram dan kecewa sebab dia tak nak tolong Shin Young Joo, tapi lama kelamaan Dong Joon sendiri sudi menolong Young Joo hingga sanggup berkorban demi Young Joo. Apatah lagi apabila mereka berdua telah jatuh cinta. Ahaksss.. Tapi setiap episodnya agak mendebarkan dan ada saja halangan untuk mereka berjaya membongkar rahsia Tae Bak.

Pasti ada antara kawan-kawan Sue yang menonton drama ini secara online kan? Amacam? Ok ke tidak?

Ok la.
Nak cari masa nak layan drama ni (kalau dapat la..) ^_^

Wassalam.

3 comments :

  1. tengok juga tapi selalu tak fokus sangat

    ReplyDelete
  2. saya tiada masa untuk nenonton TV sekarang..

    asyik sibuk memanjang...

    ReplyDelete