Buffet Ramadhan 2017 | Streat Thai The School, Petaling Jaya

2 comments :
Assalamualaikum.

Pada 10 Mei 2017 yang lepas, Sue telah diberi peluang untuk menghadirkan diri ke majlis Preview Buffet Ramadhan di Streat Thai, The School, Petaling Jaya. Lokasinya yang sangat mudah untuk para pengunjung mencarinya kerana restoran ini hanya terletak di bahagian luar dan di hujung sekali di bangunan The School. Dari luar ketika menuju ke kawasan parking pun sudah dapat lihat kedudukan restoran ini.


Pelbagai menu yang menarik untuk buffet Ramadhan 2017 yang disajikan di Streat Thai. Tidak dinafikan menu-menunya ternyata tampak sungguh menyelerakan dan sedap. Kepakaran Restoran Streat Thai dalam menu masakan Thai terbukti apabila berjaya menghasilkan beberapa menu popular masyarakat Siam yang menggemari rasa pedas-pedas dan masam-masam dalam masakan.

Sebagai pembuka selera, para pengunjung boleh mencuba pelbagai jenis salad yang ada di sini, contohnya seperti Thai Papaya Salad, Papaya Salad with Fried Ikan Bilis, Glass Noodle Salad Seafood dan Minced Chicken with Herbs.  Sekiranya tidak berminat dengan salad, para pengunjung boleh mencuba makanan yang bergoreng seperti Fried Squid, Fish Cakes, Sausages dan Satay.




Antara menu utama lainnya yang ada di sini adalah Lamb Chop, Beef Striploin dan Grilled Squid.
Ada juga pilihan sayur-sayuran yang boleh dicuba nanti antaranya termasuklah Kangkung Goreng, Mixed Vegetables, Kailan Ikan Masin dan Tofu. Tidak lupa juga di sini terdapat pelbagai jenis sup seperti Cabbage Chicken Soup dan Tofu Soup with Minced Chicken.



Antara lauk-pauk yang bakal dihidangkan di Streat Thai ini semasa bulan puasa nanti.


Antara pencuci mulut yang boleh didapati di Streat Thai pada bulan puasa nanti adalah Mango with Sticky Rice, Red Ruby with Coconut Milk, Sago in Coconut Milk, Pumpkin in Coconut Milk dan pelbagai menu berasaskan goreng-goreng.


Marilah berkunjung berbuka puasa ke Streat Thai pada ramadan ini. Sebarang pertanyaan dan tempahan boleh hubungi seperti maklumat di bawah ini atau layari laman web dan facebook Streat Thai yang tertera di bawah.

Pakej Bufet Ramadan Streat Thai, Jaya One, PJ

27 Mei - 24 Jun 2017
7.00 petang - 9.30 malam

Harga:
RM49.90 (Dewasa)
RM19.90 (Kanak-kanak)

Early Bird (Book 7 hari lebih awal)
RM39.90

Alamat:
(Jaya One) 100-G.001 The School
No.72A Jalan Universiti, Petaling Jaya
46200 Selangor, Malaysia


Wassalam.

2 comments :

  1. dah nak masuk lunch hour ni.. tgk menu yg pelbagai ni, mberontak da perut ju =D

    ReplyDelete
  2. sedap kan makan di Restoran Streat Thai... harga yang ditawarkan pun sangat berbaloi untuk seisi keluarga...

    ReplyDelete