Buffet Ramadhan 2017 | Laman Kayangan Shah Alam

Assalamualaikum.
Hi semua pembaca blog Sue Sopian dot com.

Tahun ini sekali lagi Laman Kayangan Shah Alam telah mengadakan Majlis Preview Buffet Ramadhan 2017. Terima kasih diucapkan kepada pihak Segi Seri Sdn Bhd kerana telah menjemput Sue dan rakan-rakan blogger serta rakan-rakan media yang lain untuk sama-sama merasai sendiri sebahagian juadah berbuka puasa yang bakal dihidangkan pada bulan Ramadhan nanti.

Seperti tahun yang sebelumnya yang berkonsepkan Asean Bazar, untuk tahun 2017 ini Laman Kayangan masih lagi menyediakan pelbagai aneka masakan dan juga juadah berbuka puasa yang akan dihidangkan secara buffet.

* kredit gambar : Farah Waheda *

Citarasa Dua Sempadan Thai & Utara Malaysia 

Buffet Ramadhan 2017 Laman Kayangan kali ini membawakan tema “Citarasa Dua Sempadan Thai & Utara Malaysia” dengan pelbagai pilihan menu makanan dari dua Negara yang boleh dipilih oleh para tetamu. 

Antara menu makanan citarasa Malaysia yang disediakan adalah seperti Nasi Special Segi Seri, Ayam Gulai Darat dengan rebung, sup tulang, ayam berempah, ikan lemak tempoyak, daging acar dan banyak lagi. Manakala menu makanan citarasa Thai pula adalah seperti Nasi Goreng Nenas, Ayam Kari Hijau Terung Pipit, Daging Musamman dengan Rebung (NeuxMusammanNhoMaopai), Ikan Daun Selasih dengan Cili, pelbagai sos istimewa dan banyak lagi. Tetamu juga turut boleh merasai Kambing panggang yang disediakan dengan tiga sos istimewa. 










Laman Kayangan juga menyediakan pelbagai kemudahan untuk tetamu yang berbuka puasa disini. Antara kemudahan yang disediakan adalah:
  1. Parking Kereta Percuma
  2. Surau untuk solat
  3. Dewan makan berhawa dingin
  4. Akses Wifi Percuma
  5. Kaunter Pembayaran Zakat
  6. Persembahan Muzik Ghazal

Bagi yang nak membayar zakat juga boleh ambil peluang untuk membayar zakat pada hari Jumaat setiap minggu bulan puasa ini.


Majlis Pelancaran Buffet Ramadhan Laman Kayangan 2017

Majlis pelancaran untuk Buffet Ramadhan 2017 Laman Kayangan kali ini telah disempurnakan oleh Pengarah Pelancongan Thailand (Cawangan Kuala Lumpur) En.Ahman Md Adam, dengan diiringi Pengarah Urusan Segi Seri Sdn Bhd, Tuan Haji Azhar bin Haji Bahrin.

Tahun ini selebriti jemputan adalah Fauziah Dato’ Ahmad Daud atau lebih dikenali dengan panggil Kak Ogy.

Yang istimewanya kali ini, selain turut sama mempromosikan Buffet Ramadhan 2017 Laman Kayangan, Kak Ogy juga turut sama mempromosikan produk air tangannya sendiri iaitu Sambal Ikan Kurau Berlado, Paru Goreng Nek Mon dan Sambal Goreng Saadiah yang akan dipasarkan sepanjang buffet Ramadhan 2017 Laman Kayangan nanti.


Senarai Harga Buffet Ramadhan 2017

Tempahan yang dibuat sebelum 25 Mei 2017
Promosi Early Bird – RM45.00 seorang dewasa.

Harga Dewasa
RM59.00 seorang

Kanak-Kanak/Warga Emas
RM35.00 seorang

Pakej Berbuka Puasa Keluarga
Pakej 5 Dewasa – RM 295 & Percuma 2 kanak-kanak/warga emas
Pakej 9 Dewasa – RM 531 & Percuma 1 dewasa

Pakej Berbuka Puasa Buffet Korporat/Berkumpulan

Pakej 10 Meja – RM 5,900

Percuma 1 meja
100 Special Doogift

Pakej 50 Meja – RM 29,500

Percuma 1 meja
500 Special Doogift
5 ‘Raya’ Hampers
2 Bunting
Screen Projector & P.A. System

Untuk tempahan dan pertanyaan boleh hubungi nombor yang tertera seperti di bawah.

019 – 250 3090 / 012 – 253 3973 / 012 – 387 1775 / 019 – 376 0149

Website : www.segiseri.com/ramadan2017
Facebook : https://www.facebook.com/lamankayanganshahalam
Instagram : https://www.instagram.com/lamankayanganshahalam

* kredit gambar : Achik Huda * 

*  kredit gambar : Achik Huda *

Wassalam.

1 comment:

  1. Alaaa...bestnyaaaa....rugi plak SA x pi sana ari tu

    ReplyDelete