Rawatan Fisioterapi Hari Pertama Selepas Keluar Wad

Assalamualaikum.

Salam Ahad.

Hari ini merupakan hari pertama rawatan fisioterapi Mr. Akoy di Columbia Asia Bukit Rimau setelah keluar dari wad petang semalam. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Pakar fisio mengajar cara-cara senaman yang boleh Mr. Akoy dilakukan di rumah sambil menonton televisyen. 

Oh! Mr. Akoy dapat MC sehingga 25 April memandangkan dia masih perlu berehat lama. Makanya bermula la tambahan kerja buat Sue.. hihi.. Sebab selama ni, Mr. Akoy yang tolong Sue buat kerja-kerja rumah dan juga mengurus anak-anak. So start esok, mungkin akan kelam-kabut sedikit di pagi hari. Perlu buat jadual baru ni... kan..


Di rumah pun Mr. Akoy perlu letak ice-pack setiap beberapa jam untuk mengurangkan sakit dan juga bengkak kesan operation tu.. 


Nampak? bengkak sebelah di lutut yang kena operate tu.. Luka operate takde la besar mana pun.. tebuk dua lubang kalau tak salah untuk masukkan kamera dan juga alatan operation. Mujur juga lukanya tak perlu cuci setiap hari. Nanti lagi 10 hari datang jumpa doktor semula untuk cuci luka, dan lain-lain. (update later la ye)


Sebagai peneman, pembantu, dan juga driver Mr. Akoy buat sementara waktu ni, perlu juga melapik perut ye tak.. tak sah kalau keluar takde bekalan makanan.. Sambil teman Mr. Akoy buat fisioterapi, sambil makan.. >.< Hahaha.. tak dapat nak dielakkan.. Bekalan makanan perlu ada tau.. Ni kira minum pagi la sebab tak sempat breakfast pagi tadi..

Ok la.. sambil-sambil tunggu Hadirah dan Humairah pulang dari KKB, nak jalan-jalan jengah kawan-kawan blog lama.. Lama sudah rasanya meninggalkan dunia blog.. *sigh*

Nanti Sue update story lagi ya..

Thanks sudi baca.

Wassalam.

Instagram : @suesopian

2 comments:

  1. semoga cepat sembuh. buat pisio betul2

    ReplyDelete
  2. Semoga rawatan fisioterapi dapat memberi sinar baru buat suami. It takes time and I hope he is sabr.

    http://panphila.blogspot.my

    ReplyDelete