Dugaan Bila Kelam Kabut di Pagi Hari

1 comment :
Assalamualaikum.

Dugaan hari ini apabila mobile phone mati setelah sampai ke office. Fuhhhh.. pagi-pagi tadi kelam kabut nak keluar awal. Nak hantar anak-anak lagi, nak hantar Mr. Akoy lagi.. Then baru perasan phone tak cas. Eh? Rasanya sepanjang malam dah cucuk dah kat kabel tu. Sah kabel rosak ni..
Dua kali sah kabel rosak sebab Humairah suka cabut time phone mummy atau papa tengah cas atau dia masukkan dalam mulut kabel tu.. Mummy redha je..

Sudahnya dah susah sangat, lari sekejap cari kedai phone beli kabel. Beli terus yang original (katanya la.. wallahualam.. yang pasti ada warranty) Susah juga ya takde phone ni.. Nak contact orang tak boleh. Orang lain pun nak contact tak boleh. Especially bila ada kerja-kerja urgent. Bergantung penuh dengan emel je seawal pagi tadi.


Ni pun masih mengecas tak habis-habis.. Ye la.. Mana nak habis cas, dah bertalu-talu telefon berbunyi dan whatsapp masuk dari rakan-rakan kerja seluruh Malaysia. Tiba-tiba banyak pula isu timbul dari beberapa negeri ye. Bertabah la wahai Sue..

Wassalam.

Ig: suesopian

1 comment :