Rawatan Fisioterapi Hari Pertama Selepas Keluar Wad

No comments :
Assalamualaikum.

Salam Ahad.

Hari ini merupakan hari pertama rawatan fisioterapi Mr. Akoy di Columbia Asia Bukit Rimau setelah keluar dari wad petang semalam. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Pakar fisio mengajar cara-cara senaman yang boleh Mr. Akoy dilakukan di rumah sambil menonton televisyen. 

Oh! Mr. Akoy dapat MC sehingga 25 April memandangkan dia masih perlu berehat lama. Makanya bermula la tambahan kerja buat Sue.. hihi.. Sebab selama ni, Mr. Akoy yang tolong Sue buat kerja-kerja rumah dan juga mengurus anak-anak. So start esok, mungkin akan kelam-kabut sedikit di pagi hari. Perlu buat jadual baru ni... kan..


Di rumah pun Mr. Akoy perlu letak ice-pack setiap beberapa jam untuk mengurangkan sakit dan juga bengkak kesan operation tu.. 


Nampak? bengkak sebelah di lutut yang kena operate tu.. Luka operate takde la besar mana pun.. tebuk dua lubang kalau tak salah untuk masukkan kamera dan juga alatan operation. Mujur juga lukanya tak perlu cuci setiap hari. Nanti lagi 10 hari datang jumpa doktor semula untuk cuci luka, dan lain-lain. (update later la ye)


Sebagai peneman, pembantu, dan juga driver Mr. Akoy buat sementara waktu ni, perlu juga melapik perut ye tak.. tak sah kalau keluar takde bekalan makanan.. Sambil teman Mr. Akoy buat fisioterapi, sambil makan.. >.< Hahaha.. tak dapat nak dielakkan.. Bekalan makanan perlu ada tau.. Ni kira minum pagi la sebab tak sempat breakfast pagi tadi..

Ok la.. sambil-sambil tunggu Hadirah dan Humairah pulang dari KKB, nak jalan-jalan jengah kawan-kawan blog lama.. Lama sudah rasanya meninggalkan dunia blog.. *sigh*

Nanti Sue update story lagi ya..

Thanks sudi baca.

Wassalam.

Instagram : @suesopian

Sakit

No comments :
Assalamualaikum.


Renungan..

Masa bujang, bila tengok kawan-kawan berkahwin, hati tertanya bagaimana hidup berkeluarga. Aku pun akan tiba juga gilirannya.

Bila tengok kawan-kawan berpindah, hati pun tertanya-tanya, bagaimana hidup ditempat baru. Akan tiba juga giliran aku.

Bila tengok kawan-kawan menamatkan perkhidmatan, hati aku pun tertanya-tanya bagaimana hidup selepas bersara, itu pun akan dilalui juga bila tiba gilirannya.

Dan sekarang bila dengar seorang demi seorang pergi tak kembali lagi aku pun tertanya-tanya, bagaimana hidup di alam sana. Cukupkah bekalan yang nak dibawa? Akan tiba juga giliran aku suatu hari nanti..

😭😭😭
.
.
.
.

Ok... Dah makan tengahari dan dah makan ubat, so nak tidur la..

Nak rest dan nak beauty sleep sebab esok dah nak jaga Mr. Akoy pula.. Sudah beberapa hari Sue demam selsema tapi hari ni baru ke klinik. Hari-hari sebelumnya gagah lagi panjat tangga office datang kerja. Tapi menggigil kesejukkan tak ingat. Sakit kepala. So hari ni ambil MC la ye.

*rest*

Wassalam.

Dugaan Bila Kelam Kabut di Pagi Hari

No comments :
Assalamualaikum.

Dugaan hari ini apabila mobile phone mati setelah sampai ke office. Fuhhhh.. pagi-pagi tadi kelam kabut nak keluar awal. Nak hantar anak-anak lagi, nak hantar Mr. Akoy lagi.. Then baru perasan phone tak cas. Eh? Rasanya sepanjang malam dah cucuk dah kat kabel tu. Sah kabel rosak ni..
Dua kali sah kabel rosak sebab Humairah suka cabut time phone mummy atau papa tengah cas atau dia masukkan dalam mulut kabel tu.. Mummy redha je..

Sudahnya dah susah sangat, lari sekejap cari kedai phone beli kabel. Beli terus yang original (katanya la.. wallahualam.. yang pasti ada warranty) Susah juga ya takde phone ni.. Nak contact orang tak boleh. Orang lain pun nak contact tak boleh. Especially bila ada kerja-kerja urgent. Bergantung penuh dengan emel je seawal pagi tadi.


Ni pun masih mengecas tak habis-habis.. Ye la.. Mana nak habis cas, dah bertalu-talu telefon berbunyi dan whatsapp masuk dari rakan-rakan kerja seluruh Malaysia. Tiba-tiba banyak pula isu timbul dari beberapa negeri ye. Bertabah la wahai Sue..

Wassalam.

Ig: suesopian