Petua Melembutkan Daging Liat

5 comments :
Assalamualaikum. Cinta.

Tersilap teknik merebus daging korban sebentar tadi, membuatkan daging yang direbus liat. Perghhhhh.. jenuh nak memotong daging tu.

Terus call Mama tanya, kenapa daging liat bila dah rebus? 
Huwaaaaa... silapnya rebus dengan api yang biasa. Rupa-rupanya, nak merebus daging perlu rebus dengan api yang perlahan. Sangat perlahan. Sangat sangat perlahan. Seperti mereneh sup atau mereneh ubat ginseng. 
Cissss.. salah teknik rebus daging rupanya. Eh? Nampak sangat kan Sue jarang masak berasaskan daging. Haha.. 

Terus la bertanya kepada kawan-kawan group ibu-ibu PAM (baca : diva PAM) bagaimana caranya untuk melembutkan daging yang dah liat dek kerana salah teknik rebus sampai daging liat.

So di bawah ni antara petua yang diberi :-

1. Masukkan daun nangka dalam periuk dan rebus lagi.
2. Masukkan daun betik 
3. Masukkan akar pokok pandan 

Sue pilih cara yang ketiga memandangkan daun nangka dan daun betik sudah pasti tiada. 

Alhamdulillah. Menjadi pun petua yang ketiga tersebut. So daging dah tak liat. Lembut apabila siap direbus semula dengan akar pokok pandan.


Ok. Boleh cuba ye mana-mana petua di atas kalau ada yang nak lembutkan daging rebus. Especially masa macam sekarang ni, banyak daging korban kan?

Selamat malam.

Wassalam.

Jom Terjah Jualan Buah-Buahan Tempatan di MTSA!

No comments :
Assalamualaikum.

Hi korang!

Just nak share, kepada sesiapa yang ingin shopping buah-buahan tempatan sempena musim buah ni, boleh terjah :-

Tarikh : 5 September 2016 (Isnin)
Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang
Tempat : Perkarangan Tempat Letak Kereta Sayap Kiri, Kompleks Mahkamah Shah Alam, Selangor


Harga yang ditawarkan sangat berpatutan.. Bukan calang-calang buah-buahan ni yang bakal dijual nanti. Gred baikkkkk punya.. intan terpilih, Eh!!

Jangan lupa singgah tau!

Wassalam.