Program Belajar Sambil Bekerja Anjuran SHRDC

Assalamualaikum. 

Baru-baru ini Sue berpeluang untuk menghadiri sesi Taklimat Pembangunan Program Kemahiran yang telah dianjurkan oleh SHRDC yang telah diadakan di Shah Alam. Taklimat tersebut adalah berkenaan dengan Program Perantisan Kemahiran Belia untuk lepasan SPM, SKM Tahap III dan Diploma.

Bertuah rasanya apabila diberi peluang untuk bekerjasama dengan Selangor Human Resource Development Centre (SHRDC). Sungguh tidak disangka bangunan yang kelihatan seperti bangunan pejabat biasa, rupanya menempatkan kelas, makmal, dan auditorium. Tak terbayang dek akal fikiran Sue masa mula-mula sampai ke SHRDC. ( Sampai sesat juga la alkisahnya nak sampai sini ^_^ )

Selangor Human Resource Development Centre (SHRDC)

SHRDC ditubuhkan pada 14hb Febuari 1992. Misi mereka adalah untuk membangunkan ketrampilan ataupun kemahiran dan kualiti bagi individu dan organisasi untuk meningkatkan prestasi industri bagi negeri Selangor. Penubuhan SHRDC melalui kerjasama diantara Kerajaan Malaysia, Kerajaan Negeri Selangor, & Industri.

Program Perantisan Kemahiran Belia

Program ini dianjurkan oleh Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains Teknologi dan Inovasi Negeri Selangor dengan kerjasama SHRDC. Antara industri yang terlibat bersama SHRDC adalah Panasonic, SONY, Dell, Motorola, ShinEtsu, MEMC dan banyak lagi.

Objektif Program
  1. Memenuhi permintaan terhadap kemahiran teknikal bagi sektor perkilangan.
  2. Membangunkan karier pelatih dengan memberi peluang latihan.
  3. Memberi peluang mendapat kelulusan dan persijilan.
  4. Memberi peluang pekerjaan.



Program Yang Ditawarkan di SHRDC Terbuka kepada :

1) Lepasan SPM
  • Indsutrial Automation Engineering (Penyeliaan Kejuruteraan Industri Automasi)
  • Solar Technology (Pemasangan dan Penyelenggaraan Sistem Solar)
  • Manufacturing Technology (Kejuruteraan Teknologi Pembuatan)


Antara sijil yang dianugerahkan selepas tamat pengajian untuk lepasan SPM :
  • MC-091-3:2013 Industrial Automation Engineering Supervision Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 (SINGLE TIER) SEDA, Malaysia
  • Certificate II in Engineering BOX HILL INSTITUTE MELBOURNE, AUSTRALIA


2) Lepasan SKM Tahap 3 dan Diploma
  • Malaysia Meister in Mechatronic


Antara sijil yang dianugerahkan selepas tamat pengajian untuk lepasan SKM Tahap 3 dan Diploma :
  • Malaysian Meister in Mechatronic & Malaysian Skill Advance Diploma (DLKM) 
  • MC-090-5:2013 - Industrial Automation Engineering Management



Kelebihan Program Perantisan Kemahiran Belia

Antara kelebihan apabila menyertai program ini adalah :-
  1. Bekerja sambil belajar
  2. Yuran ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia kepada semua belia Malaysia.
  3. Elaun/Gaji ketika dalam tempoh latihan
  4. Manfaat tambahan dari syarikat
  5. Tempoh pembelajaran yang pendek
  6. Pekerjaan terjamin selepas tamat tempoh belajar 
  7. Sekiranya gagal dalam peperiksaan, calon dibenarkan menjawab sampai LULUS
  8. Sekiranya gagal temuduga bersama syarikat, pihak SHRDC akan bertanggungjawab sepenuhnya. 

* kelas/makmal komputer * 

* makmal solar *

* Lean Academy * 

* contoh mesin kilang pembuatan *

Cara Permohonan Kemasukkan Program Perantisan Kemahiran Belia

Cara untuk memohon program di SHRDC ini sangat mudah. 


Kalian semua boleh baca info lanjut dan daftar secara online di portal rasmi SHRDC. Atau boleh juga emelkan kepada suesopian.blog@gmail.com

Kalian hanya perlu isi maklumat yang diperlukan dan pihak SHRDC akan menghubungi kalian semua untuk langkah seterusnya. Simple kan? So apa tunggu lagi. Jom daftar! ^_^

Selangor Human Resource Development Centre,
1, Block 2, Pusat Perniagaan Worldwide,
Jalan Tinju 13/50, Section 13,
40100 Shah Alam, Selangor.

Tel: 03 5513 3560
Fax: 03 5513 3490
Email: info@shrdc.org.my
Website: SHRDC Selangor

Wassalam.

2 comments: